Minum Petang : Durian Goreng & Teh Halia Panas

8:36 PTG

Menjelang tengahari membawa ke petang, matahari menebarkan kepanasannya! Namun puncak Gunung Kinabalu masih diselubungi kabus. Oleh kerana Fairuz dan Fuad masih ingin berehat di bilik, hanya Amie, Encik Suami dan Firdaus sahaja yang keluar jalan-jalan. Jalan-jalan ke mana tu?
Mula-mula melihat-lihat gerai buah-buahan di Pekan Kundasang, dan kemudian terus ke Ranau. Kononnya ingin berkunjung ke Ladang Teh. Menjelang petang, kami pulang semula ke homestay, dan sempat sediakan minum petang dengan hidangan durian goreng. 

Sambil menjamu mata menikmati durian goreng, jom kita jalan-jalan sama ke gerai buah-buahan di Pekan Kundasang. 

Kena pakai topi untuk lindung kepala dari panas terik.

Fuad dan Fairuz berebut nak tangkap gambar, sampai kami tak tahu nak pandang arah mana...hiks! 

Walaupun Hari Raya Aidil Adha, tetapi banyak juga gerai yang dibuka. 

Jom berkenalan dengan buah-buahan yang dijual di sini:
Buah avocado.... ini semua orang kenal.
Buah kungkurad atau buah lemak manis.
Buah cinta.
Buah mentega atau epal baldu atau velvet apple.
Buah tarap.

Sekarang bukan musim strawberry. Menurut penjual buah di sini harga 1 kilogram strawberry mencecah RM100. Tak sampai hati pula nak beli 4 biji bersama coklat dengan harga RM20. Tapi disebabkan Firdaus asyik merengek, kami belikan juga. 

Buah nona di sini bersaiz besar. 

Tidak banyak longgokan durian di sini. Musim durian di Sabah bermula setelah penghujung musim durian di Malaya. Kalau nak makan durian terutamanya durian dari Ranau, boleh singgah di gerai durian di tepi jalan. Di sini harga durian RM18 per/kg.

Selain durian, ada juga buah tarap.

Buah tarap ini berharga RM10-RM12 sebiji.
Kata penjual buah tarap, oleh kerana sekarang bukan musimnya jadi harganya pun melambung tinggi!

Nun di hujung buah tarap, ada pula buah cempedak tapi belum masak.

Kami beli sebiji durian seberat 2 kg dengan harga RM36 dan makan di situ. Oleh kerana masih banyak lebih isi durian, jadi kami minta tuan durian bungkuskan saja untuk dibawa pulang. 

Buah rambutan di sini lebih murah dan berharga antara RM8-RM10.
Kalau yang sudah kelihatan layu berharga RM8, dan yang masih segar berharga RM10.
Kami belikan Firdaus 1 kg rambutan.

Suka sangat Firdaus dapat mengenali macam-macam buah-buahan di sini.
Kita pun tak cukup mulut melayan segala pertanyaannya... ahaks!

Di belakang rambutan itu ada serunding tuhau, jeruk tuhau, dan jeruk bambangan.

Selain buah strawberry, buah-buahan lain yang siap dipotong dan dibungkus berharga RM5 jika kita beli 3 bungkus. 




Ini dia buah velvet apple atau epal baldu. RM16  per/kg.

Pelbagai jenis madu pun ada dijual. 
Di sebelah botol-botol madu itu bungkusan beras kampung atau padi huma. Setiap 1 kg beras kampung dijual dengan harga RM15. Ada beras bario, beras wangi, beras campuran, beras keladi wangi dan sebagainya.

Nampak kemas dan tersusun saja buah-buahan di sini.


Buah bambangan pun semakin mahal harganya!

Ini pula buah cinta. Amie pernah minum jus buah cinta ini sewaktu berkunjung ke Sumatera Barat.  Ada sesuatu yang sangat melucukan berkaitan dengan jus buah cinta ini. Kalau dikenang kembali memang mengalir airmata tertawa tak berhenti : Jus Terong Peros @ Terung Belanda
Gambar di bawah, buah cinta berwarna jingga. Di Sumatera Barat buah cinta ini disebut buah terong peros atau terung Belanda. Peros itu mungkin merujuk kepada warna hijau ungu permata fairuz.


Ini pula buah lemak manis.

Ada yang bersaiz besar dan ada yang kecil.

Menjelang petang, kami kembali ke homestay. 
Puncak Kinabalu mula memperlihatkan dirinya, namun masih dilitupi kabus pada sebahagian permukaannya. Ketika ini suhu mula rendah, dan terasa sejuk!

Pinjam jug air dalam dapur untuk isi jambangan bunga ros pelbagai warna. Wangi kan Daus?

Tak pandai nak gubah bunga, jadi letak-letak sajalah begitu.

Jambangan ros ini Amie letakkan di atas meja kayu, tetapi menjelang malam disebabkan angin kuat, boleh pula jatuh rebah! Kuat betul tiupan angin pada malam itu.

Durian goreng dah siap!

Amie hidangkan durian goreng bersama teh halia panas.

Tak susah pun dah buat durian goreng.
Amie campurkan tepung gandum dengan serbuk eno, garam dan sedikit serbuk kunyit.
Celupkan ulas durian dengan bijinya sekali.
Goreng hingga kuning keemasan.
Dah siap!

Terima kasih sudi ikuti coretan Amie kali ini. Nak cerita tentang durian goreng dengan secawan teh halia tapi dibawa dulu pusing keliling gerai buah... ahaks!

6 comments

  1. Bestnya
    macam2 buah2an ada
    Tak pernah pulak buat durian goreng.
    Buat jemput2 durian pernahlah

    BalasPadam
  2. Selamat malam apa kabar? Saya orang Brasil dan saya sedang mencari pengikut baru untuk blog saya. Dan saya akan mengikuti Anda dengan senang hati. Teman-teman baru juga dipersilakan, tidak peduli jarak.

    https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  3. seronoknya makan angin, teringin nak ke kundasang. yang bestnya sambil berjalan sambil nikmati keindahan ciptaan Allah. Dapat makan-makan pun terbaik jugak ;)

    BalasPadam
  4. ya Allah kak, bestnya... seronok nengok segala buah-buahan yang ada tu
    macam-macam sangat lahai, yang siap kopek tu pun menggoda hati untuk dibeli tinggal nak ngap je...

    buah lemak manis tu dana pernah makan, ada kawan jual... tapi dia panggil buah susu
    kalau buah epal baldu tu, rasanya tempat dana kerja dulu di pangil buah mentega...tapi dana tak pernah pun rasa...

    BalasPadam
  5. waduh geramnya tenguk banyak buah-buahan tempatan. Durian di goreng bijinya boleh makan kan macam biji nangka. Tempat sejuk perut asyik lapor je. hehehehehe

    BalasPadam
  6. rare tu durian goreng.kena sangat dengan suasana kat sini dengan hidangan teh halia panas. seronoknya pergi membeli belah buah buahan tempatan yang segar.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe