Ada Apa di Pasar Malam Saberkas Miri?

9:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
31 Mei 2025 bersamaan pada petang Sabtu. Perjalanan dari Bintulu ke Miri, pukul 06:00 petang kami tiba di sini.
Tempat : Pasar Malam Saberkas, terletak di Saberkas Commercial Centre berhampiran Jalan Pujut - Lutong, Taman Bulatan Miri, dan Boulevard Commercial Centre.
Masa operasi :  setiap malam Khamis hingga Ahad - dari pukul 4:00 petang hingga 9:30 malam.

Kali pertama jejakkan kaki di sini terasa kemeriahannya! Pelbagai jenis makanan ada di sini termasuk kuih-muih tradisional, kek lapis Sarawak, sate, ikan panggang, sayap panggang, buah-buahan, minuman, goreng-gorengan, nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, murtabak, apam balik, dan macam-macam lagi.

Pendek kata, Pasar Malam Saberkas sangat sessuai untuk food hunting!

Selain itu, ada kraftangan tempatan, pakaian, majalah, buku terpakai, tumbuhan pasu dan sebagainya. 

Mata tertarik melihat seekor ikan yang tergantung dengan cahaya lampu di dalamnya. Pemilik ikan, berniaga ikan panggang begitu ramah melayan kami walaupun kami tidak membeli di situ. Beliau bertanya kami, tahu tak nama ikan yang tergantung itu? Sudah tentu kami jawab tidak tahu.

Beliau yang berasal dari Kedah, menerangkan itulah ikan buntal. Isinya sudah dikeluarkan, dan kemudian kulitnya dikeringkan. Tak sangka begitu cantik kejadiannya!

Ikan Buntal


Pasar Malam Saberkas Miri

Amie tidak sempat meronda kesemua bahagian Pasar Malam Saberkas. Tujuan kami hanya untuk membeli makanan, dan akan dibawa ke hotel. Jadinya, masing-masing berpecah mencari makanan yang dihajati. Amie beli pulut panggang, kaki ayam masak kicap, dimsum dan bubur pedas.

Pulut Panggang

Kaki Ayam Masak Kicap - terlerai kulit dari tulang.


Beli juga beberapa jenis dimsum termasuk inti egg century.


Apa sebab tak sempat ronda semua tempat? Amie sangat tertarik di bahagian tertentu seperti ikan panggang, jadi berlama-lamalah di situ. Rasa teruja melihat pelbagai jenis ikan yang tak pernah ditemui di LD!

Sempat juga bertanya kepada penjual ikan panggang, nama-nama ikan seperti :

  • Ikan Enpurau 
  • Ikan Semah
  • Ikan Tengadak
Di antara ketiga-tiga ikan sungai (air tawar) tersebut, ikan empurau paling mahal sehingga mencecah ribuan ringgit untuk sekilogram. Isshhh...issshhh manalah nak cukup masa, siap temu ramah peniaga ikan lagi! Tapi minta maaflah, apabila perbualan tidak dirakam, tidak dicatat, jadinya sewaktu menulis entri ini tak dapatlah hendak kongsikan kesemua nama-nama ikan panggang di bawah ini. Banyak ikan laut yang dipanggang, tapi sekadar tahu ikan pari sahaja.







Abang peniaga ikan bakar ini sangatlah peramah. Manis jew mukanya melayan pelanggan. Katanya, ambillah gambar ikan-ikan yang dibakar, tapi itulah sibuk ambil gambar, rakam video sambil bercerita sampai taki ingat apa nama-nama ikan yang disebutnya!




Macam ada ikan tilapia merah!


Di bahagian lain pula bersusun pelbagai jenis sate dan panggang-panggangan lain.


Atas sayap ayam panggang, di bahagian bawah tongkeng ayam panggang!


Sate ayam dan tongkeng ayam panggang.


Ada usus ayam panggang!

Sekarang kita ke tempat jualan kek lapis Sarawak pula. Di sini terus berbintang-bintang biji mata melihat pelbagai macam kek lapis! Warna-warni kek lapis memang menarik perhatian kerana dibungkus dalam plastik lutsinar, Harganya pula memang mampu beli sangat. Satu loaf berharga antara RM25 -RM30 bergantung kepada corak dan perisa. Ada yang berharga RM80.00-RM100.00, juga bergantung kepada saiznya.


Manalah tidak habis masa di sini kerana sibuk membelek nama kek lapis:
  • Kek Lapis Evergreen
  • Kek Lapis  Hati Parang
  • Kek Lapis Masam Manis
  • Kek Lapis Coklat Cheese
  • Kek Lapis Pandan
Kalau diteliti satu persatu memang 'tidur' di sinilah jawabnya malam itu1


Pada mulanya kami hendak beli kek lapis Sarawak di sini. Apabila peniaga kek lapis Sarawak beritahu, jangka kek lapis yang ada sekarang ini dijamin sempurna hanya selama lima hari, kami pun batalkan hasrat itu. Bukan apa, takut belum sampai LD, kek lapis Sarawak rosak di tengah jalan. Tak mahulah sampai LD nanti, kek lapis berbau tengik pula. Peniaga kek lapis tadi beritahu kami, ada kedai kek lapis Sarawak lain di sekitar Miri.

Terima kasih peniaga kek lapis Sarawak yang jujur. Mungkin kek lapis jualannya sudah berada di gerai beberapa hari lepas. Itu sebab tiada jaminannya kek tersebut boleh bertahan lebih lama kalau tidak disimpan dalam peti sejuk.

Jadi, kita jamu mata sahajalah melihat kek lapis Sarawak di Pasar malam Saberkas ini. Kami akan berada seama tiga hari dua malam di Miri. Jadi sempatlah meronda kawasan lain untuk membeli kek lapis Sarawak yang mempunyai jangka hayat kesempurnaan yang lebih panjang untuk dibawa pulang ke LD.








Sewaktu kami sampai ke Pasar Malam Saberkas lebih kurang pukul enam petang, dana meninggalkannya pada pukul 6:30 petang. Sekejap saja kan berada di pasar malam itu? Dan sebelum puluk tujuh malam kami sudah masuk bilik hotel!

Tak sabar hendak makan hasil tangkapan di Pasar Malam Saberkas. dan sudah tentulah tak sabar-sabar hendak merasa Bubur Pedas Sarawak yang dibeli!

Bubur Pedas Sarawak - pedas, berempah, penuh pelbagai sayur, ayam dan udang serta beraroma herba dengan rasa lemak santan.


39 comments

  1. Ikan bakar tu menyelerakan sungguh... Kek batik pelbagai warna dan rasa.... best nyer :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak jenis ikan bakar. Kek Lapis Sarawak, bukan kek batik🤭

      Padam
  2. Amazing..sangat special...selamat menjamu selera ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Akhirnya jumpa Bubur Pedas Sarawak.

      Padam
  3. Kalau uncle yg jumpa ikan buntal tu... memang uncle selpie dengan dia....

    BalasPadam
  4. Kalau ke pasar malam,memang dapur tak berasaplah

    BalasPadam
  5. Pulut panggang tu nampak best. Lama dah tak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sedap pulut panggang tu, intinya banyak.

      Padam
  6. Tengok ikan bakar sungguh menyelerakan. Bestnya pasar malam kat sana banyak dijual kek batik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun leka melihat orang panggang ikan. Hidu aromanya saja. Kek Lapis Sarawak tu, tak jumpa kek batik di pasar ni😅

      Padam
  7. Rambang mata jadinya... Suka peniaga jujur macam tu... Ikan empurau tu pernah dengar yang semah tu tak pernah dengar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus kan peniaga kek lapis Sarawak. Moga dilipatgandakan rezeki Allah.

      Padam
  8. seronok segala macam jenis makanan ada.....ikar bakar tu tergoda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok, tak puas rasanya sekejap di situ.

      Padam
  9. ikan bakar menggoda selera, kek lapis teringin nak rasa

    BalasPadam
  10. Meriahnya pasar malam kat sana. Lama dah tak ke pasar malam. Kat sini dah tak meriah selepas PKP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiri kanan depan belakang memang pandang makanan saja.

      Padam
  11. ikan buntal tu takde bau busuk ke dia gantung macamtu? dalam tu letakkan lampu ke? cantik pulak
    tergodanya tengok ikan bakar tu semuaaaa! siap ada kek lapis my favourite lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada bau busuk. Ikan buntal tu dikeringkan, mubgkin disembur dengan bahan antibau.
      Ya, ada lampu di dalamnya.

      Padam
  12. Memang syurga makanan ni, Kak Amie. Oh, sy pernah lihat lampu gantung terendak ikan buntal ni. Yang peliknya, ikan tu masih buntal wpun isinya dah dikeluarkan ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK, kulitnya tu langsung tak berubah walaupun usinya dikeluarkan. Unik kan?

      Padam
  13. Bubur Pedas Sarawak tu Kak Amie, kalau dekat memang terus rasa nak beli. Ikan bakar semua tu, aduii terliur rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perta.a kali saya makan bubur pedas di negeri asalnya.

      Padam
  14. ikan empurau tu kalau di Semenanjung panggil ikan kelah. Ikan mahal

    BalasPadam
  15. sebagai peminat kek lapis sarawak, rambanggggg sy tgk mcm2 jenis kek lapis yg ada...
    kek lumut kak amie tak beli ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek lumut biasa buat sendiri. Di LD pun ada orang jual.
      Garam kan tengok macam-macam versi kek lapis Sarawak.

      Padam
  16. Ikan empurau tu ikan kelah merah kak, patut la mahal. Dana pernah terbaca kat semenanjung ni memang mahal ikan kelah tu, dan payah nak jumpa kat sungai tengah2 hutan dan jenis ikan yang dilindungi. Geram tengok segala jenis makanan kak, dengan ikan bakar, dengan segala panggang-panggang pastu aneka kek sarawak... rambang mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ikan kelah kalau di tempat kita.
      Rambang mata tengok kek lapis Sarawak tu.

      Padam
  17. Berapa lama lah waktu yg saya butuhkan untuk puas eksplor Sarawak yaaa 😍😄😄😄😄. Nampaknya tak cukup seminggu, apalagi kalo ketemu pasar malam begini kak. Ikan bakarnya memang menggoda selera.

    Kek lapiiis tuh puuun, cantiiik sangaaat hahahahahah. Macam nak borong. Tapi teringat cuma tahan 5 hari 🤣🤣🤣. Dia tak jual yg slice kah? Jadi kan bisa beli Macam2 rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek Lapis Sarawak itu mungkin sudah beberapa hari di gerai, jadi dijangka hanya boleh sempurna elok dalam masa lima hari lagi. Ada yang sudah dipotong kecil sebagai tester.

      Padam
  18. Bahaya masuk pasar yang banyak makanan gitu 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, kena tahan hati walaupun mata tak tahan memandang.

      Padam
  19. Betul tu kak..risau beli awal nanti cepat rosak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sebab kami masih ada beberapa hari lagi untuk sampai LD.

      Padam
  20. Rambang mata dibuatnya kalau sampai Pasar Malam Saberkas. Dengan bauan makanan bakar asap-asap tu auto jadi lapar. Sayanglah tak dapat nak membeli kek lapis sebab tak tahan lama. Kalau dah berjalan tu confirm lapar mesti tak sabar nak makan bubur pedas.
    Comelnya ikan buntal, kalau kembung macam tu maksudnya dia terancam kan. Boleh pulak dijadikan perhiasan. Mungkin dah diawet untuk lebih tahan lama daripada mereput.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe