ADSENSE

Selasa, 17 Mei 2011

Kerabu Mangga Dengan Sotong

Nampaknya buah mangga udang di belakang rumah kami dah mula tua, bolehlah dituai. Tuai mangga antara masak... , dapat sebiji buat kerabu. Kali ini buah mangga kami saiznya tak besar macam selalu. Biasanya sebiji mangga boleh mencecah antara 1kg hingga 1 1/2 kg. Mungkin cuaca yang buatkan mangga kami jadi kontot untuk musim ini. Apa pun Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah. Jom kita ratah-ratah saja kerabu mangga Ami di bawah ni...


Bahan-bahan:
1 biji mangga udang (500g - cincang)
7 ekor sotong (potong 3 - celur)
1 labu bawang besar (mayang)
7 biji cili padi (mayang)
3 batang serai (mayang)
1 kuntum bunga kantan (mayang)
1/2 cawan udang kering (rendam - tumbuk kasar)
2 sudu sos ikan
2 sudu gula pasir
5 sudu perahan air limau kasturi

Cara:
1. Campurkan mangga, dan sotong dengan semua bahan yang dimayang.
2. Masukkan udang kering, sos ikan, gula pasir dan air limau kasturi.
3. Gaul rata dan biarkan lebih kurang 15 minit.
4. Hidangkan.


Tiada ulasan: