Makan Tengah Hari di Rasa Borneo Cafe

9:31 PTG

Tengahari tadi sempat makan tengahari berdua dengan Encik Suami di Rasa Borneo Cafe yang terletak di Bandar Seri Perdana. Ruang cafe ini kecil sahaja tetapi dekorasinya nampak menarik. Ada pelbagai menu yang ditawarkan termasuk menu kampung Boleh klik di sini untuk lebih lanjut : Rasa Borneo Cafe

Sementara menunggu pesanan tiba, tangkap gambar dahulu suasana di dalam kafe.

Selalu nampak menu ikan baulu tanpa tulang lalu lalang di FB. Jadi nak cubalah rasa. Katanya ikan baulu tanpa tulang ini menu paling laris di kafe ini. Kadang-kadang ikan baulu dieja 'bolu'  dan ini merupakan panggilan tempatan. Ada yang kata 'bolu' ini daripada bahasa Bugis. Ikan bolu atau baulu ini dikenali juga dengan nama ikan susu atau milkfish yang banyak tulang tu. Orang Filipina sebut ikan bangos. Saja sebut Filipina sebab tempat kami ini dekat dengan Kepulauan Filipina. Kalau di Indonesia, ikan bolu dikenali dengan nama bandeng.


Sebelum hidangan tiba, basahkan tekak dengan mango sunny terlebih dahulu.

Nasi bersama ikan baulu goreng tanpa tulang pun tiba.
Besar juga saiz ikan bolu goreng ini.

Seperti biasa set hidangan ini didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong.  Selain ikan bolu goreng garing bersama acar, terung goreng dan sambal tomato, disertakan juga sekeping keropok papadom di atas nasi putih. Memang puaslah meratah seekor ikan bolu goreng garing tanpa tulang!

Encik Suami pula memilih set nasi bersama ayam geprek. Berpeluh-peluh Encik Suami menghabiskan hidangannya. Katanya sambalnya sedap tapi sangat pedas!

Lain kali boleh datang untuk mencuba menu yang lain pula!

8 comments

  1. Tak jumpa lagi, ikan bolu tanpa tulang kat sini..

    BalasPadam
  2. Selamat menjamu selera
    Nampak sedap menunya

    BalasPadam
  3. Syok sungguh dapat makan ikan garing tanpa tulang tu. Takde gangguan :D

    BalasPadam
  4. air nya tu kak oi menggoda, dengan bekar besar gitu...
    ikan tu nampak garing betul mesti sedap meratah tu

    BalasPadam
  5. Krup krap, krup krap..ratah ikan goreng garing..sambal dia pun nmpk sedap..the winner is mango sunny..mengancam hbs..

    BalasPadam
  6. Manggo Sunny dia tu memang terbaiklah. Tengok je dah nampak sedap dah. Ikan baulu tu first time dengar kak. Banyak nama makanan yang first time dengar :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe