Barbeque di Malam Nan Dingin
3:29 PTGKami membeli bahan-bahan untuk barbeque sewaktu dalam perjalanan pulang dari Sabah Tea, Ranau ke homestay di Kampung Dumpiring Atas, Kundasang. Kami sempat singgah di pasaraya membeli sayap ayam, lamb, udang, dan sosej serta bahan pemerap seperti sos BBQ, sos lada hitam, sos tiram, dan sebagainya.
Sekali lagi kami singgah di Pekan Kundasang, membeli sayur-sayuran segar di situ untuk dihidangkan bersama bahan panggangan.
Harga sayur-sayuran yang ditawarkan masih seperi dahulu iaitu RM4 untuk sebungkus, dan RM10 jika beli 3 bungkus. Jenis sayur boleh campur-campur. Namun begitu tidak semua jenis sayur ditawarkan dengan harga yang disebutkan tadi. Ada yang dijul dengan cara timbang juga dengan harga yang berbeza.
Dengan tawaran harga mampu milik, pelbagai jenis dan dijamin kesegarannya memang puaslah kalau nak pilih dan masak sayur-sayuran dari Kundasang ini. Kawan-kawan Amie dari kalangan penduduk tempatan di sini terutama Kadazan-Dusun, dan Murut memang akan masak lebih dari sejenis sayur dalam hidangan! Hasilnya, kulit mereka sentiasa nampak awet muda!
Jom balik homestay. Fuad dan Fairuz tak sabar nak panggang-panggang.
Sayap ayam yang sudah diperap.
Sosej dan udang.
Dan lamb, kegemaran Fuad.
Siaplah juga hidangan makan malam kami malam itu.
Sayap ayam.
Lamb.
Sosej,
Udang.
Kentang goreng.
Sayur asparagus dengan cendawan tumis sos tiram.
Jagung bakar.
Sayur-sayuran dengan sos salad.
Tembikai.
Bismillah.
Encik Suami tak tahan sejuk. Bujang kenit di sebelahnya relaks saja!
Anak-anak berebut makan sayap ayam.
Kita meratah sayur di bawah ini saja.
4 comments
Ramainya hidangan yang sedap2
BalasPadamSuka ke Kundasang. Seronok kan.
BalasPadamMeriah aktitivi barbeque bila ramai ramai ni. suka betul tengok susunan buah dan sayuran kat kedai tu. baru lah seronok nak membeli
BalasPadamBestnya kedai sayur dan buah tu. Lagi best bila tenguk hidangan BBQ si bujang. emmm dapat sayur fresh dari ladang memang awet muda selalu ler amie.
BalasPadam