Sambal Hitam Belimbing Buluh Versi Maklong
8:04 PTGAmie terpikat pula dengan sambal hitam belimbing buluh dalam blog Along Maklong. Amie minta izin daripada Maklong untuk mencubanya. Mula-mula rasa pelik juga tetapi bila dah masak dan makan, memang tak ada yang pelik dalam dunia ini... tak percaya, cubalah. Amie takut betul bila disebut belimbing buluh... sebab apa, takutkan rasanya yang sangat masam tu... masa kecik2 dulu suka sangat gigit dan buang dan sentiasa tertanya-tanya bilalah masanya belimbing buluh akan masak sebab rasanya tak pernah manis... asyik masam sepanjang waktu... sekarang ni pulak, kita jadikan dia sambal hitam. Amie cuba tanya pada Encik Google, katanya asalnya sambal begini dari negeri Pahang terutamanya di Kuala Lipis. Tapi sekarang mana-mana negeri dan mana-mana orang pun boleh masak dan boleh makan, yang penting mesti ada belimbing buluh ye, bukan belimbing besi...
Amie gunakan 1 kg belimbing buluh. Bila dah direbus selama 4 jam, jadi kecut dan kering, hasilnya dapatlah semangkuk kecil. Cukuplah untuk kami makan berdua, anak-anak biasanya tak mahu makan sambal kecuali sambal belacan yang tak berapa pedas...
Inilah rupa belimbing buluh yang sangat masam rasanya. Sama saja rupa belimbing buluh Sabah dengan belimbing buluh yang Amie gigit-gigit buang masa kecik2 dulu di Selangor. Di bawah ini pula bahan-bahan yang digunakan untuk memasak sambal hitam belimbing buluh.
Bahan-bahan:
1 kg belimbing buluh
3/4 cawan ikan bilis
segenggam cili padi (Amie guna merah sebab tak ada cili padi hijau di dapur)
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
garam & gula
minyak
Cara:
1. Rebus belimbing buluh bersama sedikit garam selama 4 jam - sehingga airnya kering.
2. Goreng ikan bilis, bawang putih dan bawang merah serta cili padi. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Tumbuk kesemua bahan yang digoreng. (Amie lihat dalam gambar sambal maklong, tak nampak hancur), jadi Amie tumbuk kasar-kasar saja.
4. Tumbuk atau lenyek2 sekali belimbing buluh tadi.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan yang ditumbuk.
6. Tambahkan garam sekiranya belum cukup masin semasa merebus belimbing buluh. Tambahkan gula ikut rasa masing-masing.
7. Hidangkan bersama nasi.
8. Amie hidangkan bersama daun selom, petai dan hirisan tomato.
Terima kasih ye Maklong, kalau ada salah silap sambal hitam belimbing buluh tu kira kreativiti dan versi masakan Amie pulak yea...
2 comments
pergghh..!! amie..
BalasPadamsambal hitam tu nampak sedap sangat.. terliur maklong..
terus oder belimbing buluh dekat anak yang kerja kat pasar tu.. nak buat jugak.. hehehe..
iyelah maklong... mmg sgt sedap!nyesal amie tak beli byk2 (beli di pasar Tawau), 1 kg jadi seco'et je... he he he
BalasPadam