Pengumuman Pemenang Jom Teka Jumlah Mangga Manila Lagi!
10:49 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pada 07 September 2025 yang lalu Amie adakan sekali lagi teka jumlah buah mangga manila yang gugur di hujung musim.
Syarat pertandingan:
- Perhatikan buah mangga udang di dalam bekas nyiru di dalam gambar di atas.
- Sila kira berapa jumlahnya.
- Setelah yakin kiraan anda tepat, tuliskan jawapan di ruangan komen.
- Peluang menjawab hanya sekali sahaja.
- Jawapan paling cepat dan tepat dikira sebagai pemenang.
- Hanya seorang sahaja pemenang akan diberikan hadiah.
Penyertaan terbuka kepada semua rakan blogger, tetapi carian pemenang hanya dari blogger Malaysia sahaja. Hal ini disebabkan masalah pengeposan hadiah ke luar dari negara Malaysia. Dengan ini blogger luar negara boleh menyertainya tetapi tidak sebagai pemenangnya sekiranya dapat menjawab dengan cepat dan tepat.
Jadi, siapa yang berjaya menjadi peneka tepat yang paling awal? Kali ini rezeki berpihak kepada blogger dari Negeri di Bawah Bayu!
Kita ucapkan tahniah buat blogger ETUZA. Dan tahniah juga buat semua peneka yang turut serta.
Tahniah sekali lagi untuk saudara Etuza. Hadiah akan dikirim dan jangan lupa emailkan details seperti nama penuh, alamat dan nombor HP ke emel salamiez@gmail.com
14 comments
tahniah blogger etuza...
BalasPadamTahniah buat pemenang. Masuk hari tu tapi lupa nak jawab.
BalasPadamTahniahh
BalasPadamSedappp mangga ni
tahniah pd peneka paling pantas
BalasPadamTahniah pemenang..
BalasPadamTahniah, Etuza, jadi peneka pertama meneka dengan tepat. Sy teka tepat tapi lambat, hahahaha.
BalasPadamTahniah kepada pemenang
BalasPadamTahniah untuk pemenang teka paling tepat. Terlebih satu pulak saya teka. hihi...
BalasPadamTahniah
BalasPadamtahniah cikgu etuza.. rezeki hehe
BalasPadamSaya teka terkurang satu, ada yang tersembunyi rupanya... he he. Apa-apa pun tahniah Etuza, peneka yang paling tepat.
BalasPadamTahniah cikgu.. teka tepat dan cepat.. saya teka 21 juga tapi sudah terlambat 😅
BalasPadamalaa tak perasan pulak ada segmen ni haritu
BalasPadamtahniah cikgu etuza!
tahniah cikgu etuza
BalasPadam