Jalan-Jalan Cari Mi Kolok dan Laksa Sarawak
7:05 PTG- Laksa Sarawak
- Mi Kolok
Laksa Sarawak |
Mi Kolok Ayam |
01 Jun 2025, dari petang sampai ke malam sibuk keluar masuk kedai Kek Lapis Sarawak, sampai terlupa jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam! Selepas memborong kek lapis, kami singgah makan malam di sebuah restoran tapi tak ingat apa nama restoran tersebut. Ramai pelanggannya, dan salah satu menu yang menarik hati kami sudah tentulah Mi Kolok!
Ketika itu, kami faham restoran akan tutup pada pukul 10.00 malam dan sudah tentu banyak bahan makanan habis. Jadi, kami tiada pilihan lain kecuali makan Mi Kolok Ayam sahaja!
Jadi, tidaklah kempunan hendak makan Mi Kolok di Sarawak! Bolehlah buat rasa-rasa. Bukan tidak pernah makan di LD, tapi alang-alang sudah sampai ke negeri asal, sudah tentulah hendak merasa sendiri menu original identiti negeri Sarawak.
Keesokan paginya, kami bersarapan di Kopitiam Asean Cuisine. Macam rindu betul hendak makan roti panggang dengan telur setengah masak!
Kuetiaw Goreng |
Bihun Goreng |
Laksa Sarawak |
Bismillah |
1 comments
Tak sahlah ke Sarawak jika tak makan Mi Kolok dan Laksa Sarawaknya, kan.. Kak Amie. Nampaknya, mi kolok ayam diletak ayam goreng.
BalasPadam