ADSENSE

Rabu, 1 Jun 2011

Nasi Hujan Panas

Tiba-tiba mencurah gerimis di hatiku pagi tadi... hu hu hu... kenapa Amie? Ini pasal salah mata memandanglah ni. Amie sangka datang bertugas hari ini, rupanya salah tengok. Patutnya datang esok. Oleh sebab Amie datang awal dan belum ada sesiapa yang datang, terfikir pula untuk telefon rakan yang bertugas hari ini kalau dapat tukar, hari ini Amie gantikan tempatnya dan dia gantikan tempat Amie esok. Rupanya rakan tadi dah balik Penang....nun suaranya jauh di seberang utara. Katanya lagi, tempatnya digantikan oleh rakan seorang lagi..., tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada boss kedua , katanya rakan yang patut ganti tempat rakan yang balik Penang tak dapat datang sebab keluarganya datang dari Johor. Hu hu... apa nak buat, jerat memakan diri... terpaksalah Amie ganti tempat rakan-rakan tadi... menjelang tengahari boss pertama telefon, katanya tugas Amie bukan hari ini saja, tapi besok dan lusa juga... apalah nasib, orang bercuti kita kena jaga bangunan sekolah pulak.... Sudah dibuatkan surat alih tugas...macam sudah jatuh ditimpa tangga pula. Hei Amie... tak baik merungut-rungut tau, tak ikhlas tu.... iye...iyelah... tapi hati terus menangis.... tak siapa tahu.... sampailah menjelang petang, Amie pun tinggalkan sekolah dan berangan sepanjang perjalanan pulang..., nak masak apa... nak masak apa???... Masak nasi hujan panaslah jawabnya...  anak-anak tanya kenapa banyak warna nasi ni.... ha, inilah nasi warna-warni macam pelangi yang muncul selepas gerimis panas turun.... rasanya entah dah berapa tahun Amie tak buat nasi hujan panas....




Bahan-bahan:
3/4 kg beras wangi (guna beras Basmathi jika ada)
300ml susu cair
1 biji tomato (belah 6)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu serbuk pati ayam
150 gram minyak sapi
150 gram marjerin
3 biji bawang merah (dimayang halus)
3 biji bawang putih (dimayang halus)
5cm halia muda (dihiris halus)
7 biji bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
200ml air
sedikit pewarna kuning, oren dan hijau

Cara:
1. Panaskan minyak sapi bersama marjerin hingga cair.
2. Goreng semua bahan yang dimayang dan dihiris bersama bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.
3. Masukkan serai dan tomato. Gaul rata hingga tomato hancur.
4. Masukkan susu cair dan 200ml air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan beras dan gaul rata bersama serbuk pati ayam.
6. Kacau sekali-sekala sehingga nasi kembang dan mula mengering.
7. Pindahkan nasi ke dalam periuk pengukus.
8. Letakkan pewarna di beberapa tempat di atas nasi. Tutup periuk pengukus. Biarkan dikukus selama 15 minit.
9. Apabila nasi sudah masak, balik-balikan supaya pewarna tadi tersebar rata di setiap bahagian.

Amie hidangkan nasi hujan panas dengan hati dan limpa rusa masak kicap serta pajeri nanas. Oleh sebab anak-anak tidak berminat untuk memakan hati dan limpa rusa, Amie sediakan mereka sotong goreng berempah. Rasa sangat berbaloi masak petang ini kerana menjelang pukul 6 petang sebaik sahaja suami pulang dan buka pintu ruang tamu... katanya, amboi wanginya bau masakan macam masak-masak di tempat kenduri kahwin...he he he...memang pun Amie teringin sangat makan pajeri nanas dan hati & limpa masak kicap.




Bahan-bahan:
1/2 kg hati dan limpa rusa (potong-potong)
2 biji kentang (kupas kulit dan potong ikut suka)
1 labu bawang besar (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
3cm halia muda (dihiris nipis)
5cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
7 biji bunga cengkih
1 sudu teh pati asam jawa (bancuh dengan 175ml air)
kicap pekat secukupnya
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu lada putih (tumbuk)
1/2 sudu garam
minyak


Cara:
1. Gaul hati dan limpa dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga wangi.
3. Masukkan air bancuhan asam jawa dan biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan hati serta limpa rusa.
5. Tuangkan kicap secukupnya.
6. Perasakan dengan garam (jika kurang cukup masin), dan gula serta lada putih.
7. Masak hingga kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan.



Pajeri nanas. Tak payah tulis resepi di sini sebab Amie sudah muatkannya sebelum ini. Dan di bawah ini pula sotong goreng berempah.




Sotong goreng berempah ni sebenarnya masakan kegemaran anak-anak. Memang berebut-rebut kalau sudah terhidang... belum dihidang pun pandai 'hilang' seketul dua dari piring. Goreng macam biasa, cuma pastikan sotong betul-betul bersih dari kulit, telur, mata dan mulut serta segala lendir-lendir sebab kalau ada salah satu benda tu,mesti meletup punya bila digoreng. Sesetengah orang suka gunakan tepung serbaguna, tapi Amie lebih suka campurkan bawang putih, halia, lada putih, jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Tambah sedikit serbuk kunyit, serbuk eno, sedikit tepung jagung, garam dan gula. Goreng...... Wokey... resepi Ame petang ini ialah Nasi Hujan Panas, Hati & Limpa Rusa Masak Kicap, Pajeri Nanas dan Sotong Goreng Berempah. Harap esok mentari akan cerah... biarpun terus gerimis turun...

6 ulasan:

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Amie...Kak Lin Dah Gantung Award Yg Amie Bagi...

Nasi Hujan Panas Ni Kak Lin Pernah Rasa Masa Pergi Majlis Kenduri Kahwin..

bobhandburry berkata...

Salam kunjungan... blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya
;)

http://www.zuwairiaiman.com

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam amie... salam kenal juga dari saya...

seorang pendidik yer? kesian + kelakar baca cerita amie ni.. tp tak mengapalah.. berkorban utk rakan2.. mungkin di lain hari mereka pula tolong amie..

belum pernah masak nasi ujan panas.. tp pernah makan masa kenduri..

Amie berkata...

lin,
waalaikumussalam, terima kasih sudi terima award tu, nasi hujan panas ni lebih kemalayuan...sbb ada bau serai...

Amie berkata...

bobhandburry,
salam kembali, nanti kak amie dtg...

Amie berkata...

madiha,
he he... mulanya amie rasa macam tak ada beban batu pula digalas... tak apalah bantu membantu kawan., cubalah masak nasi hujan panas...amie rasa lbh seronok dr masak nasi briyani...(agaknya dah biasadg bau nasi briyani)...