Jenguk Dapur Kejap!
5:34 PTGBismillahirramanirrahim.
Balik dari ladang dan selepas makan tengah hari, Amie ajak Encik Suami cari ikan di pasar raya di Eco Fresh, I Peak. Sebenarnya ada lagi ikan di freezer, tapi sengaja nak cari kepala ikan pula! Sedap kot kalau masak sup ikan.
Encik Suami ingatkan kita, beberapa hari lepas kakak ipar bagi sayur. Amie pun tak ingat sayur itu. Petang kelmarin masak sambal sardin dengan tuhau dan goreng telur dadar! Makan ulam timun sahaja, itu yang tak masak sayur.
Ada empat jenis sayur pemberian kakak ipar:
- Sawi Jepun
- Lobak Merah
- Baby Kailan
- Kobis Putih
Sawi Jepun |
Limau Kasturi |
Limau kasturi ini kami beli di pasar raya.
Beli tomato ceri dan cili padi. |
Udang Kertas |
Kepala Ikan Batu |
Ada kepala ikan segar di pasar raya. Apabila kita tanya, pekerja pasar raya beritahu kepala ikan itu nama dia ikan batu. Batu pun batulah. Janji isi ikan tidak keras macam batu. Amie pilih satu kepala ikan yang sudah dibelah dua. Minta pekerja di situ potong kepala ikan tadi. Siap dia tanya, hendak potong empat atau potong kecil-kecil? Amie kata potonglah empat setiap bahagian kepala ikan itu. Sewaktu pekerja tadi sedang potong kepala ikan, teringat pula tidak berpesan jangan kerat bahagian matanya!
Kita kan suka makan mata ikan! Harapnya pekerja tadi tidaklah potong tengah-tengah mata ikan. Sampai rumah, kita tuang bungkusan kepala ikan di sinki. Alhamdulillah. Mata ikan cantik bulat.
Isshh... issshhh! Kitanya pun! Tahulah pekerja itu buat kerjanya potong kepala ikan.... ahaks!
Encik Suami tunjuk petai dalam bakul. Tengok harga sekilogram RM37.90. Tidaklah semahal harga di pasar raya sanun, di Sri Perdana RM45.90. Sayangnya mata petai kepet-kepet belaka. Kita pun tahulah isi di dalamnya macamana. Itu belum lagi kalau ada orang di dalamnya. Biarlah, tak payah beli. Nantilah balik Malaya, cari dan makan petai puas-puas.
Kita nak masak kepala ikan untuk makan malam ini, tapi Encik Suami beritahu anak buah hantar lauk ikan masak brengkes dan ayam goreng. Ikan apa, tak tahulah. Jadi kita pun masukkan kepala ikan ke dalam freezer. Nanti masak nasi sajalah. Kalau rajin masak sayur juga.
Sekian celoteh dari dapur.
4 comments
Alhamdulillah dapat sayur mayur segar. Paling berkenan dengan baby kailan. Merah-merah cili api dan tomato cherry segar.
BalasPadamMujurlah tak terpotong mata tu. Tapi takkanlah kan. Mesti dia tahu orang suka makan mata. Jauh betul kak Amie fikir tu sampai risau dibuatnya. hihi...
Mahal betul harga petai kat sana. Kena tunggu balik Malaya lah baru puas makan petai.
Mahai betul petainya ikut harga kilo ye kat sana. Kat sini pun 5-6 keping rm10. Pernah beli di Shopee 80-90 sekeping.
BalasPadamEncik suami tu pandai je tunjuk-tunjuk... dia bayarkan sekali kan? hehehe
BalasPadamMahalnya petai tu
BalasPadamKat pasar sari beli rm10 puas mkn
He hee tp siap laaa harum bilik air