Meninjau Marina de Belém dan Doca do Bom Sucesso
8:01 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan dari Torre de Belém menuju ke Padrão dos Descobrimentos, kelihatan banyak kapal layar dan yacht berlabuh sedang berlabuh di tepi Sungai TagusSuasananya hidup dengan bunyi tali layar berderik ditiup angin, burung camar berlegar dan sesekali kelihatan bot kecil keluar masuk sungai.
Itulah antara pemandangan awal pagi yang dapat dilihat dari dalam bas sewaktu menyeberangi Ponte 25 de April, jambatan merah sejauh 2.3 kilometer. Tak sangka pula sekarang dapat menyaksikan secara dekat pemandangan tersebut. Dengan kata lain kami dapat melihat:
Doca do Bom Sucesso iaitu dermaga bersejarah berhampiran Torre de Belém.
Marina de Belém (Velem) kawasan rekreasi moden yang termasuk kawasan dermaga iaitu kompleks berlabuh bot layar dan yacht di kawasan Belém.
Suasana pagi di sini tenang dan segar. Udara Sungai Tagus sejuk dengan angin lembut bertiup. Bot layar masih berlabuh, hanya beberapa pemilik kapal datang awal barangkali untuk periksa tali dan dek kapal. Walaupun belum nampak cahaya dengan jelas namun  matahari sudah terbit dari arah bandar Lisbon, sinarnya jatuh ke permukaan air dan memantul di badan kapal layar yang berwarna putih.
 Tidak kelihatan ramai pelancong ketika ini. Hanya pejalan kaki, penunggang basikal dan peminat fotografi yang sedang mengambil gambar dengan latar Sungai Tagus, Ponte 25 de April dan Torre de Belém. Beberapa kafe di tepi dermaga sudah dibuka, dan jika kita lalu di hadapannya akan terhidu aroma kopi Portugal (bica) dan roti pastel de nata yang semerbak.
Apabila menyusuri laluan tepi sungai, sambil menikmati angin sejuk bertiup, akan terhidu juga bau masin laut. Apa yang kelihatan menarik di sini sudah tentulah burung-burung camar melintas rendah, berwarna putih dan meninggalkan jejak suara yang bersahut-sahutan di udara.
| Doca do Bom Sucesso | 
Doca do Bom Sucesso terletak betul-betul bersebelahan Torre de Belém. Dahulu kawasan dermaga kecil untuk kapal layar dan bot nelayan, sekarang jadi lebih moden. Nama Bom Sucesso diambil daripada kapal Portugis Nossa Senhora da Boa Sucesso (abad ke-18) yang pernah berlabuh di situ.
 Suasananya santai, banyak bot layar berlabuh, ada restoran kecil, kafe terbuka, dan laluan tepi sungai untuk pejalan kaki. Dari sini, pemandangan Sungai Tagus, Ponte 25 de Abril, dan juga ke arah Padrão dos Descobrimentos sangat jelas.
Dermaga di sini nampak bersih, tersusun dan sedap mata memandang!
Ada kisah sejarah Doca do Bom Sucesso. Asalnya hanyalah dermaga kecil sejak abad ke-18, digunakan kapal nelayan dan kapal dagang. Hari ini ia berfungsi sebagai sebahagian daripada marina, tapi dengan identiti bersejarah kerana dekat dengan Torre de Belém. Doca do Bom Sucesso berfungsi sebagai pusat penyimpanan bot yang digunakan oleh komuniti pelayar tempatan, kelab layar, dan pelancong nautikal. Ia juga merupakan pintu masuk pelancong yang datang dari sungai untuk melawat kawasan monumen bersejarah Belém.
Pada abad ke-15 hingga ke-17, kawasan Belém memang menjadi pintu keluar kapal Portugis menuju Lautan Atlantik. Dari sinilah banyak pelayaran bersejarah bermula. Vasco da Gama, misalnya, berangkat dari kawasan Belém menuju India (1497). Nama Bom Sucesso (kejayaan baik) merujuk pada kapal Portugis Nossa Senhora da Boa Sucesso, simbol harapan agar perjalanan pelayaran selamat dan berjaya.
Dermaga ini juga menyaksikan keberangkatan kapal ekspedisi, kapal dagang rempah, dan kapal perang pada zaman Empayar Maritim Portugis.
Kalau begitu, di sinilah juga tempat berangkat Alfonso de Albuquerque memulakan pelayaran menerjah lautan menuju ke Melaka! Eh, rasa macam dekat pula dengan kampung lamannya!
Kita boleh simpulkan fungsi kedua-dua tempat di sini begini:
- Doca do Bom Sucesso sebagai dermaga bersejarah, saksi berlepasnya kapal penjelajah Portugis.
 - Marina de Belém sebagai pelabuhan kecil yang moden, mengekalkan semangat pelayaran, tetapi juga untuk rekreasi dan pelancongan.
 
| Bangunan merah putih - Farol do Esteiro - sebuah rumah api berhampiran Lisbon. | 
Apa pula pemandangan tepi Sungai Tagus bersebelahan Marina de Belém ini?
Nanti kita tengok dekat-dekat ye.
22 comments
Yang hijau tu petrol station kan? Macam warna petronas
BalasPadamAgaknya kot...tak perasan pula.
PadamWow! nak cakap AMAZING! ..post special untuk kami tatap dan baca..hebat ni entry ..rugi tak baca tak nampak blog ni. Saya lihat air laut juga sangat bersih..semua perahu penuh adab sopan tersusun..menariknya sangat banyak tu..Tabik dengan Amie's Kitchen..menjelajah benua di Portugal lisbon..hebat ..tahniah alhamdulillah..
BalasPadamAir sunfai dan laut memang terjaga kebersihannya. Perahu layar semua tersusun rapi penuh tertib.
PadamSungguh luar biasa
BalasPadamSepertinya dargama ini pernah menjadi tempat suting film, tapi saya kok lupa judulnya
Menakjubkan
Saya pun pernah terbaca penggambaran filem di sini tapi tak ingat filem apa.
PadamCantik pemandangan di rumah api tu. Saya pernah berangan untuk punya bot, boleh travel satu dunia. Duduk dalam bot je. Hehe..
BalasPadamTeringat pelayaran Datuk Azhar Mansur, 190 belayar mengelilingi dunia.
PadamBanyak betul bot layar berlabuh dekat Marina de Belém (Velem) tu. Tu kepunyaan orang2 kaya je ke atau ada jugak orang biasa yang ada bot layar, Kak Amie?
BalasPadamAda juga kepunyaan persendirian dan ada bertujuan untuk pelancongan.
PadamSatu perkara yg boleh dipelajari dari negara2 Eropah ni mereka sangat menjaga warisan sejarah mereka. Itu yang seronok utk kita datang melancong sambil menghayati kesan sejarah
BalasPadamYa, mereka pelihara dan pulihara warisan terdahulu sevagai khazanah berharga.
PadamCantiknya awan gemawan dengan pemandangan bot2 mahal. Kalau tenguk citer Inggeris bila naik bot cruise emmm bestnya kalau boleh join sama. Lepak2 santai2 atas dia. Healing gitu ala2 T20. hehehehe
BalasPadamMemang syok kan Notie. Healing healing T20 di tempat sejuk.
Padammesti ramai orang2 kaya yg suka naik yatch kat sini.
BalasPadamtugu apa agaknya tu, cantik pulak!
Ya, sevahagian yacht milik persendirian. Mesti pemiliknya kaya kan.
PadamCantiknya. Rezeki kak Amie dapat jejak dan melihat depan mata. Agaknya macamana bau masin laut tu.
BalasPadamTempat kapal begini jadi tarikan luar dan semestinya photographer. Tempat yang cantik untuk dipotretkan. Banyak betul kapal di sini. Yelah kan, nama pun dok.
Menara ke bangunan tu? Kena tunggu next entry kak Amie.
Memang ada aroma air laut yang tersendiri terutama kalau kita berada sangat dekat dengannya, sedikit hamis.
PadamNanti kak Amie tulis entri monument itu ya.
Mudah dibedakan berarti. Kalau ada Kata2 marina, berarti untuk kapal / Yacht yg lebih kecil cendrung buat pelancong . Jadi ingat marina Ancol dan Marina PIK di jakarta yg memang khusus untuk tempat berlabuh yacht dan kapal2 kecil yg ingin ke Pulau - pulau seribu
BalasPadamSeronoknya melihat negara orang, Kak Amie.
BalasPadamCantik pelabuhan nya, teratur semua dekat paking ye kak...
BalasPadammesti org kaya2 je yang punya kapal2 tu kan hehehe...
BalasPadamcantik suasana sekeliling... tak jumpa nelayan bawa pulang ikan ke kak? hehehe gurau je