Udang Goreng Salut Tepung
1:52 PTGAssalamualaikum kepada pengunjung blog Amie hari ini.... hmmm ingatkan cuti sekolah nak tingkatkan kemahiran memasak, tapi rupanya terkejar-kejar dengan tugas pentadbiran. Apa pun masak tetap diutamakan, kalau boleh tak mahulah belikan sarapan atau makanan lain untuk anak-anak sepanjang cuti ini. Kelmarin dah terlajak, sebab keluar awal... tak sempat buat sarapan... terpaksalah si bapa belikan dulu nasi kuning untuk anak-anak. Hari ini Amie keluar lewat sikit sebab kelmarin 2 boss Amie pesan, tak perlu sepanjang waktu berada di sekolah, ... sudah 7.25 pagi... sebenarnya bukan apa, Amie fobia betul dengan traffic jam, itu sebab setiap hari Amie keluar seawal pukul 6 pagi. Bila nak angkat telefon masukkan dalam beg, mata terpandang mesej dari Hamsiah... tanya dah keluar ke belum, Amie balas... baru nak keluar dr rumah. Hamsiah balas balik semasa Amie sedang drive... aku mahu pergi sekolah tapi tayarku pancit, jadi aku tunggu kedai tayar dibuka di sebelah restoran Rumpun Selera. Nak minum tapi tak ada kawan, mau ajak kau minum, mau? Sebenarnya Amie dah minum segelas susu sebelum keluar rumah tadi. Hamsiah ni kawan lama Amie... (hampir 20 tahun), baru pindah ke sekolah lain. Amie terus telefon... nak tanya di mana dia tunggu, tiba-tiba rasa lain macam je... waktu nak bercakap, rupanya terlupa pasang gigi (3 je) di bahagian bawah.... Lailahaillallah... patah balik ke rumah, dahlah kunci rumah tak bawa, hon banyak kali, anak-anak tak buka pintu (tidur semula).... telefon pun tak diangkat... ah, jalan sajalah, kesian Hamsiah menunggu.... hmmm biarlah benda lain tertinggal, jangan benda tu yang tertinggal... nasib baik hari ini tak ada sesiapa orang penting datang ke sekolah..... Hari ini Amie balik awal sedikit dan sempatlah sediakan hidangan tengahari untuk anak-anak di rumah. Resepinya mudah dan ringkas sebab tak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Amie goreng udang bersalut tepung. Amie belajar goreng udang salut tepung ni daripada kakak ipar Amie semasa kami sama-sama masak di kampung.
Bahan-bahan:
20 ekor udang kertas besar (buang kepala dan kulit - tinggalkan ekor)
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk eno
1 sudu serbuka pati ayam
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu lada putih (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
1.5cm halia (tumbuk)
75ml air
minyak
Cara:
1. Campur kesemua bahan di atas ke dalam sebuah bekas.
2. Masukkan air dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak yang banyak.
4. Celupkan satu persatu udang ke dalam adunan dan goreng terendam.
5. Angkat apabila gorengan kelihatan kuning keemas-emasan.
~Senang sangatkan...... Boleh makan begitu saja atau makan bersama nasi~
0 comments