ADSENSE

Selasa, 17 Mei 2011

Ikan Gerut-Gerut Masam Manis

Malam ini Amie sediakan ikan gerut-gerut masam manis untuk keluarga. Goreng saja ikan, kemudian buatkan sosnya yang ringkas dan mudah. Tuangkan dan terus hidangkan... siap, tinggal kepala dengan tulang. Alhamdulillah... syukur nikmat Allah.


Bahan-bahan:
2 ekor ikan gerut-gerut
sepotong  nanas (potong dadu)
1/2 btang timun (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
3 sudu sos plum
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1.5cm halia (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1/2 sudu pati asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu gula pasir
garam
minyak

Cara:
1. Lumur ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan nanas dan timun.
4. Masukkan sos plum, tomato sos dan cili sos.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula pasir.
6. Masukkan tomato dan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga elok pekatnya.
7. Sos masam manis sedia untuk dituang di atas ikan.

Tiada ulasan: