Nasi Lemak Hujan Panas, Hati & Limpa Rusa Rendang

12:55 PTG

Salam pagi Ahad semua.... tentu masing-masing dengan pelbagai kesibukan, mengurus rumahtangga, melayani karenah anak-anak dan memenuhi tuntutan yang lain. Sesibuk manapun, perut perut perlu diisi, dapur sudah tentunya berasap seawal pagi. Amie pergi ke rumah Ida, Japan kelmarin dan terpikat pula dengan nasi lemak hujan panasnya. Katanya, idea itu datangnya setelah berkunjung ke dapur K. Nor dan juga Lovely Kitchen. Amie buat nasi lemak hujan panas tapi lauk yang berbeza, gunakan apa yang ada di dapur. Dalam dunia maya begini sebenarnya kita mempunyai peluang untuk bersedekah jariah, dengan berkongsi ilmu yang sememangnya memberi manfaat kepada kita, hasil masakannya pula tentulah akan memenuhi selera suami dan anak-anak. Tidakkah itu kebahagiaan rumahtangga namanya? Hei... berceramah pagi Ahad pula Amie ni tau... Malam tadi tidur awal, tapi sebab pakwe terpaksa keluar pagi Ahad sebab ada kerja yang perlu diselesaikannya, dalam masa tidur2 ayam pakwe tanya.... esok pagi nak bagi anak sarapan apa? Sebab kerjanya setiap pagi memang suka beli sarapan, Amie pun menjawab... nak buat nasi lemak. Cukup semua bahan ke?, dia tanya semula. Cukup, nak buat rendang ayam, jawab Amie penuh yakin.... ah, kalau tak cukup bahan pun , pandai2lah...bisik hati Amie. Ayam masih dalam peti sejuk, tak larat nak keluarkan....jawab Amie lagi. Nanti baba keluarkan letak di bawah peti....pakwe Amie yang sememangnya faham Amie kurang sihat terus pergi ke dapur. Alamak....bukan ayam yang pakwe keluarkan, tapi hati dan limpa rusa.... Lailahaillallah..... rupanya tak diperiksa terlebih dahulu apa yang nak dikeluarkan malam tadi. Apa nak dibuat dengan hati dan limpa rusa ni? Matahari dah mula naik, sarapan belum sedia lagi.....hu huhhuuu...... nak keluarkan ayam beku macam batu.... berapa lama dah lembut? Kepala pun rasa berat semula...


Akhirnya jadilah resepi Nasi Lemak Hujan Panas berlauk Rendang Hati dan Limpa Rusa. Nasib baik anak-anak tak cerewet (tak suka hati & limpa), sebab ada lauk lain termasuk telur rebus dan ikan bilis, mereka ambil kuah rendang saja. Memang Amie sengaja tidak keringkan kuah rendang, sebab anak-anak sukakan kuahnya yang basah.



Resepi Nasi Lemak Hujan Panas sama saja seperti masak nasi lemak biasa, cuma tambahkan pewarna kesukaan masing-masing, biasanya ada warna hijau, kuning dan merah. Makanlah dengan lauk apa pun seperti makan nasi lemak biasa. Amie cuma perturunkan resepi Hati dan Limpa Rusa Rendang. Resepi ini resepi turun temurun, kalau ada kurang ke, terlebih ke, itu kira resepi ikut budaya kaum masing-masing ye...

Bahan-bahan:
600 gram hati & limpa rusa - hiris nipis & lebar
2 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit - siat
3 keping asam gelugur
5cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
garam & gula

Bahan kisar
15 biji lada kering
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
3 batang serai
1.5cm halia
1.5cm lengkuas
1.5cm kunyit hidup

Cara:
1. Didihkan 1/2 cawan santan pekat ke dalam kuali.
2. Masukkan semua bahan kisar dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan hati dan limpa rusa. Gaul.
4. Masukkan asam gelugur.
5. Masukkan lebihan santan pekat sebanyak 2 cawan.
6. Masak dengan api perlahan. Kacau sekali-sekala.
7. Apabila kuah santan hampir pekat dan hati serta limpa masak, masukkan kerisik dan gaul rata.
8. Perasakan dengan garam & gula.
9. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
10. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak hujan panas.

Amie hidangkan bersama telur rebus, hirisan tomato dan kacang gajus. Lain kalilah kalau nak masak rendang ayam....

10 comments

  1. Kak Amie..nak nasi lemak ngan rendang skit...saya tgh lapo ni

    BalasPadam
  2. puteri,
    ada lagi kat dapur tu...mmg tinggalkan sepinggan utk putei...

    BalasPadam
  3. jadi lawa nasi lemak tu eikkk..lain kali saya masak nasi lemak boleh manfaatkan ilmu Amie ni

    BalasPadam
  4. Ixora,
    ilmu turun temurun dr k.nor,lovely kitchen,ida japan, kak amie...terus turun ke ixora

    BalasPadam
  5. Salam K.Amie bako lam kuali sbb malas nk cuci oben nanti..hihi.
    nampak sedap nasi lemak hujan panas akak tue.dulu pernah buat gak tp TAK LAKU!!anak2 & HB dok heran tgk nasi kaler2..huuuuu.Tue la kt umah atie xleh msk yg pelik2,kang xsapa nk makan..hihi

    BalasPadam
  6. Assalamualikum akak...
    wah kalau mcm nie diana pun nak juga ilmu tu... heheh... nak cuba gak nie lain kali.. mmg nampak sedap sgt tu akak..

    BalasPadam
  7. azatie,
    kak amie mmg suka dedahkan mcm2 style utk anak2, spy nanti kalau duduk jauh dr kami dan jumpa makanan yg pelik2, diorg boleh makan... sbb kak amie tgk anak2 buah kak amie mmg ada masalah menyesuaikan lidah antara masakan sabah dgn semenanjung (ini kisah anak2 buah yg belajar di sana...)kesian .... kena ambil masa tu...

    BalasPadam
  8. Diana,
    marilah beramal jariah bersama-sama, turunkan ilmu masak-memasak utk manfaat semua...

    BalasPadam
  9. wahh...k'amie,dh jadi kenyataan nasi lemak tu, he..he tang rendang tu yg tak tahan tgk...lama tk mkn rendang hati,limpa ni..
    pernah buat rendang ayam,daging dan kerang jer...kadang2 ida tumis,kadang2 lebur jer dlm kuali...

    BalasPadam
  10. ida,
    terima kasih dgn idea nasi lemak hujan panas tu, mmg anak2 suka makan, petang tadi pakwe balik kerja, dia pun mahu makan juga nasi warna-warni tu....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe