Monumento a Gago Coutinho & Sacadura Cabral & Torre de Belém

11:42 PG

Bismillahirrahmanirrahim.

Angin pagi dari Sungai Tagus berhembus lembut, membawa bau masin laut dan bunyi ombak kecil yang memukul tepian. Nun di sana, Torre de Belém berdiri gagah dengan menara batu putih ukiran Manueline yang rumit, seolah menatap jauh ke laut lepas. Burung camar terbang rendah, sesekali hinggap di dinding menara, seakan mengulang sejarah kapal-kapal penjelajah yang pernah berangkat dari muara ini lima abad lalu.

Waktu ini suhu serendah 10'C.

Sebaik sahaja kami turun dari bas, beberapa langkah ke arah taman, kami singgah di sebuah monumen yang tak kurang menarik iaitu replika kapal terbang Fairey III-B Santa Cruz. Sayapnya terbentang, terapung di atas penyangga konkrit, menghadap ke Sungai Tagus, sungai yang sama menyentuh Torre de Belém. Monumen ini untuk memperingati keberanian Gago Coutinho dan Sacadura Cabral, dua penerbang Portugis yang menyeberangi Atlantik Selatan pada tahun 1922.

Amie berdiri di antara dua simbol iaitu menara laut dan kapal terbang besi. Satu lambang penjelajahan zaman layar, satu lagi lambang penerokaan udara. Kedua-duanya berkongsi latar iaitu Sungai Tagus yang luas, berkilau disinari cahaya matahari pagi. Di kejauhan, kapal layar moden dan feri melintas, membuktikan sungai ini masih menjadi nadi kehidupan Lisbon. Di tepi Sungai Tagus ini, sejarah lama dan semangat moden berpadu, membisikkan pesan bahawa penjelajahan manusia tak pernah berhenti,  hanya berubah cara sahaja.

Portugal pernah menjadi kuasa maritim utama dunia pada abad ke-15 hingga awal abad ke-17. Zaman itu dikenali sebagai Era Penjelajahan (Age of Discovery). Portugal menjadi kuasa maritim disebabkan:

  • Kedudukannya di tepi Lautan Atlantik yang sesuai untuk pelayaran.
  • Teknologi kapal canggih (caravel, carrack).
  • Sokongan raja-raja, seperti Putera Henry the Navigator yang melatih pelayar.
  • Dorongan mencari laluan perdagangan baru rempah, emas, dan tanah jajahan.

Dari bacaan tentang sejarah Portugal, inilah antara pencapaian penting:

  • 1488: Bartolomeu Diaz sampai ke Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) di Afrika Selatan.
  • 1498: Vasco da Gama berjaya sampai ke India melalui laut.
  • 1511: Alfonso de Albuquerque menawan Melaka, pusat perdagangan Asia Tenggara.
  • Menguasai laluan strategik seperti Goa (India), Hormuz (Teluk Parsi), Melaka (Asia Tenggara), dan Brazil (Amerika Selatan).

 Kepentingan maritim Portugal:

  • Menguasai perdagangan rempah, emas, dan sutera.
  • Membina empayar maritim dari Amerika Selatan hingga Asia.
  • Menjadi kuasa dunia sebelum akhirnya diganti oleh Sepanyol, Belanda, dan British.

Ringkasnya, Portugal pernah muncul sebagai kuasa maritim global pertama yang menguasai laluan laut utama dunia.

Monumento a Gago Coutinho & Sacadura Cabral & Torre de Belém

Monumen itu terletak di Jardim da Torre de Belém / Torre Garden, di kawasan yang dipanggil Cais da Princesa. 

Monumen ini didirukan sebagai penghormatan kepada dua aeronaut Portugis Gago Coutinho dan Sacadura Cabra yang membuat lintasan udara pertama di Atlantik Selatan pada tahun 1922





Sempat bergambar di sisi replika kapal terbang Fairey III-B Santa Cruz milik Gago Coutinho & Sacadura Cabral dekat Belém. Untuk mendapatkan gambar yang dekat dengan replika, terpaksalah menunggu giliran dengan sabar. Jom kita lihat bentuknya:
  • Kapal terbang ini bergaya biplane dengan dua sayap atas-bawah.
  • Replika diperbuat daripada bahan berkilat seperti logam atau keluli tahan karat, dipasang di atas penyangga konkrit yang agak tinggi.
  • Terletak di kawasan terbuka, ada ruang hijau dan laluan pejalan kaki di sekeliling.
  • Tampak reka bentuk pesawat lama (dengan float / struktur sayap dan badan biplane klasik) bukan pesawat moden.



Rumput terhampar menghijau memberi pemandangan yang jauh beza dengan pokok gondol di musim dingin.

Best Pavlova in Lisbon

Kami meninggalkan Monumento a Gago Coutinho & Sacadura Cabral dan menapak mengikuti tebing Sungai Tagus menuju ke Torre de Belém. Peniaga kecil sudah memulakan aktiviti jualan di pagi hari.


Torre de Belém ialah sebuah menara pertahanan bersejarah di tepi Sungai Tagus, Lisbon, Portugal. Dibina pada tahun 1514–1519. Tujuan asalnya sebagai menara kawalan dan kubu pertahanan pintu masuk pelabuhan Lisbon. Seni binanya mengikut gaya Manueline (gabungan Gothic  &  elemen maritim) dengan hiasan tali kapal, jangkar, sfera armilari, dan simbol Raja Manuel I. Bahan binaannya terdiri dari batu kapur putih (lioz). Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia sejak 1983.

Fungsi dari semasa ke semasa:
  • Kubu pertahanan  untuk melindungi Lisbon daripada serangan laut.
  • Pusat cukai maritim, kapal yang masuk pelabuhan dikenakan cukai.
  • Penjara,  ruang bawah tanah pernah digunakan menahan banduan.
  • Simbol penjelajahan – lambang zaman keemasan Age of Discovery.
Apabila kami mendekat, nampak dengan jelas menara batu putih berdiri megah di atas air, seolah-olah terapung di atas Sungai Tagus.  Angin sungai sejuk bertiup, kadang ada kapal layar moden lalu perlahan di belakang menara. 

Di bahagian luar dinding menara penuh ukiran tali, bunga, perisai, dan lambang Raja Manuel I. Kalau berdiri dekat, akan nampak butiran seni bina yang sangat halus, seolah-olah batu itu diukir seperti renda.

Jika berkesempatan masuk ke dalam, ruangnya agak sempit dengan tangga batu berpilin yang tinggi. Suasana terasa sejuk, kerana dinding batu tebal. Di bawah, ada ruang yang pernah jadi penjara, keadaannya lembap dan gelap, memberi rasa misteri sejarah lama.

Apabila naik ke bahagian atas, kita akan dapat  melihat pemandangan terbuka, misalnya Sungai Tagus yang luas, berkilau terkena cahaya matahari. Jambatan 25 de Abril jauh di sana sebagai latar belakang dengan kawasan Belém serta Jerónimos Monastery dan taman-taman hijau.

Amie tidak naik ke bahagian atas, tetapi mereka yang sempat ke sana dapat merasakan tiupan angin yang lebih kuat, seolah-olah sedang berdiri di dek kapal besar, melihat ke arah lautan yang pernah jadi laluan penjelajah Portugis. Jadinya, berada di sini bukan sekadar melawat bangunan lama, tapi turut melangkah ke zaman penjelajahan Portugis.

Torre de  Belém - binaan batu kapur putih di tepi Sungai Tagus.



Di belakang, menara batu putih itu berdiri megah, seakan terapung di permukaan air. Ada  jambatan kayu kecil untuk masuk ke bahagian dalam dan akan terlihat tangga batu berpilin membawa ke ruang sempit, dinding sejuk menyimpan seribu rahsia masa lalu kerana di bawahnya  pernah ada penjara.



Selain Monumento a Gago Coutinho & Sacadura Cabral & Torre de Belém, ada satu pemandangan yang menarik di tepi Sungai Tagus. Sudah tentulah mata tertumpu di gerai nanas. Ada nanas rupanya di Portugal!

Teringat ada sajian nanas segar sewaktu bersarapan di Hotel Laitau!


Dari mana mereka dapat nanas? Adakah nanas import dari luar negara atau ada tanaman nanas di Portugal?






Kebanyakan nanas ini memang produk Portugal khususnya dari pulau São Miguel di Kepulauan Azores. Nanas dibesarkan dalam rumah hijau (greenhouses) kerana iklim pulau yang tidak begitu tropika. Rasa dan aromanya dikatakan lebih manis dan lebih wangi jika dibandingkan dengan nanas yang ditanam secara besar-besaran di luar Azores. 


Bagaimanapun jika nanas itu besar dan murah sedikit, biasanya diimport dari negara-negara tropika seperti Brazil, Costa Rica, Ghana atau negara lain pengeluar besar nanas.


Bukan tidak biasa tengok nanas, tapi apabila melihat buah tropika berada di negara iklim sederhana rasa teruja pula!


Terima kasih Mr. Ananás (Pineapple) kerana meminjamkan buah nanas untuk kami bergambar.

Teringat pertanyaan daripada blogger Puan Hazel (PH) tentang penggunaan perkataan Arab di Portugal. Ya, jumpa lagi perkataan 'ananas (أناناس ).
Oleh kerana Portugal sebahagian dari Tanah Andalusia di bawah pentadbiran Islam seperti Sepanyol, jadi terdapat tinggalan sejarahnya sehingga ke hari ini. Antaranya ialah terdapat 4000 istilah dalan bahasa Arab masih digunakan di kedua-dua negara ini.



Sungai Tagus membentang berkilau, kapal layar moden berlayar perlahan, dan nun di kejauhan, Jambatan 25 de Abril kelihatan berbalam-balam diselubungi kabus nipis musim sejuk.


Sekian, catatan dari Lisbon, Portugal tentang Monumento a Gago Coutinho & Sacadura Cabral & Torre de Belém, Sungai Tagus dan penjual nanas.



2 comments

  1. Aduh, sedapnya nanas. Sy rasa nanas boleh ditanam di negara barat sebab tu ada nama nanas dalam BI.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe