Nasi Ketumbar Ayam Masak Merah

8:50 PG

Selamat malam semua. Kepada yang berpuasa di bulan Rejab yang mulia ini, diucapkan selamat berbuka. Kalau Amie yang berpuasa, tentulah Amie terlebih dahulu berbuka sebab jarak waktu timur dan barat berbeza lebih kurang satu jam. Itulah pasal, pagi-pagi setiap kali dalam perjalanan ke tempat kerja, azan Subuh berkumandang dari corong radio. Di sini, matahari mula mengintai dari Laut Sulu.... suasana pagi amat tenang dan nyaman dengan kedinginan angin menyapu wajah, aroma masakan dari kantin menyerbu ke hidung....cerita tentang aroma Amie seakan-akan terbau aroma Nasi Ketumbar dari dapur Kak Nor Secubit Garam. Tak sabar nak cuba resepi yang menggoda kalbu Amie. Selepas mesyuarat Larian 1Sukan 1Murid 1Malaysia diikuti dengan mesyuarat Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar petang tadi, Amie tidak berlengah lagi terus pecut kereta nak cepat sampai rumah........ Cerita balik tentang resepi Nasi Ketumbar tadi, Amie ambil resepi Kak Nor, sudah minta izin... tapi ayamnya pula terlupa nak salin resepinya. Oleh kerana dah sampai dapur, khusyuk lagi dengar ADILA, Amie pun masaklah ayam ikut resepi sendiri. Masak merah juga tapi taklah berempah macam Ayam Masak Merah Berempah Kak Nor tu.





Resepi Asal: Resepi Q'ein@Myresepi
Sumber   : Ayu Singapore & Kak Nor Secubit Garam

Bahan untuk Nasi Ketumbar:
500 gram beras
3 s/b mentega (Ayu guna minyak sapi - Amie pun guna minyak sapi)
sedikit minyak - Amie tak guna minyak
1 biji bawang merah - dimayang halus
3 batang daun ketumbar - kisar halus - Ayu tapis -Amie tak tapis
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara:
1. Cairkan minyak sapi dan goreng bawang hingga wangi.
2. Masukkan beras dan ketumbar kisar serta kiub ayam.
3. Masukkan air dan masak seperti biasa.
4. Apabila nasi telah kering, titiskan sedikit pewarna hijau.
5. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak, kemudian gemburkan sebelum dihidang.

Rupanya menyediakan nasi ketumbar ini sangatlah mudah sebab tidak banyak bahan yang perlu digunakan, dan semestinyalah ada daun ketumbar!


Oleh kerana suami dan anak-anak pun macam Amie juga, suka mencuba pelbagai resepi, hidangan nasi ketumbar tidak menjadi masalah bagi mereka walaupun sesetengah orang mungkin tidak biasa dengan bau daun ketumbar. Sebenarnya apabila nasi sudah masak, tidaklah begitu menyerlah aroma daun ketumbarnya sebagaimana daun ketumbar segar. Sedap bah! Bersih pinggan.... Lauknya pula Amie sediakan Ayam Masak Merah bersama Acar Mentah. Oleh kerana lauk begini sudah biasa dimasak, rasanya tak perlulah Amie tuliskan.



Terima kasih ya .... KaK Nor Secubit Garam yang mengizinkan perkongsian resepi ini. Amie pun sarankan kepada yang berminat untukmencuba resepi yang enak ini. Nanti Amie hantar sepinggan ke rumah Kak Nor yea....

28 comments

  1. Assalm kak,masyaAllahterliurnya,mmg nmpak sedap set nasi ketumbar akak nih..Sy jer xtry lagi..InsyaAllah nak try juga bila2 nanti..

    BalasPadam
  2. As'salam Amie

    sukanya kalau dapat makan beramai2 dengan hidangan yang menyelerakan ni amie. ct tak pernah buat lagi nasi ketumbar ni. kena cuba jugalah kan baru tahu akan kesedapan dan keharuman aroma nasi ketubar ni. tapi tunggu lah bila mood nak membuatnya tiba nanti :D

    BalasPadam
  3. Salam Zaliedana,
    kak amie terpandang resepi yg menggiurkan ini di dapur Kak Nor, masa tu tengah mati liur (kurang selera makan - demam) tu yang kak amie terus buat tu....ringkas saja tapi sedap!

    BalasPadam
  4. Salam Ct,
    baunya tidaklah seperti bau daun ketumbar, sbb sudah campur bahan lain spt minyak sapi, alhamdulillah... anak2 pun suka.

    BalasPadam
  5. wow..even though nasi kaler ijau, sgt menyelerakan~ first time drg nasi ketumbar~ mcm best!

    BalasPadam
  6. Salam Aesh Came,
    Kak Amie pun first time tengok di dapur Kak Nor Secubit garam... terus terpikat!

    BalasPadam
  7. Salam Amie,
    Wahhh....ada resepi barula kat sini....nak order set tu sepinggan leh....ayam taruk lebih tau

    BalasPadam
  8. Salam Wattie,
    silakan makan..... 1 nasi ketumbar, ayam lebih.... siap!

    BalasPadam
  9. slm kak...mesti wangi jer nasi ni dgn aroma daun ketumbar tu..

    BalasPadam
  10. sedapnyer kaka...x pernah buat nasi ketumbar nie...nanty leh try

    BalasPadam
  11. alahai kak..kenapa sedap2 sungguh masakan akak ni..

    BalasPadam
  12. aduhh dari pg td cuba tinggal komen tp tak lepas..

    sedapkan nasi tu.. buat pun mudah jer

    BalasPadam
  13. kak amie..mieza pun dh cuba resepi ni tp mieza mkn dgn ayam madras...sedap kan kak!

    BalasPadam
  14. nasinya warna hijau...cantek sgt!!! suke bau daun ketumbar!

    BalasPadam
  15. asslam kak amie,
    wah kat sini pun ada nasi ketumbar..
    ni confirm dah habiskan..heheh melopeh den..heheh

    BalasPadam
  16. salam amie..td pun akak msk kari sotong...sedap hidangan nasi ketumbar..rasa nk tumpang mkn kt sini

    BalasPadam
  17. owh resepi baru dlm list nanti ni..bau pun dah sedap ni...ter lapar la pulak ehehehe

    BalasPadam
  18. Salam Ida,
    memang aromanya membangkitkan selera.... terutama bagi yang telah hilang selera...

    BalasPadam
  19. Salam Lady Ayu,
    senang je....dengan syarat ada daun ketumbar.

    BalasPadam
  20. Salam Mama Ema,
    nampak sedap ke....Alhamdulillah...

    BalasPadam
  21. Salam Kak Nor,
    memang sedap kak... terima kasih kerana sentiasa sudi kongsi resepi!

    BalasPadam
  22. Salam Mieza,
    memang sedap, lain kali Kak Amie pun nak cuba dgn lauklain pulak...

    BalasPadam
  23. Salam Nuwairani,
    suka warna hijau ye.... itu maknanya termasuk dalam golongan yang sukakan pemikiran... heheheh,
    aroma daun ketumbar memang membangkitkan selera, Kak Amie suka gunakan dalam masakan nasi ayam steam, renjis dgn minyak bijan....memang hidup! alaa-ala sabah ciken rice tu...

    BalasPadam
  24. Assalam Ayu,
    resepi ini Ayu yang turunkan ye? Alhamdulillah...kita manfaatkan bersama, lain kali Kak Amie buat lagi....sepinggan untuk Ayu....thanks ayu...

    BalasPadam
  25. Salam Kzai,
    sesekali masak kari sotong memang sedapkan! makan dengan nasi ketumbar pun sedap tu....

    BalasPadam
  26. Salam Green Jade,
    cuba ye...dah turun temurun resepi ni...ringkas, cepat dan dijamin sedap!

    BalasPadam
  27. kalaulah Amie ni dekat, boleh saya tempah nasi ketumbar ini untuk majlis kenduri, best!

    BalasPadam
  28. Salam Ixora,
    iye ke....terhar dengar... kalau gitu, beli bahan sajalah hantar pada kak amie, kira masak free aje.... hehehhhh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe