Vadai
7:49 PTGBanyak jenis kekacang dalam simpanan Amie tapi tak tahu nak buat apa. Sebenarnya segala kacang yang tersimpan Amie sediakan semasa bonda datang tahun lepas, tapi lepas tu lebihannya tak digunakan sehingga ke hari ini. Sebutlah kacang apa, kacang hijau, kacang dhal, kacang soya, kacang pinggang, kacang merah, kacang hitam.... yang bonda gunakan satu saja iaitu kacang hijau... dibuatnya taugeh untuk melengkapkan bahan pecal. Yang lain tak terusik... jadi petang ini nak usik lebihan kacang dhal. Nak buat kuih vadai untuk minum petang. Masa kami kecil dulu ayah dan bonda suka beli kuih vadai di gerai mamak di Sungai Buluh. Amie tak pasti betulkah kuih ini namanya vadai atau masalodeh? Tapi rakan sekerja Amie (India) kata ini kuih vadai dan dia sendiri pernah bawa sebakul vadai ke sekolah, gunakan bakul Amie semasa aktiviti RIMUP (Rancangan Perpaduan Untuk Murid) yang kebetulannya salah satu aktivitnya ialah pameran makanan tradisional pelbagai kaum. Panas-panas lagi... warnanya kuning keemasan, tak sampai berapa minit... habis kawan2 makan, tak sempat buat pameran! Teringat dulu suatu hari Amie jalan-jalan ke rumah seorang teman (masa tu di tingkatan 2), sedang buat kuih vadai di rumahnya, dan Amie rasa hairan sangat sebab bukanlah susah sangat membuatnya. Rasanya pula... memanglah sedap. Dia tunjukkan Amie bagaimana cara membuatnya. Cuma bezanya, hari ini Amie kisar kacang dhal, sedangkan kawan Amie pada waktu itu gunakan lesung untuk menumbuk tumbuk. Pesannya lagi, kalau nak buat kuih vadai, separuh kacang tumbuk kasar-kasar dan separuh lagi tumbuk lumat. Tahniah buat kawan baik Amie.... Raja Halizah yang sekarang sudah mempunyai dua buah kedai makan di Pelabuhan Kelang dan Meru. Semoga terus berjaya ye Chef Raja Halizah...
Bahan-bahan:
500 gram kacang dhal (rendam selama 3 jam)
1 labu bawang besar (cincang)
2 biji lada kering (hiris halus)
2 biji lada hijau (hiris halus)
1/2 cawan udang kering (rendam - tumbuk kasar)
3 pelepah daun kari
1/2 sudu jintan manis
1 1/2 serbuk pati ikan bilis
minyak
~ Amie saja2 masukkan udang kering, tak masuk pun tak apa sebab rasanya udang kering bukanlah resepi asli kuih ini~
Cara:
1. Kacang dhal dibahagi 2. Campur sedikit air untuk dikisar. Separuh dikisar halus dan separuh lagi dikisar kasar.
2. Toskan sebentar.
3. Masukkan daun kari, bawang cincang, jintan manis, udang kering,hirisan lada hijau dan lada kering.
4. Gaul sebati bersama pati ikan bilis.
5. Bentuk menjadi adunan bulat.
6. Goreng di dalam minyak panas sederhana dan terendam.
7. Angkat apabila kuih berwarna kuning keemasan.
4 comments
Aslmualaikum amie.. terima kasih utk award tu.. akk ambil dulu yer.. singgah kejap jer kt sni.. akk suke vadai.. mkn panas2 mmg best kan..
BalasPadammaklong pun suka kuih ni.. selalu beli kat pasar pagi selayang.. mmm.. sedap sangat.. hehehe..
BalasPadamdzana,
BalasPadamterima kasih kembali kerana sudi terima... vadaimmg sedap terutama sekali kalau orang India yang buat... teringat masa kecik2 dulu ayah suka beli di kedai mamak...
maklong,
BalasPadamkak tempat amie tak ada orang India, tak pernah jumpa vadai di sini... tu sbb tpaksa buat sendiri sbb teringin nak makan... he he he