Pesona Kek Lapis Sarawak - Sedap Sampai Lupa Kira Kalori!
11:50 PGBismillahirrahmanirrahim.
Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!
Maka memboronglah kami dari petang sampai ke malam, mencari dan memilih-milih Kek Lapis Sarawak. Tempat yang kami singgah ialah:
- Kek Lapis Sarawak Siti Payung - Ground Floor Lot 1314, Miri Waterfront Commercial Centre, Miri
- Kek Lapis Sarawak - Permaisuri Imperial Mall
Melihat pelbagai jenis, warna dan aneka corak Kek Lapis Sarawak, bukan sahaja mata jadi rambang tapi sampai terjuling-juling hendak memilihnya!
Miri di waktu malam.
Miri di kala petang.
Waktu petang, kami menjamu mata dan melontar RM di Kek Lapis Sarawak Siti Payung. Siti Payung menawarkan lebih daripada 20–25 pilihan perisa dan corak, termasuk kek roll seperti:
- Chocolate Cheese Roll
- Strawberry Almond
- Oreo
- Durian
- Mint Chocolate
- Cadbury
- Pandan
- Blueberry Roll
- Masam Manis
- Hazelnut
- Mint Chocolate, dan pelbagai lagi.
Kek Lapis Sarawak biasa berharga sekitar RM18.00 manakala Kek Lapis Roll Premium RM28.00. Kek mampu bertahan selapa 7-10 hari suhu bilik, 3 bulan di chiller dan 6 bulan jika dibekukan.
Kek Lapis Roll |
Kek Lapis Biasa |
Siapa tak rasa seronok, dapat makan kek lapis pelbagai macam. Lepas itu memborong terus!
Tester- Pelbagai perisa Kek lapis Roll di Kek Lapis Sarawak Siti Payung. |
Menjelang malam kami ke Permaisuri Imperial Mall pula. Di sini kami dapat menghidu pelbagai aroma Kek Lapis Sarawak yang pelbagai. Sekali lagi kami melontar RM! Bukan mata sahaja yang semakin juling, kepala pun jadi pening hendak memilih yang mana satu idaman kalbu.
Kita jamu mata sajalah dengan gambar-gambar pelbagai jenis Kek Lapis Sarawak di bawah ini.
Yang hitam itu kek belacan.
Ya ampun!
Ada Kek Lumut.
Ada Kek Belacan!
Dalam sibuk-sibuk memborong Kek Lapis Sarawak, Nano tidak putus asa mencari tebaloi tapi tak juga ditemui! Nampaknya tidak ada rezeki Nano untuk makan tebaloi. Mungkin tebaloi tidak ada di Miri.
Google - Tebaloi |
9 comments
Kalori tu apa Kak Amie? Ahak 😆
BalasPadamKita yg tengok gambar pun juling sekali nampaknya. Mesti byk RM yang terbang ye Kak Amie hihi...
Kalori = Unit tenaga
PadamKalori tolak tepi kak 😆. Rambang mata tengok banyak betul pilihan ni.
BalasPadamNengok pun geram.. macam-macam aihhh coraknya.
BalasPadamkek belacan tu sedap. Kek lumut memang sedap dah pernah cuba jadi bila kawan ambik order bila abang dia kerja di serawak dtg semenanjung tu yang cuba kek belacan juga. Sedap lain kali nak beli yang tu je. Kreatif sungguh kan boleh jadi pelbagai kek lapis.
BalasPadamSaya pulak yang rambang mata tengok ada banyak jenis kek lapis sarawak ni. Dahlah cantik, sedap pulak tu kan. Rasa sayang nak makan pun ye. Baiklah membeli borong terus dari menyesal tak beli. hihi...Boleh ratusan juga habis ni.
BalasPadamYa Allah... macam-macam jenis kek batik ada dijual. Kita juga naik juling menengoknya.
BalasPadamTengok dekat blog akak ni pun rambang mata, terliur semua ada., ini kan pulak kalau ada dekat situ. Mesti rambang mata dan wajibla beli
BalasPadamIni macam mana Saya nak pilih 🤣🤣🤣. Udah niat kalo ke sana pasti nak rasa kue lapis khas sana. Tapi kalo bentuknya banyak betul, bingung juga hahahahahahaha. Kalo kue lapis Indonesia, saya sukaaaaa. Tp yg Kalimantan punya. Sebab lebih moist dan tidak terlalu rempah. Kalo Sumatra, kue lapisnya rempah sangat. Surabaya pula sedap, tapi tidak semoist Kalimantan.
BalasPadamNaaah, yg Serawak saya belum coba. Cuma untungnya bisa tahan lama kalo masuk kulkas ya kak.
Saya pun kalo beli kue lapis di sini, pasti masuk kulkas, sebab rasa JD lebih enak 😍😍. Biasanya saya potong tipis, makan sedikit2. Krn kue lapis ini mahaaal 😄. Apalagi yg pakai bahan premium