Seafood Garden Kuey Teow
4:43 PTGSelamat petang semua. Apa agaknya makna di sebalik seafood garden kuey teow tu...??? Gara-gara traffic jam hampir 2 jam, akhirnya sampai rumah masak kuey teow saja. Itu pun sebab perut anak dah lapar, capai saja mana yang dapat. Rendam sotong dengan udang, cincang itu ini, potong sana-sini, jadilah kuey teow tawar... haha....hh kenapa tawar? Tak bubuh garam ke? Tak bubuh lada... la..... Pasal traffic jam ni, tak tahulah bila akan selesai, sakit kaki lutut dibuatnya menekan brek kereta. Kiri kanan pula kereta menyusup-sasap mahu cepat, alahai... pak traffic pula tak ada hari ini. Puas berpusing-pusing keliling Bulatan Airport Lahad Datu hingga ke abulatan Mahkamah Majistret, tersekat pula di depan Hospital Lama.... uuuwaaaaa.....Tak mahulah cerita tentang traffic jam, semua orang sakit hati dan sakit kepala bila mengenangkannya. Baiklah kita masak warna-warni supaya sedap mata memandang.... hati pun riang.
Bahan-bahan:
300 gram kuey teow (bilas dengan air)
7 ekor sotong (potong ikut suka)
10 ekor udang (bersihkan)
3 biji bawang merah (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
2 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos soya
1 sudu serbuk pati ayam
1/2 biji capsicum merah (potong dadu)
1/2 biji capsicum kuning (potong dadu)
1/2 biji capsicum hijau (potong dadu)
10 helai daun kucai (potong 3cm)
2 biji telur
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan udang dan sotong. Tumis selama 2 minit.
3. Masukkan kuey teow dan gaul rata.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos soya. Gaul lagi hingga sebati.
5. Masukkan 2 biji telur di tengah-tengah masakan dan gaul bersama kuey teow.
6. Masukkan daun kucai, capsicum merah, kuning dan hijau.
7. Akhir sekali taburkan serbuk pati ayam. Gaul sekali lagi.
8. Angkat dan hidangkan.
2 comments
kuey teow my fave food =)
BalasPadamyua,
BalasPadamkak amie suka makan yg org masak, tp makan masakan sendiri mcm kurang ummpphh... he he he