Kunafa : Dessert Arab Yang Buat Daku Lupa Diet!
8:42 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini seawal pukul enam pagi, sudah keluar rumah menuju ke ladang. Program Perkampungan Ilmu perlu dilaksanakan. Mungkin cuaca panas, berliter-liter kita minum air. Akhirnya asyik ke tandas saja. Menjelang pukul satu tengah hari, Encik Suami dan Firdaus selesai solat Jumaat, dan ambil kita di ladang.
Hendak balik terus ke rumah, rasa penat pula untuk masak. Baiklah makan di luar sahaja. Amie pun tidaklah rasa lapar sangat, mungkin perut sudah banyak diisi air! Tak apalah. Temankan saja Encik Suami dan Firdaus makan tengah hari.
Sekali lagi kami mengunjungi Morifood Arab Restaurant. Kali ini di ruangan terbuka di bahagian bawah nampak lengang. Encik Suami pun malas naik ke tingkat atas. Jadi kami memilih untuk makan di bawah sahaja.
Kami memesan:
- Kunafa
- Nasi Mandy Ayam
- Nasi Mandy Ayam Kebab
- Hawaiian Pizza
- Honey Lemon Ice
- Cincau Susu
- Teh Madras
Kunafa |
Dua hari lepas sewaktu makan di sini, pekerja restoran kata kunafa sudah habis. Hari ini, Alhamdulillah dessert Arab ini ada. Datang dalam keadaan panas. Dan dihidang mendahului sajian yang lain.
Lapisan luar kunafa nampak garing, dan sedikit berminyak kerana disapu dengan mentega (samnah / clarified butter), rasa seperti pastri rangup. Sirap gula yang manis wangi boleh dituang sendiri untuk memenuhi citarasa sama ada manis sepenuhnya atau manis-manis manja sahaja. Taburan kacang pistachio menjadi pelengkap hiasan dessert Arab yang terkenal di Palestin, Lubnan, Jordan, Syria, Mesir dan Turki ini.
Setelah disiram dengan sirap gula, kami pun mulakan dengan Bismillah. Hanya Amie dengan Firdaus sahaja yang makan. Encik Suami tidak mahu. Isi kunafa lemak berkrim. Dalam keadaan masih panas, memang kunafa enak dinikmati ketika kejunya cair dan bersatu dengan sirap manis.
Kunafa habis licin kami kerjakan! Memang sedap. Lupakan sahaja diet....ahaks! Bila lagi hendak dapat makan kunafa yang manis manja, berkeju, rangup dan lembut apabila disuap ke mulut kalau bukan sekarang!
Lagi pun, kunafa tidaklah semanis baklava!
Amie - Honey Lemon Ice Firdaus - Cincau Susu |
Encik Suami - Teh Madras |
Encik Suami - Nasi Mandy Ayam |
Cantik ayamnya! |
Ayam Kebab rasa berempah. |
Firdaus tidak habiskan nasinya sebab jatuh hati dengan Hawaiian Pizza!
Amie - Hawaiian Pizza |
Kita suka kerak pizza yang nipis begini. |
Jemput makan! |
4 comments
Alang-alang dah dekat luar tu, baiklah kita makan di kedai je kak Amie kan. Balik rumah dapatlah rehat sikit. Saya belum pernah makan kunafa lagi sejak viral. Cuma pernah makan dicampur dengan brownies je. Jenis kunafa sahaja belum. Nampak macam lemak dari explaination kak Amie tu. Crispy dan rasa lemak berkrim.
BalasPadamJarang nasi arab atau nasi mandy dihidangkan begini. Biasanya dilimpah kan terus nasinya tak berbentuk bulat.
Saya pun suka jenis pizza nipis macam ni. Crispy dan tak muak. Toppingnya pun meriah. Patutlah Firdaus suka dan lupakan nasi. hihi...
Kunafa ni antara dessert Arab yang tidak semanis baklava. Ikut suka kita hendak manis atau sebaliknya sebab boleh tuang sendiri sirap gula tu.
PadamKak Amie makan sekeping jew pizza tu. Perut rasa kentang sangat.
Tak pernah makan lagi kunafa.. sebab nampak macam manis ... tu rasa mcam tak rasa nak try
BalasPadamKalau tak tuang sirap gula, kunafa tak rasa manis. Maknanya kunafa tidak manis kecuali kalau disiram sirap gula. Boleh jew makan begitu tanpa siraman air gula.
Padam