Jom Makan Nasi Ayam Geprek
7:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sudah biasa makan Nasi Ayam Penyet dan yang sewaktu dengannya, hari ini makan tengah hari dengan Nasi Ayam Geprek pula.
Pada mulanya hendak makan bihun sup @ mix soto, tetapi sampai kedai makan terpandang seorang pelanggan sedang makan Nasi Ayam Geprek. Macam sedap jew ketika meratah ayam geprek! Padahal sudah lebih tiga kali intai kedai makan mix soto yang asyik tutup sahaja sepanjang dua minggu lepas. Apabila Encik Suami tanya pekerja di situ, jawabnya tuan kedai makan pergi Kota Kinabalu, jadi tutuplah kedainya!
Kami memesan:
- Set Nasi Ayam Geprek
- Bihun Mix Soto Seafood & Wantan
- Wantan Goreng
- Chinese Tea & Air Sejuk
Amie - Nasi Ayam Geprek |
Chinese Tea |
Sudah pesan Chinese Tea Panas, Encik Suami minta lagi dua gelas air sejuk.
Air sejuk berais. |
Nasi Ayam Geprek |
Sewaktu Nasi Ayam Geprek sampai di meja, pekerja kedai makan beritahu isi ayam sudah terpisah dengan tulangnya, dan berada di bahagian bawah. Maksudnya kalau hendak makan kena terbalikkan ayam goreng itu kot... ahaks!
Jom kita terbalikkan ayam geprek dari gambar di atas kepada gambar di bawah. Kalau dilihat bahagian atas ada kriuk-kriuknya, dan setelah diterbalikkan nampak bahagian isi bersalut dengan tepung sepenuhnya.
Alhamdulillah dapat makan Nasi Ayam Geprek berupa ayam goreng bertepung yang mirip ayam goreng rangup@crispy. Biasanya Amie lihat ayam yang sudah digoreng dahulu kemudian digeprak atau ditumbuk / dipenyet bersama sambal. Apa yang Amie lihat hari ini, seperti ayam digeprek dahulu kemudian digoreng. Apa pun rasanya memang enak, gorengannya rangup dan ratah begitu saja pun sudah cukup sedap!
Sambalnya pula memang terasa pedas, dan ada harum aroma daun limau purut. Ada hirisan daun limau purut di dalam sambal. Disajikan dengan nasi putih panas, ditambah tempe dan terung goreng serta mentimun. Tidak ketinggalan, disajikan bersama semangkuk kecil sup kosong.
Kepedasan sambal dapat diatasi dengan minum Chinese Tea panas!
Walaupun sambalnya tidak banyak, tetapi kepedasannya cukup menyengat! |
Dengarnya menu ayam geprek ini berasal dari Jawa Timur. Ia lebih moden dan sambalnya memang lebih pedas berbanding ayam penyet yang lebih tradisi dengan sambalnya yang pedas sederhana. Ya, memang ada beza apabila menyantap Nasi Ayam Geprek berbanding Nasi Ayam Penyet.
Encik Suami - Bihun Mix Soto Seafood & Wantan |
Encik Suami memilih Bihun Mix Soto Seafood dengan tambahan wantan inti udang.
Ada udang segar, ada pula wantan inti udang cincang!
Selain wantan udang dan udang segar, ada bebola udang dan bebola ikan serta isi siput kahanga dan telur rebus. Wah, mewah betul Bihun Mix Soto Seafood Encik Suami! Patutlah dia tidak sibuk dengan wantan goreng yang Amie pesan!
Wantan Goreng Inti Udang. Sebelum balik, singgah di pelangi Dessert beli Tart Kunafa dan Tart Tiramisu untuk Firdaus. Comel jew kedua-duanya. |
Tart Kunafa |
Tart Tiramisu |
7 comments
Bila dah sampai tiba-tiba selera berubah ye kak Amie. Besar ayam gepreknya. Gorengan ayam geprek sedap ditambah dengan sambal pedas, ngam dah tu dengan selera. Bihun Mix Soto Seafood & Wantan tu penuh mangkuk, macam-macam isi ada. Memang mewah betul. Hihi, tak pandan wantan goreng tu ye. Kalau saya pun suka jenis rebus atau kukus lagi. Lebih lembut dan sedap.
BalasPadamDalam keadaan SA yg kurang sihat, masih batuk ni..SA pilih bihun mix soto seafood tu kak..geprek ke gepuk ke tu fav Dania...badan dia naik sebab asyik makan ayam gepuk...makin membesar dh badan dia..SA yg risau..
BalasPadamLebar betul ayam geprek tu. Nampak menu lain tu semuanya nampak sedap.
BalasPadamsaya pun suka nasi ayam geprek selain ayam penyet.. pernah saya makan nasi ayam geprek di masa misi bantuan di indonesia.. dia punya sambal pedasnya ya Rabbi.. air mata dan air hidung keluar.. haha
BalasPadamMemang menu ini dulunya banyaaaak di jual di Jawa Timur. Lalu menyebar ke Jawa barat dan tengah, juga jakarta, sampai akhirnya seluruh Indonesia . Salah satu kelebihan , Krn orang2 Jawa timur itu penyuka pedas kak.
BalasPadamSo, makan ayam dengan sambal pedas menyengat memang buat napsu makan bertambah kan 🤣
Makanya kalau di sini, ayam geprek, ayam gepuk, ayam penyet, itu semua tergantung dari sambal. Sambalnya sedap, maka sedaplah ayamnya 🤣
Eh... sikit sangat sambalnya tu!
BalasPadamTart Kunafa dan Tiramisu tu sedapnya.
BalasPadam