Telur Ikan Goreng Salut Tepung
8:53 PTGMenjelang petang, tiba-tiba diserang rasa bosan berkurung dalam rumah seharian. Sudahlah tingkap dan pintu tak boleh buka lebih setahun lalu, sebab kerja-kerja pembinaan jalan raya masih dilakukan .... betul2 berhadapan dengan rumah kami. Habuk tak terkira lagilah, sampai kami pun kena sakit gatal-gatal. Habis pakaian di ampaian terkena habuk pasir. Kononnya, siap bulan Mac tapi hingga sekarang belum siap lagi. Kebetulan pula, dua minggu lepas SURVEY dibuka, dan kebetulan lagi letaknya di seberang jalan berhadapan rumah kami... semua ada depan mata, macam salah pilih tempat kediaman pula.....(sebab selalu berangan tinggal di rumah kampung yang nyaman dan jauh dari hiruk pikuk kota). Apa tidaknya, semenjak pasaraya SURVEY dibuka, bertambah-tambahlah traffic jam. Jiran sebelah menyebelah cadangkan kalau nak pergi shopping di situ, jalan kaki saja. Memang betul, sebab beberapa kali kami pergi situ, asyik terpusing-pusing cari tempat parking. Amie ajak suami pergi jalan-jalan ke bandar, tak mahu berebut di Bandar Sri Perdana depan rumah kami. Kami pun cuci mata, beli apa yang berkenan di mata termasuklah telur ikan alu2 dan tenggiri...... he he... nak masak apa? Amie fikir nak masak lemak cili padi, tapi suami suruh goreng. Alamak! Tak meletupkah telur ikan nanti? Pernah dulu Amie makan telur ikan pepes (panggang dalam daun pisang), tapi mana nak cari daun pisang senja-senja begini. Okeylah, Amie cuba goreng macam goreng sotong. Bersihkan dulu telur ikan, toskan dan sedikan bahan-bahan untuk menyalutnya.
Bahan-bahan:
4 keping telur ikan (potong 2 setiap keping - cuci dan toskan)
1.5cm halia (tumbuk)
1 sudu tepung gandum
3 sudu tepung jagung
3 biji bawang putih (tumbuk)
1/2 sudu lada putih (tumbuk)
1 tangkai daun sup (hiris)
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak
Bahan untuk sos:
2 sudu mentega
1 biji lemon (perah airnya)
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan 25ml air)
1. Gaul telur ikan bersama semua bahan tumbuk, serbuk kunyit, asam jawa dan serbuk pati ikan bilis serta hirisan daun sup hingga sebati.
2. Lumurkan dengan tepung gandung bercampur tepung jagung. Biarkan seketika.
3. Panaskan minyak dan goreng tenggelam. Angkat apabila warna kuning kemerahan.
4. Untuk menyediakan sosnya pula, panaskan mentega di dalam kuali@periuk.
5. Masukkan jus lemon dan bancuhan tepung jagung.
6. Apabila sedang pekatnya, tutup api.
7. Hidangkan telur ikan goreng salut tepung dengan sos lemon.
Alhamdulillah, telur ikan tak meletup semasa Amie menggorengnya.....
0 comments