Kek Hari Guru
8:58 PGKelmarin, 27 Mei 2011 merupakan hari terakhir persekolahan untuk semester pertama tahun ini. Tarikh inilah yang dipilih untuk sambutan hari guru yang tertunda. Sambutannya seperti tahun-tahun lepas juga, ada cabutan bertuah, ada persembahan koir, tarian,sukaneka dan akhir sekali jamuan makan. Ada satu yang menarik hati Amie iaitu di antara kek hari guru ada salah satu kek yang berwarna biru putih.... rasa macam suci romantik pula.
Nampak cantikkan? Selamat bercuti kepada semua pelajar dan juga warga pendidik (tak semua... sebab bahagian pentadbiran kena bertugas masa cuti termasuk Amie). Apa pun hari ini, esok dan lusa kami cadang nak bawa anak-anak berjalan-jalan di sekitar Tawau. Tak dapat pergi menyaksikan pesta Kaamatan pada 31 Mei di Kota Kinabalu, sebab hari ini mengiring anak buah akad nikah di Tawau dan 30 Mei 2 orang anak buah naik pelamin. Jadi, buat sementara waktu...Amie's Little Kitchen tak berasap....sebab tuannya tutup pintu dapur dan jalan-jalan kejap.
0 comments