Pla Muerk Tod Kratiem
6:23 PTGSumber: Koleksi Istimewa Majalah Perempuan
Resepi oleh: Chef Hamid B.Bain
Restoran Khua Thai, Kajang, Selangor.
Apa tu Amie...... pla muerk tod kratiem? He he... ni nak cuba masakan ala Thai. Anak-anak minta sotong goreng, tiba-tiba teringat pula sebuah buku masakan lama yang memaparkan beberapa jenis masakan Thailand. Pla Muerk Tod Kratiem tu maknanya Sotong Goreng Bawang Putih. Nasib baik Amie baca beberapa kali bahan yang digunakan, kalau tak... tak menjadilah resepi ala Thai ini. Tak sangka pula kena guna sampai 3 labu bawang putih, bukan 3 biji sebagaimana yang Amie fahami kali pertama membacanya. Amie pun kupaslah 3 labu bawang putih untuk 500 gram sotong, pecahkan dan cincang-cincang, jadilah semangkuk kecil. Rasanya memang sedaplah, sebab lain dari yang pernah Amie masak sebelum ini. Sesiapa nak rasa sedap atau tidak, cubalah... dan pastikan sotong yang digoreng bebas dari mata, mulut, telur dan lendir-lendir serta kulit...kalau tak, bila meletup dan merecik minyak satu dapur... tanggung sendirilah ye... he he he he...
Bahan-bahan:
500 gram sotong (potong ikut suka)
3 labu bawang putih (pecahkan dan cincang)
1 sudu serbuk lada
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak yang sama, goreng bawang putih cincang hingga naik bau. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak menggunakan api yang kuat / panas. Masukkan sotong goreng dan bawang putih goreng serentak.
4. Masukkan sekali serbuk lada, sos tiram dan gula. Kacau sebati.
5. Jangan masak terlalu lama - anggaran 1-1 1/2 minit sahaja.
6. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba! Pasti menyelerakan!
6 comments
Assalamualaikum akak..
BalasPadamoo masakan thai yer akak..
ermmm.. nmpk sedap tu akak.. nnt nak try gak.. masuk list dulu... :)
wahh nampak best. nnt arisha ak suruh mama masakkan pulak laah :) nyummyyy!
BalasPadamthanks for visiting :)
Hello Amie, that sotong goreng looks delicious. Ada lagi? Ha ha.
BalasPadamI guess you have a black belt in cooking, ya.
If when you masak ikan sumbat chilli send me telegram....
Have a nice weekend. And keep a song in your heart.
Lee.
Diana,
BalasPadambyk pakai bawang putih.... he he he...
Rtp Farra,
BalasPadammmg best...cepat2 suruh mama masak yea...
Uncle Lee,
BalasPadamhabis dah sotong tu,
solok lada? nanti amie hantar ke rumah uncle...