Ikan Jenahak Masak Asam Tumis
8:53 PTGSyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, insan sekerdil Amie masih mampu melengkapkan aktiviti harian seperti kelmarin. Mengenangkan suami dan anak-anak yang sememangnya sentiasa ternanti-nanti hidangan malam, dalam keadaan lapar.... Amie terus gagahkan diri melangkah ke ruang dapur, mengemas mana yang bersepah, mencuci mana yang masih kotor....maklum, anak tengah sebelum ke sekolah (petang), macam-macam yang dibuatnya di rumah! Dan si tengah ini, setiap kali pulang dari sekolah pasti akan terus meluru ke dapur menegur Amie dengan pertanyaan yang sama... mummy....mummy masak apa? Kalau masak ayam, bersorak rianglah dia. Kalau goreng ikan, tidak terdengar sorakannya. Petang tadi seperti biasa sambil telinga mendengar rancangan ADILA, tangan dengan pantas mencapai, memotong, menumbuk dan memasak apa yang patut. Si sulung, abang Farid, masih dengan novel-novelnya, si bongsu adik kecil Fairuz pula tertidur di hadapan televisyen. Si tengah, adik Fuad kadang-kadang mengganggu Amie memasak di dapur. Ada saja benda dalam periuk atau kuali yang mahu digodeknya. Petang ini macam seronok bunyi suara Fuad walaupun tiada ayam yang dimasak...... agaknya terbau aroma masak asam tumis Amie. Pakwe pula biasanya terus mandi, dan kemudian berehat di ruang tamu dan sesekali menjenguk ke dapur membantu mana yang patut. Hidangan kami malam ini merupakan hidangan makan malam yang ringkas sahaja. Makan nasi berlauk ikan jenahak masak asam tumis, tidak mengandungi banyak bahan, hanya bahan asas sahaja. Masakan begini memang sangat sesuai sebagai resepi pilihan untuk orang yang hidupnya sentiasa berebut dengan waktu. Dan tak perlu masak sayur-mayur lagi sebab sudah masukkan kacang bendi ke dalam masakan tadi, masak sekali harung mana bahan yang ada!
Mudahkan? Tak payah masak 2 kali... sekali masak ikan dan sekali masak sayur! Jimat masa dan tenaga!
Masakan asam tumis yang ringkas ini Amie perolehi dari buku A Taste of Batu Gajah Traditional Malay Family Recipes. Amie tuliskan resepi asal, supaya sesiapa yang berminat mendalami bidang masakan tradisional akan dapat gambaran resepi yang sebenar.
Sumber : A Taste of Batu Gajah Traditional Malay Family Recipes
Resepi : Golden Snapper Tamarind Sauce : serves 4-6.
By Datin Seri Raihan Abdul Rahman with recipes by Datin Norsiah Bakhari
500 gram or 4pcs ikan jenahak (golden snapper)
1 stalk serai (lemongrass) crused
4 heaped tbsp cili boh (ground chilli paste), grilled and pounded
2 level tbsp seedless tamarind paste or 2 tbsp assam jawa (tamarind pulp) mixed with 1/2 cup water (seed discarded)
4 tomatoes, cut into wedges - Amie tak bubuh
8 ladies fingers, cleaned and cut the edges off
1 stalk bunga kantan (ginger flower), cut into half lenghthwise
4 sprigs daun kesom (assam leaves) - Amie tak bubuh
3 shallots (pounded)
6 cloves garlic (pounded)
1 inch piece ginger (pounded)
1 sguare inch shrimp paste
3 cups water
1/2 cup cooking oil
salt to taste - terpulanglah nak bubuh perisa / perasa yang disukai.
1. In the pot, heat the ol and fry the pounded ingredients and crushed lemongrass untuk golden brown.
2. Add in the ground chilli paste, shrimp paste and 1 teaspoon of salt, in turn.Mix well and let it boil, then pour in a cup of water and let the mixture simmer over medium heat for about 3 minutes.
3. Add the tamarind paste and allow the sauce to boil before pouring in the remaining water as well as the ginger flower, assam leaves, fish, tomatoes and ladies fingers. Let the dish simmer over low heat for about 10 minutes or until the fish is cooked.
Tip: You may replace the fish with other soft-fleshed fish such as ikan terubuk (river herring), ikan kembung (Indian mackerel), and ikan parang (wolf herring).
Masak asam tumis kuah cair begini sedap makan dengan nasi panas, lebih-lebih lagi waktu perut tengah berkeroncong....jilat habis!...masakan ikan jenahak tumis asam ini pernah Amie dan rakan-rakan remaja nikmati di Asrama Penginapan di Pantai Morib semasa mengendalikan Kem Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Selangor Universiti Malaya (PERMAS)..... bila? Tahun 1988....23 tahun yang lalu!
20 comments
mcm comel je anak kak amie ni.budak2 mesti suke makan ayam berbanding ikan.tp kalo dh duk sabah, mmg lg bagus makan ikan jela. harga pon murah.boleh dapat yg fresh lg.
BalasPadamnuwairani,
BalasPadamkak amie memang kalau boleh nak kurangkan pengambilan ayam, sbb dlm Quran pun ada disebut tenang byk kebaikan daging yg lembut dari laut .... iaitu ikan, bagus utk tumbesaran anak2.
wah...wah...beria posing gulai tu. huhu...tak pandai makan ikan aaa...kalau dapt gulai gini memang hirup kuah n kutip sayur je la..tu je yg nikmTnya
BalasPadamSalam Amie...
BalasPadamhehehe mlm2 kite dtg lagi tgk ada asam tumis ikan siap ngan sayur! senang kerja tak payah msk lauk2 lagi..
nora,
BalasPadamtak makan ikan yea...oic, vegetarian laaa... heheeeheee
mama hawa,
BalasPadamsenang masak ....2 & 3 dalam satu kuali... masuk perut pun campur jugak kan...
fuh!!!
BalasPadamkak amie..sedapnye lauk asam tumis tu.sy suke mkn,tp sampai skang mst xjd bila saya cube msk..jd xsedap..;(
BalasPadamAssalamualaikum akak..
BalasPadampepagi singgah dapur akak tgk ikan masak asam tumis... terus lapar d buatnya.. Hehehe.. nmpk sgt sedap ikan tu akak... kcg bendi lg ler... mmg fav diana tu ... sedaaapnyaaaa
kamalia,
BalasPadambuat pelan2... lama2 jadi...ikut style kak amie..cooking with my heart and soul he heeeehh..
diana,
BalasPadamhari ini dlm sejarah...kak amie makan 2 x...mmg msk lebih, walau sgt simple tp kak amie rasa cukup menyelerakan.... adeehhhh angkat bakul berlubang nih...
As'salam amie
BalasPadammemang berselera kalau lauk merah2 macam ni. nak makan oun rasa macam nak tambah 2 kali jer nasi tu... hihihi.
memang betul ct pun kadang2 masak sekali jer lauk2 macam ni. cuma tanbahlah sayur2 gorang untuk malamnya. anak2 pun makan tak lah banyak mana. sayur tu ct ratah2 gitu jer :D
salam k.amie...kalau keluarga ucu...ikan jenahak ni mesti masak lemak cili padi + daun cekur(kenchor - jawa)...sesekali nak tukar menu la pulak...masak jenahak asam tumis k.amie...
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamSEdapnya masak asam tumis tu, pekena dgn nasi panas panas
wlksalam ct,
BalasPadamdulu masa cuti sekolah boleh masak apa yg amie mau, tapi sekarang ni kena mengejar & cari masa... si masak begini agaknya pilihan terbaik kut... he eheheh
ucu,
BalasPadamooohhh... bestnya idea tu... lain kali kak amie pun nak cuba masak dgn kencur sbb selama ni kak amie guna ikan keli & pari je... ada lagi tu kencur di dapur...tq ucu.
wattie,
BalasPadammasaknya ringkas je kan...cair2 gitu, tp mmg buka selera...
waduhhh menggoda tul ikan jenahak dalam mangkuk tu...kat mersing pun kalau rajin ke pantai pagi2 ada jugak nelayan yg balik dari laut bawak ikan ni fresh gitu.... memang sedappp...
BalasPadamkaksu,
BalasPadammmg sedap kalau dpt masak ikan fresh...terasa manisnya.
Salam
BalasPadam