Baby Kailan & Cendawan Shiitake
6:33 PTGSelamat petang semua.... di tempat Amie sudah menjelang malam. Kami baru sahaja menikmati makan malam sekeluarga. Agak lama juga Amie tak masukkan resepi sayur dalam blog. Bukan apa, Amie biasa sediakan ulam-ulaman, tentu naik bosan melihatnya sebab tak lain dari tomato, daun salad, lobak merah dan kacang botol. Petang ini Amie tumis sayur baby kailan dengan cendawan shiitake. Sayur baby kailan ini kakak ipar Amie yang bagi, dibeli di Kundasang semasa mereka pergi ke Kota Kinabalu. Memang kakak ipar atau adik ipar atau kawan-kawan suami suka sangat bagi kami sayur-sayuran. Kami ni.... terima sahaja apa yang orang bagi, sentiasa berterima kasih dan tak banyak songel... itulah agaknya, orang pun tak segan nak bagi apa-apa. Petang tadi, semasa Amie menyiapkan hidangan untuk makan malam, suami pulang membawa macam-macam pemberian rakannya termasuk terung, jantung pisang, kacang panjang dan lada hijau. Alhamdulillah.... rezeki Allah.
Bahan-bahan:
10 kuntum baby kailan (leraikan dari kelopak)
5 kuntum cendawan shiitake (rendam hingga kembang - lembut - belah 2)
1 ekor udang kertas (buang kulit dan belah belakang)
1/2 cawan udang geragau (cuci - tos tumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
1 biji lada merah (hiris)
1/2 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cendawan shiitake dan udang kertas serta lada merah. Gaul rata.
3. Masukkan baby kailan dan tumis hingga berubah warna daunnya.
4. Taburkan serbuk pati ikan bilis.
5. Angkat dan hidangkan.
2 comments
sedap nampaknya...lapar pulak :)
BalasPadamhabsah,
BalasPadamjom makan....