Fuad & Ayam Panggang (Masak) Rosemary

3:21 PTG

Sewaktu negara sibuk menjalani PKP sehingga Aidil Fitri yang lepas, Fuad hantar mesej dalam WhatsAap keluarga. Ketika itu Fuad masih lagi berada di Johor. Bolehkah Mommy buat ayam panggang rosemary? Lama rasanya tak makan! Amie pun jawab: Boleh! Encik Suami siap belikan seekor ayam bulat dan Amie juga sediakan bahan pemerapnya. Entah bagaimana, setelah Fuad sampai, dari sehari ke sehari, akhirnya terlupa untuk buat ayam panggang rosemary! Fuad pun tidak sebut-sebut lagi. Kebetulan pula, ayam nan seekor terletak jauh di dasar freezer, jadi tak terjangkau oleh pandangan mata ketika mengambil bahan-bahan sejukbeku lain untuk dimasak! Sehinggalah tiba saat Farid belikan Fuad tiket untuk terbang ke Johor. Dan Amie pun teringat permintaan Fuad yang sudah berbulan lamanya dilupakan tanpa sengaja! Korek-korek timbunan bahan di freezer, terjumpalah ayam bulat yang Encik Suami belikan dahulu....! Memang tidak segar seperti ayam baru, tetapi masih elok.

Satu lagi masalah timbul! Sejak Encik Suami angkut sebahagian barang-barang dapur ke dalam stor baru, malaslah pula nak ambil satu-satu barang yang diperlukan untuk memasak. Oven pun turut dipindahkan ke dalam stor. Bila Amie jenguk kedalam stor, rupanya oven diletakkan di atas almari! Huuurrrmmmm! Malas nak cakap banyak. Encik Suami pun tidak ada di rumah ketika itu. Tak jadilah nak panggang ayam. Amie potong ayam menjadi 4 bahagian dan perap kemudian panggang di dalam kuali sahaja! 

Ketika Amie masak ayam rosemary ini, tiba-tiba Fuad muncul di dapur. Katanya, baru sahaja selesai menduduki peperiksaan dalam talian. Terus dia berkata: Mommy buat ayam rosemarykan? Bila Amie kata tak boleh panggang dalam oven, Fuad kata dia tak kisah! Bau ayam yang sedang dimasak dalam kuali pun dah cukup menyelerakan!

Kalau tak silap Amie, kami sekeluarga menikmati ayam masak (panggang) rosemary ini ketika berbuka puasa, beberapa hari sebelum menjelang Aidil Adha. Susah juga nak kata ayam panggang sebab tak dipanggang tapi macam dipanggang juga walaupun gunakan kuali!

Selain ayam (masak) panggang rosemary, ada hidangan murtabak juga serta satu jug minuman oren yang disediakan oleh Fairuz.

                         

Malam semalam Fuad menaiki bas menuju ke Tawau, dan bermalam di rumah anak saudara. Petang ini Fuad akan terbang ke KLIA. Firdaus sangat sedih, dan menangis sewaktu melepaskan Fuad pergi.  Rumah kembali sepi. Fuad dan kawan-kawannya dikehendaki mengemas barang-barang di asrama, dan kemudian menguruskan pula rumah sewa yang akan diduduki pada Oktober nanti sebaik sahaja sesi pengajian dibuka semula. Katanya, dia ingin bercuti di Seri Iskandar, menemani Abang Farid dan menjadi tukang masak Abang Farid. Dah bosan di rumah Abang Farid, nanti dia akan kembali pulang ke Lahad Datu. Eloklah kalau mahu temankan Abang Farid yang duduk bersendirian di rumah sewanya. Ada masa nanti bolehlah berkunjung ziarah ke rumah Nenda di Jeram, Selangor.

Rindu pula dengan suara anak-anak! Fairuz pula sedang menduduki peperiksaan STPM, Encik Suami akan menjemput Fairuz dan Firdaus dari sekolahnya. Sebentar lagi akan riuhlah Fairuz mengusik dan menyakat Firdaus!

Hai anak! Benarlah... kalian racun dan kalianlah juga penawarnya!

6 comments

  1. Alhamdulillah sempat juga, mommy buatkan, kalau tak kempunan pula Fuad :)

    BalasPadam
  2. Wah sedapnya masakannya, jadi pengen nih dimasakin juga sama bundaku tercinta.

    BalasPadam
  3. sedap ayam rosemary nih... masak macamne pun sedap bagi dana kak...

    kesiannya firdaus dah lama dengan abang-abangnya... bila sorang balik sunyi lah dia ya...

    BalasPadam
  4. waahhh sedapnya ayam rosemary tuuuu. kawan-kawan ada kata masak rosemary ni sedap tapi Cik TK tak pernah cuba lagi

    BalasPadam
  5. Tak pernah makan, nampak sedap sangat tu.
    Alhamdulillah..sempat jugak buatkan untuk anak, kalau terlepas nanti rasa sesal pulak.

    BalasPadam
  6. Sedapnya ayam panggang rosemary tu. kira ala ala dipanggang gitu walau kaedahnya di masak dalam kuali :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe