ADSENSE

Isnin, 2 Mei 2011

Ikan Pari Masak Singgang

Ada orang kata masak pindang berbeza dengan masak singgang. Entahlah... setahu Amie kalau namanya pindang itu masak rebus saja, dan masak singgang tu pun rebus-rebus jugak. Mari kita tengok Kamus Dewan... ha.., maksud pindang ialah sejenis masakan berkuah daripada ikan dan lain-lain yang dimasak dengan asam, kunyit dll. Singgang pula...sejenis masakan ikan, daging dll yang direbus dan digarami dll, dan megikut bahasainangkabau pula singgang bermaksud panggang atau salai. He he... kayanya kita ni... dah kaya dengan resepi, kaya pula dengan istilah... hendaknya kayalah juga budi bahasa ye... Hari ini suami bawa pulang ikan-ikan segar. Sayang pula nak goreng macam selalu. Agaknya kalau masak singgang, taklah hilang rasa lazat ikan segar ini kan... jadilah ikan pari masak singgang untuk hidangan tengahari kami sekeluarga.


Bahan-bahan:
7 keping ikan pari segar
2 batang serai (dititik)
1.5 cm lengkuas (diketuk)
1.5cm halia (diketuk)
5 helai daun limau purut
7 biji cili padi
1 keping asam gelugur
3 biji bawang merah (pecahkan)
3 biji bawang putih (pecahkan)
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk pati ikan bilis

Cara:
1. Didihkan 500ml air bersama serai, lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah dan asam gelugur.
2. Masukkan cili padi dan daun limau purut.
3. Masukkan ikan pari dan biarkan mendidih selama 8-10 minit.
4. Masukkan serbuk pati ikan bilis.
5. Ikan pari masak singgang siap untuk dihidangkan.

2 ulasan:

Ayu berkata...

Assalam amie,
uish, kecur bila tengok singgang ikan pari ni..
tak kiralah singgang ke, pindang ke..janji sedap..heheh..

Amie berkata...

ayu,
mmg sedapkan singgang pari... simpel je...