ADSENSE

Selasa, 17 Mei 2011

Pucuk Manis Masak Lemak

Puaslah hari-hari asyik makan berlemak...bersantan, badan pun naik lemak. Esok lusa masak singgang balik semula. Tak payah nak perah-perah santan lagi. Hari ini pun makan berlemak, masak lemak sayur pucuk manis campur dengan ubi keledek dan udang galah yang kecil-kecil. Beberapa hari lepas kami beli ubi keledek, bukan banyak... sampai orang tegur... aikkk beli 2 biji je? Iyelah... siapa nak makan banyak2? Ha... betul tu, Amie hanya guna sebiji ubi keledek je untuk sayur lemak ni... itu pun tak habis. La... masakl emak ubi keledek ni pun sebab rindu nak makan masakan kampung yang biasa kita makan dan masak dulu2... masa remaja berkumpul bersama sekeluarga.


Bahan-bahan:
200 gram pucuk manis
200 gram ubi keledek (potong dadu)
10 ekor udang galah (bersihkan)
300 ml santan pekat
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
1.5cm belacan (tumbuk)
7 biji cili padi (tumbuk)
1 batang serai (ketuk)
1/2 sudu serbuk kunyit
250ml air
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis

Cara:
1. Didihkan air dan masukkan ubi kentang, udang galah serta semua bahan tumbuk berserta serai.
2. Apabila ubi kentang mula empuk, masukkan santan pekat, dan serbuk kunyit.
3. Kacau kuah supaya tidak pecah santan dan apabila kuah mula mendidih masukkan sayur pucuk manis.
4.Tambahkan serbuk pati ikan bilis.
5. Apabila sedang elok masaknya, tutup api dan bolehlah dihidang.






2 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum,

Masakan cara kampong macam ni sedap.

Amie berkata...

waalaikumussalam,iye.... besar di kg, mmg tak lupa masakan kg he he