Ikan Baulu Gulai Tempoyak, Sambal Kelapa & Ulam
7:43 PGBertemu kembali rakan-rakan blogger masakan yang disayangi. Seronok bertandang ke rumah rakan-rakan yang pandai masak macam-macam resepi. Rasa rugi sangat kalau tak belajar, menimba ilmu dalam dunia masakan yang bagaikan lautan tak bertepi ini. Dengan mengadakan lawatan sambil belajar ke dapur-dapur anda semua, timbullah sedikit minat untuk menceburkan diri dalam dunia kuih-muih, dessert, dan segala macam yang nampaknya sedap & cantik-cantik belaka. Wokey.....cerita Amie seterusnya tentulah tentang menu hidangan malam. Oleh kerana selera sudah kembali menguasai diri, macam-macamlah yang nak dimakan. Asyik terbayang di ruang mata masakan tempoyak....sekejap teringin nak makan sambal tempoyak, sekejap rasa kecur liur teringat sambal kelapa yang bonda buatkan untuk hidangan kami sekeluarga masa kecik2 dulu. Mana satu nak dimasak ni? Patutnya kalau dah buat sambal kelapa siap dengan ulamnya sekali, ikannya pula molek dibakar.... tapi sebab tamak sangat nak makan tempoyak, ikan pun jadi mangsa keadaan...jadi gulai tempoyak pula. Amie gunakan ikan baulu. Mungkin ada yang tak kenal ikan baulu atau milkfish, dan orang Filipina panggil ikan bangos. Rasanya lembut seperti ikan salmon tapi ikan baulu lebih 'kedaratan'... maksud Amie ada sedikit rasa ikan siakap dan ikan talapia.
Ikan Baulu Gulai Tempoyak.... Amie gunakan kunyit hidup sebagaimana yang disarakan rakan Amie, Zanariah. Amie juga masukkan beberapa biji cili padi tumbuk, tak buat pedas sebab sambal kelapa di bawah ni Amie bubuh lebih cili padi. Lagi pun anak-anak tak boleh makan yang terlalu pedas.
Sambal Kelapa .... Amie ikut cara bonda. Gunakan bawang merah mentah sebab bila bertemu dengan kelapa, aromanya akan naik dan menghidupkan selera. Amie hidangkan bersama ulam raja dan kacang botol segar. Semasa ambil daun kunyit dan isinya di belakang dapur, terpandang pegaga tapi malas nak ambil sebab dia merayap di bawah pokok bunga ros.....uiiii....nanti lenganku tercalar kena duri pokok bunga tu.
Mudah saja untuk menyediakan sambal kelapa. Gunakan kelapa yang baru diparut, kalau yang keluar dari freezer, kuranglah sedikit kelazatannya.
Bahan-bahan: (untuk Amie & pakwe saja)
1/2 cawan kelapa parut
1 sudu makan udang kering (rendam)
1 biji lada merah
7 biji cili padi
2 biji bawang merah
2 biji limau kasturi (ambil airnya)
garam & gula
Cara:
1. Tumbuk cili padi dan cili merah serta bawang merah hingga lumat.
2. Masukkan kelapa dan tumbuk hingga separuh lumat.
3. Masukkan udang kering dan tumbuk lagi.
4. Masukkan secubit garam dan sedikit gula.
5. Perahkan air limau kasturi.
6. Gaul rata dan letakkan di atas piring.
7. Hidangkan bersama ulam raja dan kacang botol.
Untuk gulai tempoyak pula, Amie gunakan 1 ekor ikan baulu seberat 700gram. Ikan ini memang berlemak terutama di bahagian perutnya. Sisiknya kecil-kecil dan nipis. Selain itu tulangnya juga halus.... lebih halus dari tulang ikan terubuk.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan baulu - bersihkan dan potong 5
3 sudu makan tempoyak
4 biji bawang merah - tumbuk
4 biji bawang putih - tumbuk
5 biji cili padi - tumbuk
5cm kunyit hidup - tumbuk
2 biji bawang besar - belah 2
1 labu bawang besar - mayang
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - siat
garam
500ml air
Cara:
1. Masukkan semua bahan tumbuk bersama serai dan tempoyak dan air ke dalam periuk / kuali.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan dan masak selama 5-7 minit. Jangan terlalu lama sebab isi ikan baulu sangat lembut.
3. Masukkan daun kunyit, lada merah dan bawang besar.
4. Perasakan dengan garam dan jika suka boleh masukkan sedikit gula.
5. Angkat dan hidangkan.
Mudah bukan? Sambil menunggu ikan masak, bolehlah sediakan sambal kelapa. Apabila nasi sudah masak, terus hidangkan semasa masih panas! Selamat menjamu selera....
24 comments
Salam K.Amie...gulai tempoyak ngan sambal kelapa tue mmg poberet atie!!!!.Tggu sat,atie nak dtg bawak pinggan nih!
BalasPadamsalam kak amie..sedapnye gulai tempoyak..ikan baulu?xpenah dgrla kak, ke kat jepun ni ade jugak ikn mcm ni?rs mcm penah jumpa,tp xtau nama la pulak..dah lm xmkn kcg botol..
BalasPadamikan baulu??? ikan apa ek ker nama lain org pangey kat semenajung nie?
BalasPadamSaya baru nak tanya, ayu dah tanya dulu. First time dengar ni.
BalasPadamazatie,
BalasPadamkak amie tunggu ni kat pintu dapur ni....datanglah...
Kamalia,
BalasPadamikan baulu ni di Sabah je kak amie jumpa...tp org putih kata milkfish namanya...
Lady Ayu,
BalasPadamkak amie tak tahu apa nama di semenanjung, ada ke ikan ni yek? kalau di Indonesia orang kata namanya ikan belanak sembawa / sumbawa...seingat kak amie...belum pernah jumpa ikan ni kalau balik kg
hazila,
BalasPadamtakpe,mana yg tak tahu kak amie bagi tahu...
oh nooooo sedapnyaaaa rasa nak terus balik rumah dan cuba masakan ni...
BalasPadamhanis,
BalasPadambuat cukup2 je...jangan lebih dan jangan kurang...
Salam ziarah.
BalasPadamsalam k.amie...amboi2 siap buat sambal kelapa lagi...yg tak tahan tu gulai tempoyak..
BalasPadamakak tak de plan nk tukar sek dekat2 dgn meru ni ke...kalau ada lg senang kita btukar2 mangkuk..hehehe..
Zaitun,
BalasPadamterima kasih sudi datang dapur amie.
ucu,
BalasPadampakwe kak amie org sinilah ucu...
hehe hehehe... kak amie tak mo tukar2 mangkuk....kosong! nak
tukar2 lauk dgn cake...heheheh
sambal kelapa tu mmg feveret saya.. klu ada menu tu kat rumah, mmg berselera benar saya makan.. resepi akak pun mcm resepi mak saya juga.. masak tempoyak mmg jarang buat sebab en.asben tak makan.. jdnya klu nak makan masak tempoyak mmg selalu beli kat kedai aje..
BalasPadamhanis azla,
BalasPadammemang sedap sambal kelapa, tapi tak boleh buat lebih2...nanti basi pulak, kak amie malas nak kukus dulu, tu sbb buat cukup2 je makan dgn pakwe...sbb kalau buat lebih, tak boleh berhenti makan haaa..hahahah
As'salam Amie
BalasPadamIkan baulu, pertama kali dengar tau pun mungkin pernah nampak cuma nama ikan ni lain2 sikit kot. biasa lah lain negeri lain pulak gelarannya kan. apa pun lauk dari amie ni memang membuka selera sesiapa saje yang bertandang kesini.
Ditambah pula ada ulam2 kampung emm..memang mengoda iman kalau duduk serumah dengan amie ni..hihihi semuanya sedap2 belaka.
ct,
BalasPadamini jelah menu harian kampung style yg disediakan utk keluarga...sbb hanya sempat masak sehari sekali je kalau time sekolah....
nak tumpang semangkuk..sedap makn ngan nasi panas2 kalau menu tempoyak nih
BalasPadamkak amie! kalau gi pasar simsim sandakan, mesti sy order ikan bolu bakar tu. sedapnya...lebih2 lagi bahagian kepala..walaupun banyak tulang tp sabar jugak makan sebab isinya lembut, sedap sgt...kt semenanjung tak pernah jumpa la pulak.(ke sy je yg tak kenal ikan?) huhu
BalasPadamanna,
BalasPadamboleh....amie masak lebih ni...kuahnya...hehheehhee
nuwairani,
BalasPadammemang kak amie belum pernah jumpa ikan ni di semenanjung, ini pun baru je bbrp tahun makan sbb lebih 3 kali jiran bagi bolu panggang tp suami je makan, kali ke 3 kak amie cuba rasa sikit... eh sedaplah! sejak tu sampai sekarang jadi hantu bolu...suka tang kepala (pipinya tu) dan perutnya yg ada lemak hitam tu...wah kak amie dah ada geng bolu.
memang kombinasi menu yang best!sambal kelapa, emak selalu buat sebab kalau saya buat tak sesedap emak buat:D
BalasPadamIxora,
BalasPadamair tangan ibu sudah semestinya sedap!