ADSENSE

Jumaat, 3 Jun 2011

Telur Sambal Petai

Nampaknya beberapa blog masakan yang Amie kunjungi dua tiga hari kebelakangan ini menayangkan menu telur... telur pengantin pula tu..., maknanya banyaklah jemputan kahwin yang dihadiri dan bawa pulang bunga telur. Masa kecik2 dulu, kalau bonda atau ayahanda balik dari kenduri kahwin, memang kami berebut-rebut nak makan bunga telur, telurnya dan bukan bunganya. Agaknya sebab kena bunga rampai, rasanya lain dari yang lain. Cerita pasal bunga telur pengantin, rupanya dalam peti sejuk di dapur pun ada lebih tujuh biji telur kahwin, apa tidaknya.... tiga majlis perkahwinan yang dihadiri semuanya membekalkan bunga telur. Suami kata baik masak sebelum buruk. Amie dapati setelah dikupas satu persatu semua elok, tapi Amie pilih yang 'terelok' dan dapatlah 5 biji. Kebetulan ada petai, jadi Amie tambah petai dalam sambal telur tu...


Bahan-bahan:
5 biji telur rebus (buang kulit)
15 biji petai (belah 2)
2 biji tomato (cincang)
1 labu bawang besar (mayang bulat)
1/2 sudu pati asam jawa (bancuh dengan 50ml air)
garam & gula
minyak

Bahan kisar:
15 biji lada kering
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1.5cm belacan
1.5cm halia

Cara:
1. Goreng telur hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar serta tomato cincang hingga pecah minyak.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan seketika.
4. Masukkan petai dan bawang besar.
5. Masukkan telur dan gaul rata.
6. Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan: