From LD With Love
7:44 PGBismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi langit LD mendung, awan kelabu dan hujan turun renyai-renyai membasahi tanah bertuah ini. Semoga Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, Allah turunkan rahmat dan keberkatan buat hamba-Nya yang melata di muka bumi.
Apa pun harapnya suasana terus ceria dengan kehadiran diri ini memakai baju baharu , kain kiriman blogger NOTIE. Dari benang menjadi kain, dari kain menjadi baju. Terima kasih sekalung budi buat Notie : Alhamdulillah, Kiriman Kain Cotton Emboidery Daripada Blogger Notie Sudah Sampai!
Semoga terus bersemangat meneruskan kerja-kerja menoreh di ladang.
2 comments
Amie so sweet today. Selamat menoreh.
BalasPadamCantiknya kain tu selepas menjadi baju. Tambah cantik bila digayakan untuk pergi menoreh. Tentu anak² pokok getah tak jemu pandang si penoreh hari ini.
BalasPadam