Monumento a Gago Coutinho & Sacadura Cabral & Torre de Belém
11:42 PGBismillahirrahmanirrahim.
Angin pagi dari Sungai Tagus berhembus lembut, membawa bau masin laut dan bunyi ombak kecil yang memukul tepian. Nun di sana, Torre de Belém berdiri gagah dengan menara batu putih ukiran Manueline yang rumit, seolah menatap jauh ke laut lepas. Burung camar terbang rendah, sesekali hinggap di dinding menara, seakan mengulang sejarah kapal-kapal penjelajah yang pernah berangkat dari muara ini lima abad lalu.
Waktu ini suhu serendah 10'C.
Sebaik sahaja kami turun dari bas, beberapa langkah ke arah taman, kami singgah di sebuah monumen yang tak kurang menarik iaitu replika kapal terbang Fairey III-B Santa Cruz. Sayapnya terbentang, terapung di atas penyangga konkrit, menghadap ke Sungai Tagus, sungai yang sama menyentuh Torre de Belém. Monumen ini untuk memperingati keberanian Gago Coutinho dan Sacadura Cabral, dua penerbang Portugis yang menyeberangi Atlantik Selatan pada tahun 1922.
Amie berdiri di antara dua simbol iaitu menara laut dan kapal terbang besi. Satu lambang penjelajahan zaman layar, satu lagi lambang penerokaan udara. Kedua-duanya berkongsi latar iaitu Sungai Tagus yang luas, berkilau disinari cahaya matahari pagi. Di kejauhan, kapal layar moden dan feri melintas, membuktikan sungai ini masih menjadi nadi kehidupan Lisbon. Di tepi Sungai Tagus ini, sejarah lama dan semangat moden berpadu, membisikkan pesan bahawa penjelajahan manusia tak pernah berhenti, hanya berubah cara sahaja.
Portugal pernah menjadi kuasa maritim utama dunia pada abad ke-15 hingga awal abad ke-17. Zaman itu dikenali sebagai Era Penjelajahan (Age of Discovery). Portugal menjadi kuasa maritim disebabkan:
- Kedudukannya di tepi Lautan Atlantik yang sesuai untuk pelayaran.
- Teknologi kapal canggih (caravel, carrack).
- Sokongan raja-raja, seperti Putera Henry the Navigator yang melatih pelayar.
- Dorongan mencari laluan perdagangan baru rempah, emas, dan tanah jajahan.
Dari bacaan tentang sejarah Portugal, inilah antara pencapaian penting:
- 1488: Bartolomeu Diaz sampai ke Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) di Afrika Selatan.
- 1498: Vasco da Gama berjaya sampai ke India melalui laut.
- 1511: Alfonso de Albuquerque menawan Melaka, pusat perdagangan Asia Tenggara.
- Menguasai laluan strategik seperti Goa (India), Hormuz (Teluk Parsi), Melaka (Asia Tenggara), dan Brazil (Amerika Selatan).
Kepentingan maritim Portugal:
- Menguasai perdagangan rempah, emas, dan sutera.
- Membina empayar maritim dari Amerika Selatan hingga Asia.
- Menjadi kuasa dunia sebelum akhirnya diganti oleh Sepanyol, Belanda, dan British.
Ringkasnya, Portugal pernah muncul sebagai kuasa maritim global pertama yang menguasai laluan laut utama dunia.
Monumento a Gago Coutinho & Sacadura Cabral & Torre de Belém |
Monumen itu terletak di Jardim da Torre de Belém / Torre Garden, di kawasan yang dipanggil Cais da Princesa. |
- Kapal terbang ini bergaya biplane dengan dua sayap atas-bawah.
- Replika diperbuat daripada bahan berkilat seperti logam atau keluli tahan karat, dipasang di atas penyangga konkrit yang agak tinggi.
- Terletak di kawasan terbuka, ada ruang hijau dan laluan pejalan kaki di sekeliling.
- Tampak reka bentuk pesawat lama (dengan float / struktur sayap dan badan biplane klasik) bukan pesawat moden.
Best Pavlova in Lisbon |
- Kubu pertahanan untuk melindungi Lisbon daripada serangan laut.
- Pusat cukai maritim, kapal yang masuk pelabuhan dikenakan cukai.
- Penjara, ruang bawah tanah pernah digunakan menahan banduan.
- Simbol penjelajahan – lambang zaman keemasan Age of Discovery.
Torre de Belém - binaan batu kapur putih di tepi Sungai Tagus. |
2 comments
Baca tajuk tak faham 😅
BalasPadamAduh, sedapnya nanas. Sy rasa nanas boleh ditanam di negara barat sebab tu ada nama nanas dalam BI.
BalasPadam