Torre del Oro, Replika Kapal Christopher Columbus dan Mencari Jejak Menara Azan Yang Ditutup Oleh Menara Loceng

9:27 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
J
ika kita habiskan masa seharian di sekitar Plaza de España di Seville bolehlah menghabiskan waktu melawat pelbagai tempat menarik dengan  berjalan kaki sahaja. Kawasan ini kaya dengan sejarah, seni bina, taman-taman yang indah, dan bangunan kebudayaan. Antaranya termasuklah:

  • Parque de María Luisa iaitu sebuah taman awam yang luas dan romantik, tempat Plaza de España berada. Kawasan ini dihiasi dengan air pancur, pokok besar, laluan pejalan kaki, kolam itik, dan patung. 
  • Plaza de América pula terletak di bahagian lain Taman María Luisa dan menempatkan tiga bangunan bersejarah dari Pameran Ibero-Amerika 1929 iaitu Museo Arqueológico de Sevilla (Muzium Arkeologi), Museo de Artes y Costumbres Populares (Muzium Seni & Adat Tempatan) dan Pabellón Real
  • Hotel Alfonso XIII iaitu hotel mewah gaya Mudéjar berhampiran universiti yang merupakan antara hotel paling eksklusif di Sepanyol. Boleh dikunjungi untuk melihat seni binanya, walaupun kita tidak menginap di situ.
  • Universidad de Sevilla (Real Fábrica de Tabacos), sebuah bangunan bersejarah yang dahulunya kilang tembakau. Kini menjadi bangunan utama Universiti Seville. Ada muzium kecil dan pameran dalamannya.
  • Catedral de Sevilla & La Giralda iaitu Katedral Gothic terbesar di dunia. La Giralda ialah menara loceng yang asalnya menara masjid. Pelawat anda menaiki tangga untuk melihat seluruh bandar Seville.
  • Reales Alcázares de Sevilla (Istana Diraja), sebuah istana yang sangat indah dengan seni bina Islamik-Moorish. Istana ini pernah menjadi lokasi penggambaran Game of Thrones (Dorne).
  • Paseo de las Delicias iaitu laluan pejalan kaki di sepanjang sungai Guadalquivir. Penuh dengan pokok palma dan kafe di tepi jalan, boleh berjalan terus ke Torre del Oro dan pelabuhan kecil.
  • Torre del Oro, sebuah menara abad ke-13 di tepi Sungai Guadalquivir. Dahulu digunakan sebagai menara pertahanan dan tempat simpanan emas. Kini muzium maritim kecil.
  • Barrio de Santa Cruz, sebuah kawasan lama Yahudi di Seville, dan terdapat lorong-lorong sempit, rumah putih berbunga, kafe dan kedai cenderamata.



Gambar-gambar ini Amie ambil dari dalam bas. Ketika ini kami dalam perjalanan dari Plaza de Espana menuju ke Torre del Oro yang terletak berhampiran Sungai Guadalquivir.











Sumber : Torre del Oro

Laluan pejalan kaki menuju ke Torre del Oro.

Di dalam bas, Mbak Warie menerangkan kepada kami bahawa Torre del Oro (dalam Bahasa Sepanyol bermaksud Menara Emas) ialah sebuah monumen bersejarah yang sangat ikonik di Seville, Sepanyol yang terletak di tebing Sungai Guadalquivir. Ia merupakan salah satu peninggalan penting dari zaman pemerintahan Islam-Moorish di Andalusia dan menjadi simbol kota Seville.

Torre del Oro dibina sekitar tahun 1220–1221, semasa pemerintahan Dinasti Almohad (Islam)
dengan ciri seni bina Islamik menggunakan batu bata dan bentuk geometri ringkas. Bahan binaannya terdiri dari batu bata, batu kapur dan marmar. Bahagian  lapisan atas dahulu dipercayai disalut dengan campuran kapur dan jerami gandum yang memantulkan cahaya kuning emas dan sebab itu dinamakan Menara Emas.

Dahulu Torre del Oro berfungai sebagai menara pertahanan dan menjadi benteng kawalan strategik untuk melindungi pelabuhan Seville daripada serangan dari arah sungai. Ia terhubung dengan tembok kota (yang kini sudah tiada). Terdapat menara rantai  yang pernah digunakan untuk merentangkan rantai besi merentasi sungai dari Torre del Oro ke seberang (Torre de la Plata) untuk menghalang kemasukan kapal musuh. Di sini juga didirikan menara pemerhati dan isyarat untuk mengawal laluan kapal dan memberi isyarat kepada kubu-kubu lain di sepanjang sungai.

Selepas kejatuhan pemenrintahan Islam, Torre del Oro digunakan oleh Raja-raja Katolik sebagai penjara kecil untuk orang bangsawan dan tempat simpanan harta dan bahan penting dari Dunia Baru selepas penjelajahan Christopher Columbus.

Hari ini Torre del Oro menjadi Muzium Tentera Laut (Museo Naval de Sevilla), tempat pameran mengenai sejarah pelayaran Sepanyol, khususnya kapal-kapal zaman penjelajahan seperti Nao Victoria, Santa María, dan Galeóns. Terdapat peta purba, model kapal, alat pelayaran, dan dokumen sejarah. Pameran di sini juga menyentuh sejarah Sungai Guadalquivir dan peranannya dalam perdagangan dan penjajahan.

Nun di belakang, Torre del Oro.


Susunan batu-bata di laluan pejalan kaki.

Sumber : Espana Guide

Setelah melawat Torre del Oro, sebahagian rakan-rakan mengikut Mbak Watie menyeberang jalan menuju ke Catedral de Sevilla & La Giralda iaitu Katedral Gothic terbesar di dunia. Mereka hendak melawat La Giralda iaitu menara loceng yang asalnya menara masjid.

Kami bersiar-siar di Paseo de las Delicias iaitu laluan pejalan kaki di sepanjang sungai Guadalquivir. Kawasan ini penuh dengan pokok palma dan kafe di tepi jalan.

Bergambar kenangan berhampiran pokok palma di tepi Sungai Guadalquivir.

Melihat replika kapal Christopher Columbus dari laluan pejalan kaki Paseo de las Delicias.

Jom kita lihat Replika kapal Christopher Columbus di Seville terletak di tepi Sungai Guadalquivir. Lebih tepat lagi, replika tersebut berada di kawasan Muelle de las Delicias atau berhampiran Taman Muelle de Nueva York, tidak jauh dari Torre del Oro. Sungai Guadalquivir merupakan sungai utama yang mengalir melalui bandar Seville dan pernah menjadi laluan penting semasa zaman penjelajahan laut, termasuk bagi ekspedisi seperti Christopher Columbus.

Replika kapal Christopher Columbus.

Ada tak yang masih belum dengar sosok yang bernama Christopher Columbus? Dalam bahasa Sepanyol disebut Cristóbal Colón manakala dalam bahasa Itali pula Cristoforo Colombo. Beliau ialah seorang penjelajah, pelayar, dan navigator yang terkenal kerana pelayarannya pada tahun 1492 yang membuka jalan kepada penjajahan Eropah di benua Amerika.

Christopher Columbus lahir sekitar tahun 1451 di Genoa, Itali dan meninggal dunia pada 20 Mei 1506 di Valladolid, Sepanyol. Beliau bekerja untuk Mahkota Sepanyol (Raja Ferdinand dan Ratu Isabella). Misi utamanya ialah mencari laluan laut ke Asia dengan belayar ke arah barat merentasi Lautan Atlantik.

Pada 3 Ogos 1492, beliau memulakan pelayaran dari Sepanyol. Pada 12 Oktober 1492, beliau tiba di Kepulauan Bahamas di Laut Caribbean yang disangka sebagai bahagian dari Asia. Walaupun beliau tidak pernah sampai ke tanah besar Amerika Utara, pelayarannya dianggap sebagai permulaan era penjelajahan dan penjajahan Eropah di Dunia Baru iaitu Amerika. Beliau melakukan empat pelayaran ke kawasan Caribbean dan Amerika Tengah antara 1492 dan 1504.

Dahulu, Columbus dianggap wira dan penemu Amerika. Namun kini, ramai ahli sejarah menilai semula peranannya kerana pelayarannya membawa kepada penjajahan tanah orang asal, penyebaran penyakit, penaklukan dan pembunuhan beramai-ramai, perhambaan, orang asal kehilangan tanah dan kemusnahan bahasa serta budaya tempatan. Hari Columbus disambut di beberapa negara, tetapi sesetengah komuniti menggantikannya dengan Hari Orang Asal (Indigenous Peoples' Day) sebagai penghormatan kepada penduduk asal benua Amerika.

Walaupun Christopher Columbus diangkat sebagai tokoh penting dalam sejarah global kerana membuka hubungan antara Eropah dan benua Amerika, tetapi peninggalannya membawa kesan positif dan negatif yang masih dibincangkan hingga hari ini.


Sementara menunggu kepulangan rakan-rakan dari lawatan ke Catedral de Seville dan La Giralda, kami bergambar kenangan di laluan pejalan kaki di tepi Sungai Guadalquivir.


Inilah antara rakan-rakan travel kesayangan kami. Semoga dipertemukan lagi selepas ini.


Masing-masing mengambil kesempatan bergambar berdua bersama Amie. Amie tidaklah kongsikan gambar-gambar tersebut di sini. Kata mereka, hendak bergambar kenangan dengan model baju tradisional Morocco.


Bergambar di tepi Sungai Guadalquivir.

Sumber : GIRALDA

Sekarang rakan-rakan yang melawat ke Catedral de Seville dan melihat menara azan telah muncul di hadapan kami. Dapatlah sedikit-sebanyak info tentang La Giralda yang terletak bersebelahan dengan Katedral Seville iaitu menara ikonik yang menjadi simbol bandar Seville, Sepanyol. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks Catedral de Sevilla, dan merupakan salah satu menara paling bersejarah dan menakjubkan di dunia, menggabungkan seni bina Islam dan Kristian dan mempunyai ketinggian lebih kurang 104 meter dan dibina pada tahun 1184–1198 (zaman Islam) dengan gaya seni bina Almohad, dan setelah penaklukan Kristian, katedral yang merupakan masjid ini diberi nafas seni bina Renaissance. Diberi status Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1987.

La Giralda merupakan  Menara Azan Masjid Agung Seville (Zaman Islam, 1184–1248). Ia dibina semasa pemerintahan Dinasti Almohad dan berfungsi sebagai menara azan Masjid Agung Seville. Direka oleh arkitek Islam terkenal bernama Ahmad Ibn Baso dan Ali de Gomara. Gaya seni bina mirip Menara Koutoubia di Marrakesh dan Menara Hassan di Rabat.

Menara Azan Masjid Agung Seville ini bertukar menjadi Menara Loceng Gereja (Zaman Kristian, selepas 1248) selepas penaklukan Seville oleh Raja Ferdinand III setelah masjid diubah menjadi gereja. Pada abad ke-16, bahagian atas menara ditambah gaya Renaissance untuk menjadikannya menara loceng. Bahagian tambahan ini direka oleh Hernán Ruiz II.

Bahagian bawah, asal masjid hasil seni bina Dinasti Almohad diperbuat daripada batu bata dan jubin dan terdapat corak geometri Islam seperti lengkungan tapal kuda dan tingkap kecil serta menggunakan sistem ramp spiral (bukannya tangga) supaya penunggang kuda boleh naik ke atas menara.

Bahagian atas mengikut gaya Renaissance dilengkapi dengan loceng gereja. Terdapat patung gangsa di menaranya yang disebut El Giraldillo, melambangkan Kemenangan Iman Kristian. Nama Giralda berasal dari perkataan Sepanyol girar (berpusing). El Giraldillo, patung gangsa wanita bersayap di puncak menara, berpusing mengikut arah angin. El Giraldillo bukan sekadar arca, tetapi berfungsi sebagai penunjuk arah angin (weathervane). Oleh sebab itu, ia boleh berpusing mengikut tiupan angin.

Arca Giraldillo di bahagian atas menara Arca El Giraldillo ialah patung gangsa yang terletak di puncak Menara La Giralda, iaitu menara azan lama yang kini menjadi menara loceng Katedral Seville (Catedral de Santa María de la Sede).


Google : Catedral de Seville

Pemandangan dari atas Menara Giralda menghadap ke barat.

Pemandangan dari tingkap di tengah-tengah Menara Giralda ke selatan.

Demikianlah sedikit-sebanyak perkongsian sejarah tamadun Islam di wilayah Seville. Semuanya tinggal kenangan dari jejak-jejak silam yang menghibakan. Perasaan tetap sama seperti ketika berada di Al Hambra di Granada dan Mezquita - Catedral de Cordova.

1 comments

  1. semua ada sejarah yg tersendiri pokok palma tu macam pokok kurma

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe