Masakan Bonda
8:07 PTGPetang kelmarin sayup-sayup Amie dengar suara bonda di hujung telefon... emak kurang sihat. Andainya aku ada sayap, aku ingin terbang saat itu juga. Tapi aku tidak mampu...mak, kudoakan emak sihat sejahtera. Amie tahu emak sangat kesunyian tapi emak tetap enggan tinggalkan rumah untuk tinggal bersama anak-anak. Katanya, rumah itu rumah pusaka arwah ayah... emak tak akan tinggalkan. Jangan rombak rumah ini, arwah ayah kamu dulu susah payah angkut kayu dari hutan untuk dibuat tiang...aduh! Emak... kami sangat memahami perasaan emak, tapi emak tetap tidak mahu berganjak dari rumah itu. Mujurlah, ada kakak dan anak buah Amie yang tinggal berhampiran dengannya. Setiap hari merekalah yang berulang-alik menjenguk emak. Hilang selera untuk menjamah makanan bila terkenang bonda nan satu itu. Teringat masakan-masakan bonda yang ringkas disediakan untuk kami sewaktu kecil dulu. Hidup sebagai anak tani, makan pakai kami ala kadar, namun kami tidak pernah kebuluran dan belum ada dalam sehari kami putus bekalan makanan. Petang tadi, sambil mendengar Rancangan ADILA (Aku Dia & Lagu) menerusi Radio Klasik Nasional, Amie luahkan rindu pada masakan yang selalu bonda hidangkan. Sambil mendengar coretan kenangan (5-7 malam) yang kebetulan semuanya berkisar kepada kisah keluarga terutama tentang ibu, Amie sempat siapkan telur dadar, sambal belacan, tempe goreng, ikan masin kukus dan yang paling istimewa ialah sayur bayam masak bening kegemaran bonda. lauk-pauk beginilah yang membesarkan kami hasil air tangan bonda.
Inilah saja pengubat rinduku pada bonda....
...berselera pula (tapi hanya Amie & suami), anak2 makan lauk lain...
Sayur bayam masak bening... bonda mesti hirup kuahnya.... segarrrr... kata bonda.
Bonda bersama cucu-cucunya sewaktu berkunjung ke Sabah tahun lepas.
2 comments
Itu la if touching dgn sorang wanita bergelar Bonda...Buatla kebajikan sementara dia masih ada..saya dah tak der bonda..If dia still ada mcm-macam wishkist dia akan saya penuhi..
BalasPadamqaseeh tolia,
BalasPadamterima kasih atas ingatan itu, bonda amie jauh... tu sbb kalau rindu amie selalu msk apa yg bonda selalu masakkan utk kami masa kecik2 dulu... touching...mmg touching..