ADSENSE

Khamis, 9 Jun 2011

Terung Masak Bawang Putih

Sumber   : Enak DIY - Masakan Halal Ala Cina
Resepi    : Terung Masak Bawang Putih

Kelmarin Amie ada cerita tentang beberapa jenis sayuran yang dibawa pulang suami. Antaranya termasuklah terung. Ada 12 biji terus semuanya, dan gebu-gebu belaka. Amie teringat suatu masa dulu pernah masak ala Cina. Bongkar balik buku-buku resepi, terjumpalah resepi tersebut. Dipendekkan cerita, kita teruslah kepada kisah terung masak bawang putih nih... Amie ikut saja arahan resepi tu, walaupun terfikir juga apasal la... pulak kena masukkan dulu dalam peti sejuk selepas siat-siat terung yang direbus. Kalau tak masuk peti sejuk pun, boleh jugak kan....


Resepi Asal:
Bahan-bahan:
3 biji terung panjang
6-8 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar minyak masak

Bahan untuk sos: (bancuh)
1/3 cawan air
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar gula
1 sudu teh cuka
1 sudu teh minyak bijan
1/ sudu teh garam

Cara:
1. Bersihkan terung, buangkan hujungnya dan potong kepada 4 bahagian.
2. Panaskan air, kukus terus selama 15 minit. keluarkan dan koyak menjadi halus. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih. masukkan bahan untuk sos dan masak selama 1 minit.
4. Tuangkan sos di atas terus yang disejukkan tadi semasa menghidang.

Tiada ulasan: