Nasi Ketumbar Ayam Masak Merah
8:50 PGSelamat malam semua. Kepada yang berpuasa di bulan Rejab yang mulia ini, diucapkan selamat berbuka. Kalau Amie yang berpuasa, tentulah Amie terlebih dahulu berbuka sebab jarak waktu timur dan barat berbeza lebih kurang satu jam. Itulah pasal, pagi-pagi setiap kali dalam perjalanan ke tempat kerja, azan Subuh berkumandang dari corong radio. Di sini, matahari mula mengintai dari Laut Sulu.... suasana pagi amat tenang dan nyaman dengan kedinginan angin menyapu wajah, aroma masakan dari kantin menyerbu ke hidung....cerita tentang aroma Amie seakan-akan terbau aroma Nasi Ketumbar dari dapur Kak Nor Secubit Garam. Tak sabar nak cuba resepi yang menggoda kalbu Amie. Selepas mesyuarat Larian 1Sukan 1Murid 1Malaysia diikuti dengan mesyuarat Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar petang tadi, Amie tidak berlengah lagi terus pecut kereta nak cepat sampai rumah........ Cerita balik tentang resepi Nasi Ketumbar tadi, Amie ambil resepi Kak Nor, sudah minta izin... tapi ayamnya pula terlupa nak salin resepinya. Oleh kerana dah sampai dapur, khusyuk lagi dengar ADILA, Amie pun masaklah ayam ikut resepi sendiri. Masak merah juga tapi taklah berempah macam Ayam Masak Merah Berempah Kak Nor tu.
Resepi Asal: Resepi Q'ein@Myresepi
Sumber : Ayu Singapore & Kak Nor Secubit Garam
Bahan untuk Nasi Ketumbar:
500 gram beras
3 s/b mentega (Ayu guna minyak sapi - Amie pun guna minyak sapi)
sedikit minyak - Amie tak guna minyak
1 biji bawang merah - dimayang halus
3 batang daun ketumbar - kisar halus - Ayu tapis -Amie tak tapis
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam
Cara:
1. Cairkan minyak sapi dan goreng bawang hingga wangi.
2. Masukkan beras dan ketumbar kisar serta kiub ayam.
3. Masukkan air dan masak seperti biasa.
4. Apabila nasi telah kering, titiskan sedikit pewarna hijau.
5. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak, kemudian gemburkan sebelum dihidang.
Rupanya menyediakan nasi ketumbar ini sangatlah mudah sebab tidak banyak bahan yang perlu digunakan, dan semestinyalah ada daun ketumbar!
Oleh kerana suami dan anak-anak pun macam Amie juga, suka mencuba pelbagai resepi, hidangan nasi ketumbar tidak menjadi masalah bagi mereka walaupun sesetengah orang mungkin tidak biasa dengan bau daun ketumbar. Sebenarnya apabila nasi sudah masak, tidaklah begitu menyerlah aroma daun ketumbarnya sebagaimana daun ketumbar segar. Sedap bah! Bersih pinggan.... Lauknya pula Amie sediakan Ayam Masak Merah bersama Acar Mentah. Oleh kerana lauk begini sudah biasa dimasak, rasanya tak perlulah Amie tuliskan.
Terima kasih ya .... KaK Nor Secubit Garam yang mengizinkan perkongsian resepi ini. Amie pun sarankan kepada yang berminat untukmencuba resepi yang enak ini. Nanti Amie hantar sepinggan ke rumah Kak Nor yea....
28 comments
Assalm kak,masyaAllahterliurnya,mmg nmpak sedap set nasi ketumbar akak nih..Sy jer xtry lagi..InsyaAllah nak try juga bila2 nanti..
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamsukanya kalau dapat makan beramai2 dengan hidangan yang menyelerakan ni amie. ct tak pernah buat lagi nasi ketumbar ni. kena cuba jugalah kan baru tahu akan kesedapan dan keharuman aroma nasi ketubar ni. tapi tunggu lah bila mood nak membuatnya tiba nanti :D
Salam Zaliedana,
BalasPadamkak amie terpandang resepi yg menggiurkan ini di dapur Kak Nor, masa tu tengah mati liur (kurang selera makan - demam) tu yang kak amie terus buat tu....ringkas saja tapi sedap!
Salam Ct,
BalasPadambaunya tidaklah seperti bau daun ketumbar, sbb sudah campur bahan lain spt minyak sapi, alhamdulillah... anak2 pun suka.
wow..even though nasi kaler ijau, sgt menyelerakan~ first time drg nasi ketumbar~ mcm best!
BalasPadamSalam Aesh Came,
BalasPadamKak Amie pun first time tengok di dapur Kak Nor Secubit garam... terus terpikat!
Salam Amie,
BalasPadamWahhh....ada resepi barula kat sini....nak order set tu sepinggan leh....ayam taruk lebih tau
Salam Wattie,
BalasPadamsilakan makan..... 1 nasi ketumbar, ayam lebih.... siap!
slm kak...mesti wangi jer nasi ni dgn aroma daun ketumbar tu..
BalasPadamsedapnyer kaka...x pernah buat nasi ketumbar nie...nanty leh try
BalasPadamalahai kak..kenapa sedap2 sungguh masakan akak ni..
BalasPadamaduhh dari pg td cuba tinggal komen tp tak lepas..
BalasPadamsedapkan nasi tu.. buat pun mudah jer
kak amie..mieza pun dh cuba resepi ni tp mieza mkn dgn ayam madras...sedap kan kak!
BalasPadamnasinya warna hijau...cantek sgt!!! suke bau daun ketumbar!
BalasPadamasslam kak amie,
BalasPadamwah kat sini pun ada nasi ketumbar..
ni confirm dah habiskan..heheh melopeh den..heheh
salam amie..td pun akak msk kari sotong...sedap hidangan nasi ketumbar..rasa nk tumpang mkn kt sini
BalasPadamowh resepi baru dlm list nanti ni..bau pun dah sedap ni...ter lapar la pulak ehehehe
BalasPadamSalam Ida,
BalasPadammemang aromanya membangkitkan selera.... terutama bagi yang telah hilang selera...
Salam Lady Ayu,
BalasPadamsenang je....dengan syarat ada daun ketumbar.
Salam Mama Ema,
BalasPadamnampak sedap ke....Alhamdulillah...
Salam Kak Nor,
BalasPadammemang sedap kak... terima kasih kerana sentiasa sudi kongsi resepi!
Salam Mieza,
BalasPadammemang sedap, lain kali Kak Amie pun nak cuba dgn lauklain pulak...
Salam Nuwairani,
BalasPadamsuka warna hijau ye.... itu maknanya termasuk dalam golongan yang sukakan pemikiran... heheheh,
aroma daun ketumbar memang membangkitkan selera, Kak Amie suka gunakan dalam masakan nasi ayam steam, renjis dgn minyak bijan....memang hidup! alaa-ala sabah ciken rice tu...
Assalam Ayu,
BalasPadamresepi ini Ayu yang turunkan ye? Alhamdulillah...kita manfaatkan bersama, lain kali Kak Amie buat lagi....sepinggan untuk Ayu....thanks ayu...
Salam Kzai,
BalasPadamsesekali masak kari sotong memang sedapkan! makan dengan nasi ketumbar pun sedap tu....
Salam Green Jade,
BalasPadamcuba ye...dah turun temurun resepi ni...ringkas, cepat dan dijamin sedap!
kalaulah Amie ni dekat, boleh saya tempah nasi ketumbar ini untuk majlis kenduri, best!
BalasPadamSalam Ixora,
BalasPadamiye ke....terhar dengar... kalau gitu, beli bahan sajalah hantar pada kak amie, kira masak free aje.... hehehhhh