Ayam Kukus Cendawan Shiitake
10:53 PTGAssalamualaikum semua, harap sihatlah hendaknya. Terlebih dahulu Amie ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung, pengikut dan sesiapa sahaja yang sudi terima Follower Award daripada Amie's Little Kitchen. Seronok sangat rasanya, seolah2 tiada lagi jarak maya antara kita walaupun sebenarnya kita tak pernah berjumpa. Inilah award pertama yang Amie berjaya hasilkan, insya-Allah... selepas ini Amie cuba lebih kreatif lagi untuk merekacipta yang lebih cantik he he he.....
Malam ini suami dan 2 anak bujang Amie menghadiri doa selamat di kampung, dan sudah tentu selepas itu ada makan-makan. Bujang sulung Amie kurang sihat, dua tiga hari ini asyik demam... tensionlah agaknya, sebab musim peperiksaan. Jadi, bertemanlah malam ini Amie dengan bujang nan kurus panjang yang suka sangat memilih dalam bab makanan ni. Pantangnya, tak boleh nampak hirisan bawang dalam makanan yang dihidang, terus tak mahu makan. Macam-macamlah pe'el anak2 kita ye... Amie masak ringkas saja untuk dua beranak.... dah lama tak kukus ayam renjis minyak bijan. Kakak ipar Amie suka masak ayam kukus untuk hidangan kami sekeluarga besar di kampung sebab bapa mertua Amie pun suka makanan begini. Agaknya itulah yang mendorong Amie untuk memasak sendiri di rumah, dan anak-anak pula selalu pesan...jangan lupa letak minyak bijan. Cuma Amie buat penambahan sedikit kukus dengan cendawan shiitake sebab Amie suka aromanya yang wangi. Satu lagi sebab..... menurut kepercayaan tradisi masyarakat Cina, cendawan shiitake boleh buat kita sentiasa awet....muda gitu... he he he....
Bahan-bahan:
2 keping ayam (bahagian peha - kelar2)
3cm halia (hiris halus)
3 biji bawang putih (cincang)
3 kuntum cendawan shiitake (rendam hingga kembang)
1 sudu besar serbuk pati ayam
2 sudu minyak bijan
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Letakkan daging ayam di dalam dulang pengukus.
3. Taburkan halia, bawang putih dan serbuk pati ayam.
4. Masukkan cendawan shiitake.
5. Kukus selama 45 minit.
6. Keluarkan dan potong ikut suka.
7. Renjis dengan minyak bijan.
8. Hidangkan. (Jika suka sediakan pencecah - seperti sos lada dengan perahan air limau).
3 comments
Macam sedap je ni...leh cuba nanti..
BalasPadamzures,
BalasPadammmg sedap... kalau suka renjis minyak bijan...rasanya lg sedap...
Kalau kita nak berkuah mcmana nak tambah bahan apa lagi
BalasPadam