Nasi Epal Dengan Udang Harimau Masak Sambal

by - 9:34 PTG

Selamat malam rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Tengahari tadi sewaktu menghadiri sesi taklimat pengurusan, terlintas pula di fikiran untuk masak nasi epal. Gara-gara tak berselera untuk makan, terfikir pula untuk makan yang masam-masam, dan kebetulan kelmarin sempat belek majalah resepi dan terpandang menu nasi epal hijau. Mungkin boleh buka selera.....


Nampaknya petang tadi agak terlewat sedikit untuk memulakan aktiviti memasak. Bukan apa, coretan kenangan dalam rancangan ADILA yang berkisar kisah bapa sangat menyentuh hati Amie. Semuanya tentang jasa dan pengorbanan insan bergelar bapa.... teringat arwah bapa Amie yang telah kembali kepada-Nya lebih 10 tahun lalu. Amie sempat balik kampung di Selangor untuk menziarahinya yang sedang sakit. Amie bersama suami dan anak-anak berangkat pulang pada pagi Selasa, dan semasa menaiki kapal terbang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu.... beliau telah dijemput oleh-Nya. Setibanya di rumah pada pukul 4 petang, bonda menelefon dan memberitahu arwah selamat dikebumikan....  Amie terduduk di bawah tangga sambil menangis... al - Fatihah untuk arwah bapaku..., puaslah melayan perasaan di dapur sebab pakwe di luar siram pokok bunga. Apa pun, perut perlu diisi, lapar anak-anak perlu dilayan.


Salah satu bahan yang perlu disediakan untuk nasi epal ialah air rebusan ayam. Amie rebus ayam tetapi isi ayam Amie jadikan kerabu dengan mangga. Manakala lauk utama nasi epal pula Amie padankan dengan udang harimau masak sambal. Kita lihat dulu apa bahan-bahan yang digunakan untuk nasi epal.

Sumber :  Majalah RASA Ferbruari 2011
Resepi   :   Nasi Epal

Bahan-bahan:
1250 gram beras - cuci bersih
50 gram bawang putih - ketuk
2 helai daun pandan
4 sudu makan marjerin
1250 air rebusan ayam
2 biji bawang besar - mayang halus
2 biji epal - potong kiub
250ml jus epal
garam secukup rasa

Cara:
1. Panskan marjerin di dalam periuk - Amie panaskan dalam kuali.
2. Tumis daun pandan, bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan beras dan kacau rata. - Amie tambah setitik pewarna Green Apple.
4. Masukkan air rebusan ayam, jus epal dan sedikit garam. Kacau sebati. - Amie gunakan sebahagian air rebusan sahaja kerana Amie akan pindahkan nasi yang sudah kembang ke dalam periuk pengukus.
5. Tanak nasi hingga masak dan masukkan epal. Biarkan kering.
6. Angkat dan masukkan ke pinggan. Hidangkan.

Untuk kerabu ayam dan mangga pula, isi ayam hendaklah disiat-siat menjadi kecil. Cincang 2 biji mangga muda, mayang 1 labu bawang besar, hiris 1 biji lada merah. Gaul di dalam mangkuk dan renjiskan dengan perahan air limau, bubuh sedikit garam dan gula. Biarkan seketika dan kemudian hidangkan.


Udang harimau pula masak sambal seperti biasa. Amie tak bubuh pelbagai bahan sebab nanti akan mengurangkan rasa udang. Dah siap pun.... jomlah sama-sama makan nasi epal.

You May Also Like

31 ulasan

  1. wahh amie...lum pernah mkn nasi epal, first time dgr ni..new story ni
    nak udang besau2 tu..geram nengoknyer

    BalasPadam
  2. ada epal kat rumah...sok nak try nasi epal la plak...thanks utk resipi ni :)

    BalasPadam
  3. salam kak .. wah ni menu menarik ni. leh try nasi epal.. akak nak guna epal merah boleh ke atau sedap epal hiau..

    BalasPadam
  4. telan air liur saya bila awak sebut ada sambal udang harimau :D

    BalasPadam
  5. salam ziarah amie..wah sedap npk menu terhidang

    BalasPadam
  6. ida,
    first time juga kak amie masak nasi epal ni, alhamdulillah menjadi...

    BalasPadam
  7. puteri,
    cubalah.... mesti menjadi punya...

    BalasPadam
  8. juwita,
    kak amie guna epal hijau ikut resepi sedia ada sbb kebetulan ada epal hijau, epal merah pun boleh... ikut kreativiti tapi mungkin rasanya lain sikit sbb epal hijau ada rasa asam2 sikit tp bila nasi dah masak tak ada langsung rasa asam2 tu..

    BalasPadam
  9. IXORAROXI,
    ada saki baki udang harimau sikit, temankan dia dgn nasi epal...

    BalasPadam
  10. kzai,
    jempt makan kak..

    BalasPadam
  11. wah! kreatipnya! nasi epal pon dh ada skrg..mesti wangi tu...

    BalasPadam
  12. akak belum pernah makan nasi epal...
    sure ada rasa masam2 sikit kan...dan ber aroma epal...patut dicuba ni

    BalasPadam
  13. nuwairani,
    betul tu... apa yg takde...semua ada...apalagi bab makanan...hehehe

    BalasPadam
  14. kasihredha,
    tak masam kak... mula2 amie ingat rasanya masam.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum akak...
    pasti sedap nasi epal nie kan akak.. mmg x perna lg buat... menarik...

    BalasPadam
  16. diana,
    macam nasi ayam juga sbb tak guna susu & minyak sapi...

    BalasPadam
  17. assalam amie, menariknya nasi epal tu

    BalasPadam
  18. wahh pertama kali dengar.... nampak sgt sedap!

    BalasPadam
  19. Kak Rosaliza,
    sesekali nak layan selera...

    BalasPadam
  20. Kak Rosaliza,
    sesekali nak layan selera...

    BalasPadam
  21. Hanis,
    pertama kali juga kak amie masak resepi ni...

    BalasPadam
  22. first time dengar nasik epal...

    BalasPadam
  23. JARI,
    byk dah ilmu resepi yea...

    BalasPadam
  24. peehhh tak tahan tgok udang tayang badan sebelah nasi epal tu...memang su tak pernah makan nasi epal tapi sekali pandang dah terpikat...pandai memancing selera amie ni kan...

    BalasPadam
  25. Salam Amie,
    Wahhh..... ada resepi baru la...first time dengar nasi epal, nampak cam best......nak kena pi cari epal nih....

    BalasPadam
  26. kaksu,
    yeay....kak su dah kena kail kat dapur amie...
    kalau kaksu masak lagi sedap!

    BalasPadam
  27. wattie,
    agaknya lepas resepi nasi epal, nasi buah apa pulak nak dimasak ye...

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum...
    salam kenal. mak ai terkejut badak nengok menu ni.

    BalasPadam
  29. looks very tempting and yummy, loved your blog and recipes. Following your yummy looking blog.

    BalasPadam
  30. Kak Sam,
    terimakasih sudi dtg dapur amie... hehee terkejut badak takpe, jgn terkejut pengsan udah lee....

    BalasPadam
  31. Umm Maymoonah,
    terima kasih sudi datang ke blog amie....salam kenal juga.

    BalasPadam