Dari Sepanyol ke Portugal, Singgah Makan Tengah Hari di Mister Noodles Restaurant
12:07 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tibalah masanya kami meneruskan perjalanan ke Portugal yang mengambil masa di antara empat hingga lima jam. Memandangkan pemanduan yang agak laju, rasanya tidak sampai lima jam untuk sampai ke destinasi.
Apa pun, perut perlu diisi!
Mbak Watie membawa kami menikmati makan tengah hari di sebuah restoran Asia sentuhan Thailand, iaitu Mister Noodles yang terletak di Avenida de San Francisco, Seville. Restoran ini beroperasi dari pukul 13:00 sehingga 01:00 pagi.
Mister Noodles |
Sebelum itu kongsikan dahulu beberapa keping gambar yang dirakam dari dalam bas dari kawasan Paseo de las Delicias.
Pokok limau pahit sentiasa kelihatan di sepanjang jalan. |
Mister Noodles menawarkan pelbagai masakan nasi dan mi dengan ayam, daging lembu, udang dan menu vegetarian. Sudah tentulah ada SupTom Yum Pedas dan Tom Kha Kai iaitu sup tom yam yang lebih ringan. Selain itu terdapat makanan pembuka seperti hidangan pelbagai salad segar, popia dan ayam goreng.
Alhamdulillah, menurut laman eHalal, Mister Noodles Beef menggunakan beef (daging lembu) yang diimport dari Jerman / Belanda dan memiliki label halal. Selain itu Mister Noodles Chicken juga turut menunjukkan label Halal dan asalnya adari Eropah (Jerman / Belgium).
Selamat menjamu selera! |
Sos Cili Pedas beredar dari meja ke meja! Sangkaan kami restoran ini sediakan sos itu, rupanya salah seorang rakan rombongan yang bawa dari tanah air! Sedap sangatlah dapat makan mi goreng dengan cili sos pedas!
Ini cili sos yang disediakan oleh pihak restoran tetapi tidaklah ada rasa pedas seperti sos cili kita. |
Apa pun, syukur Alhamdulillah dapat isi perut seadanya.
Satu kotak mi goreng untuk kami itu isinya banyak!
Tour leader kami, Ustaz Azhar Ashaari. |
Sempat rakam tram yang berselisih laluan di hadapan Mister Noodles.
Sempat makan buah epal yang dibawa masuk dalam beg sandang dari B&B Hotel Seville. Nampak jeragat memenuhi kulit epal. |
Menempuh perjalanan dari Seville ke Portugal dan memakan masa selama empat hingga lima jam adalah sangat jauh. Jadi, kami berhenti di Abades Merida yang terletak di Badajoz, Sepanyol untuk berehat seketika. Abades Merida merupakan kawasan rehat dan kemudahan lebuh raya seperti stesen minyak, kafe dan tandas. Tiada kemudahan surau disediakan di sini seperti di R&R di negara kita.
Jadinya Mbak Watie meminta izin kami gunakan tandas dan mengambil wudhu' serta menggunakan satu kawasan lapang (dalam bangunan) untuk solat. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Cuma, air untuk wudhu' sangatlah sejuk! Maklumlah musim sejuk.
Letih berjalan di Seville, kini kami merehatkan diri di dalam bas. Melihat pemandangan ladang zaitun dan bukit-bukau di kiri kanan jalan tidak membuatkan mata terus segar, sebaliknya terlelap dan tidak sedar entah pukul berapa kami tiba di Portugal.
Sekian dahulu, catatan perjalanan di Sepanyol dan Amie akan sambung catatan di Portugal selepas selesai tulis entri ke Brunei dan Sarawak.
Jumpa nanti di Portugal!
5 comments
HIlanglah rindu dapat makan makanan Asia. Tergoda tengok mee dalam bekas. Tanjat sy tengok ada sos cili Mudim, hihi.
BalasPadamAlhamdulillah. Sedaplah mi goreng tu. Ada ayam, cendawan segar dan sayuran di dalamnya.
Padambeef halal tu ambil dari jerman ye.. kat portugal ni mmng takde pusat penyembelihan halal ke agaknya. tapi mee tu nampak sedap!
BalasPadamDi Sepanyol ni. Tak tahulah ada atau tidak pusat sembelihan halal di Portugal.
PadamJauh sos mudim tu berjalan...
BalasPadam