Kangkung Masak Tumis Dengan Ikan Kurau Masin
9:34 PTGKadang-kadang kalau terlalu terikat dengan bahan yang ditetapkan dalam resepi, rasa bosan pula dengan rasa yang sama. Ini dah mulalah ni...mengarut yang bukan-bukan. Bukan apa, bila tengok bahan-bahan masakan yang agak lama tersimpan dalam peti sejuk, terfikir pula bagaimana untuk menghabiskannya... dah kuantitinya pun bukannya banyak. Nak buang rasa sayang, membazir.... jadi saudara syaitan tau. Tempe minggu lepas pun tak habis, suami dah beli lagi... kawan Amie ni kalau rasa nak makan, dia beli saja dan bukannya tahu ada ke tidak benda yang nak dimakannya itu dalam peti sejuk. Kelakarlah... dulu dia bukan pandai makan tempe...he he he, inilah bagusnya kalau kahwin lain suku kaum...memperkaya resepi keluarga yea... Ha, berbalik pasal tempe tadi, nak masak dengan kangkung. Pada mulanya Amie nak tumis kangkung dan tabur ikan kurau kering tumbuk, tapi sayang pula tengok tempe tadi. Akhirnya jadilah resepi sayur Amie seperti di bawah ini...
Bahan-bahan:
15 batang kangkung (potong ikut suka)
1/2 batang tempe (potong ikut suka)
2 keping ikan kering kurau - ukuran 3cm 1 keping (goreng & tumbuk)
1 sudu taucu
3 biji bawang merah (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji cili padi (tumbuk)
1/2 sudu serbuk pati belacan
minyak
50ml air
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng semua bahan yang ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan taucu dan tempe. Biarkan sehingga tempe masak.
4. Masukkan kangkung dan kacau rata.
5. Taburkan serbuk pati belacan. (Sekiranya masin, tambah sedikit gula).
6. Hidangkan sayur kangkung dengan taburan ikan kurau kering tumbuk.
2 comments
Ya Allah... Sedapnyer..nanati saya ciplak resepi yer..salam kenal
BalasPadamboleh.... boleh kongsi, masak je...
BalasPadam