Oleh-Oleh dari Tanah Suci
10:14 PGBismillahirrahmanirrahim.
Mas selamat kembali ke LD petang kelmarin. Nampak jelas keletihan dari wajahnya sekembalinya dari menunaikan umrah di tanah suci Makkah. Namun kegembiraan jelas terbayang di wajahnya. Semoga Mas mendapat umrah yang mabrur.
Di celah kuih muih sarapan yang dibawa oleh rakan-rakan penoreh, Mas selitkan oleh-oleh dari tanah suci. Mas bahagi-bahagikan key chain lengkap dengan nama rakan-rakan penoreh. Alhamdulillah. Terima kasih atas ingatan Mas untuk kami semasa berada di sana. Semoga Mas dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat serta dilipargandakan rezeki Allah.
Key chain nama Amie dari tanah suci. |
Kacang Pistachio |
Kacang campuran - badam, gajus, kismis dan lain-lain. |
Coklat. |
Johnny Krocker - Wafer with choco flavour. |
Konafetto - Crispy Wafers & Cream |
Terima kasih Mas!
10 comments
aritu blk umrah ada beli juga Konafetto & kurma utk kwn2 opis
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMacam-macam oleh-oleh boleh dibeli untuk kawan-kawan dan keluarga.
SA baru aje habis makan choc Kunafa Pistachio...terus masuk rumah Kak Amie ni...alhamdulillah rezeki
BalasPadamSedap tu choc kunafa pistachio.
PadamAlhamdulillah. Bila tenguk oleh2 dari tanah suci Allahuakbar rindunya. Mudahan Allah rezekikan saya sampai lagi ke sana. Aamiin
BalasPadamAmin. Mudah-mudahan Notie dapat jejakkan lagi kaki ke ranah suci.
PadamAlhamdulillah...rezeki semua kawan-kawan dapat rasa oleh² dari tanah suci. Comel keychain bertulis nama sendiri tu.
BalasPadamTerkejut dan terharu dapat keychain ada nama sendiri.
Padamsemoga pemberi mendapat umrah yg mabrur.
BalasPadamtak sabar pula rasanya bulan 12 ni saya nak ke sana juga :D
Mudah-mudahan Mas dapat umrah tang mabrur.
PadamIn syaa Allah, semoga dipermudahkan urusan berangkat ke tanah suci hujubg tahun ini. Amin.