Temparing, Ulam Jantung & Sambal Tomato
5:13 PTGAmie tak ingat entah berapa hari lamanya jantung pisang nan satu itu terletak di sudut dapur. Seingat Amie, sewaktu pakwe Amie bawa pulang suatu petang, dia minta Amie masak.... dan sebenarnya sudah beberapa kali dia bawa pulang jantung pisang.... tapi Amie tak masak apa-apa, kerana terlupa dan mungkin juga tak tahu nak masak apa. Mentua Amie suka buat masak lodeh (resepi Cocos), tapi tak ada pula teman-teman jantung yang lain termasuk pucuk ubi dan kembang katis. Tengahari ini Amie masak juga jantung pisang itu tapi sebagai ulam sahaja. Amie temankan bersama sambal tomato di samping menu utamanya ikan temparing goreng. Ikan ini pun satu hal jugak, selain goreng dan masak sambal... tak terfikir nak masak yang lain.
Kerja pertama kita selesaikan dulu. Ikan temparing nan seekor di bawah ini kita bersihkan, buang sisik, buang siripnya yang jahat sebab tiap kali Amie bersihkan ikan ini mesti tercucuk siripnya, jarang tak tercucuk... sampai berdarah tau, kalah tukang masak Raja Bersiong... hehee... Potong 2 sebab nak goreng seekor, kuali tak muat, nanti sebelah ekor atau bahagian kepala tak masak pulak, dan seterusnya lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Jangan lupa jantung pisang tu sekali. Didihkan dulu air, kemudian belah jantung pisang dan terus masukkan dalam periuk. Dah lembut, angkat dan toskan.
Cerita yang mudah dan senang kita dahulukan, cerita yang sukar dan memakan masa kita kemudiankan. Ha... tibalah masa praktikkan cerita yang memakan masa, sebaik-baiknya masak dahulu sambal tomato, sambil membersihkan ikan dan sediakan yang lain-lain. Tak apalah kan..... ini cerita saja, dari yang mudah kepada yang lebih kompleks. Cerita tentang sambal tomato ni,mula dulu makan sambal ni rasa terkeluar airmata sebab teramatlah pedasnya. Sambal ini gunakan cili padi, dan biasanya di sini dipanggil sambal Bugis. Entah kenapa namanya begitu... adakah asal-usulnya memang resepi Bugis? Tak tahulah Amie.... dan semasa Amie ada Yanti (pembantu rumah dari Sulawesi - keturunan Bugis, dia selalu buat sambal ini tapi Amie minta ubahsuai, jangan terlalu pedas). Akhirnya, jadilah sambal tomato versi Amie dengan idea asal sambal Bugis.
Bahan-bahan:
5 biji lada merah / hijau
10 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1.5cm belacan
~kisar semua bahan di atas~
1 sudu pati asam jawa
5 biji tomato hijau / merah (cincang)
2 batang serai (diketuk)
garam & gula
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan tomato cincang, serai dan serbuk pati asam jawa.
3. Masak di atas api perlahan selama 30-40 minit atau sehingga tomato hancur macam dalam gambar.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Siap untuk dihidangkan.
Sambal tomato tahan lama kalau gunakan lebih minyak, panaskan semula atau simpan dalam peti sejuk. Tapi biasanya tak tahan berapa lama jugalah, sebab rasanya yang sedap membuatkan kita suka makan... sambal yang tak berapa pedaslah. Amie buat tak pedas. Biasanya sambal begini yang Amie tengok orang Bugis suka makan dengan sanggar pepek - pisang goreng yang dipenyet kemudian digoreng semula hingga garing. Wokeyyyy.... semua dah siap? Nasi dah ditanak, ikan dan siap goreng, jantung dah bercelur, kita susunlah atas meja untuk santapan bersama....
Peringatan: Amie tak bertanggungjawab ye kalau ikan temparing ni tak ada di tempat anda....Amie datang Sabah baru jumpa ikan ni, itu pun setelah nikah dengan pakwe Amie....
20 comments
assalam kak amie sedapnya ni kalau makan confirm pecah diet hahaha
BalasPadamwlkmsalam chik mimi,
BalasPadammakan sikit2 je...e ehe
Assalamualaikum Amie, thanks ya sudi masuk ke dapur akak, terima kasih juga atas sokongan kalian...kena pkir 20x lak nak stop blog tuh..hehehe...apapun, happy cooking!
BalasPadamwlkmsalam kak umi,
BalasPadamtak payah fikir walau sekali utk undu diri...fikirkan bagaimana utk terus ke depan hehehhh...
Sedapnya mkn nasi dgn ulam jantung pisang, my fav jugak tu!Nnti nk try juga sambal tomato tu.Kt sini selalu buat sambal belacan je...
BalasPadamIkan temparing tu ada nama lain tak?
mamanajmi,
BalasPadamlebihkan tomato ye...kalau tak tahan pedas laa...
amie tak tahu nama lain ikan temparing nih... tak pernah jumpa di kg - selangor -
sedapnyer..nak try la resipi-resipi yg ada ni
BalasPadamwww.puterikasih.com
terliur tgk sambal ngn jantung tu...sllllrpp
BalasPadamSalam,
BalasPadamWah...saya suka makan ulam jantung pisang cicah sambal belacan. Cukup sedap dah tu....
Amie,bestnya nampak sambal tu, ummi kena cuba ni...
BalasPadamSalam Kak..Wahhhhh makan nasi berlaukkan ikan dan berulam jantung pisang...Sedaaaapppnyaaaaa
BalasPadamputeri kasih,
BalasPadamtrylah mana2 yg bkenan...
nuwairani,
BalasPadamsesekali makan jantung....sambal berulam jantung...
hazila,
BalasPadamkak amie pun suka sgt makan jantung celur dgn sambal belacan....leleh...
ummiross,
BalasPadambetul tu ummi...kena cuba baru tahu sedap ke tak...hehehe
sue@nenie,
BalasPadammasakan yg simpel mcm ikan goreng pun sebenarnya sedap kalau kita carikan teman2 spt ulam-ulaman kan...
salam kak amie.. sedapnya nampak jangtung tu.. tambah makan dengan sambal
BalasPadamya ampun..ini tlh mengundang kemarahan tekak nih...kecurrr..uhuhu
BalasPadamnk try sambal tuh..sgt menyelerakan lah
juwita,
BalasPadamiye...mmg sedap! kalau duduk sebelah boleh hulur hehehe...
greenjade,
BalasPadamredakan kemarahan tekak tu... meh dtg makan kat dapur kak amie...