ADSENSE

Jumaat, 20 Mei 2011

Tulang Lembu Sup

Selamat petang semua.... jemput makan tulang lembu sup, resepi bonda Amie tau.  Masak cara orang kampung tapi memang tak boleh lawanlah. Orang kampung masak lagi sedap, terutama masa kenduri kahwin. Tulang lembu pun segar, baru sembelih. Tak payah guna sup bunjut pun, memang dah sedia sedap. Yang Amie masak ni... dah masuk ais, kurang ummmphhh... Apapun semuanya dah sedia untuk disantap, (bab tulang ni... kami laki bini je yang makan - bujang2 Amie yang pemilih menu tak mahu) makan sajalah yo.... tak perlu banyak songel. Ha, tak cukup sup tulang saja, suami Amie bantu sediakan sambal kicapnya, barulah sodapppp....


Bahan-bahan:
500gram tulang lembu
2 biji kentang (potong 2 dan belah 2)
daun sup (hiris)
bawang goreng
3cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & perasa
1 liter air
minyak

Bahan tumbuk:
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3cm halia
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu lada putih

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk kecuali lada putih hingga wangi.
2. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Masukkan tulang dan balik-balikkan hingga daging layu.
4. Masukkan air dan masaklah hingga mendidih dan perlahankan api, biarkan hingga daging empuk.
5. Masukkan kentang dan biarkan sup terus mendidih sehingga kentang empuk.
6. Masukkan garam dan perasa.
7. Sup tulang lembu siap untuk dihidangkan.
8. Taburkan bawang goreng dan daun sup
9. Jika suka, sediakan sambal kicap - cili padi dan bawang putih ditumbuk, campur kicap, garam, gula dan perahan air limau kasturi.

Tiada ulasan: