Mentai Pun Mentailah!

9:13 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita makan tengah hari beberapa hari lepas, terlupa untuk dijadikan entri. Kami singgah di Madinah Restaurant di Perdana Square. Rasanya sebelum ini lain nama restorannya dan sudah bertukar tuan sebanyak tiga kali. Melihat namanya 'Madinah' sudah tentulah hidangkan masakan Arab. Apabila sudah masuk dan duduk di kerusi, datang katalog bersusun menu ayam penyetlah, baksolah dan tiada pula menu Arab!

Sudah duduk di situ, seganlah pula hendak keluar semula. Di segenap penjuru restoran terpampang banyak gambar hidangan mentai! Kita biasa makan mentai yang dibeli melalui tempahan di ladang. Harganya lebih murah berbanding harga mentai di sini. Sekali lagi tengok katalog, memang ada pelbagai menu mentai. 

Apabila kami tanya, mentai apa yang ada? Katanya ada dua saja iaitu Mentai Rice Beef dan Mentai Rice Udang. Banyaknya senarai mentai, yang ada ada dua sahaja? Tak ada pilihan lain, kami pun memesan kedua-duanya. Mentai Rice Beef untuk Encik Suami dan Mentai Rice Udang untuk Amie.

Jadinya, tengah hari itu kami akan menikmati hidangan orang muda.... ahaks!

Amie - Mentai Rice Udang 

Teh Halia dan Lemon Ais.


Encik Suami - Mentai Rice Beef 

Lebih kurang 15 minit kemudian datanglah Mentai Rice Beef untuk Encik Suami. Pada masa yang sama, pelayan restoran beritahu bahawa Mentai Rice Udang lambat sedikit siap sebab 'udang on the way'.  Aik? udang on the way? Sudahlah perut memang sudah memberontak! Sekarang sudah pukul 1:24 petang.


Encik Suami ajak kita makan sama. Apa lagi, kita pun makan sajalah. 
Ketika jam menunjukkan angka 1:30 terdengar seseorang mengatakan udang sudah sampai. Amie lihat seorang lelaki membawa bungkusan (mungkin berisi udang) di bawa masuk melalui pintu restoran menuju ke dapur!

Allahu Akbar!
Bila hendak dihidangkan Mentai Rice Udang?
Kami terus makan Mentai Rice Beef perlahan-lahan sampai habis. 
Pukul 1:39 sampailah Mentai Rice Udang ke meja.


Tak jadilah nak marah sebab Mentai Rice Udang datang panas-panas dengan sos mentai yang dibakar nampak meleleh, yang lemak berkrim dan udangnya bersaiz besar serta terasa segar dan manis! Tambah naik selera apabila didatangkan bersama sos dan juga wasabe!

Kami rasa seperti orang muda ketika menikmati mentai di sini.

Rasa wasabe akhir-akhir ini tidaklah terlalu menyengat sampai tembus hidung!  Dulu-dulu kalau makan di Sushi King atau Sushi Zanmai, colek sedikit wasabe rasa macam hendak tercabut hidung apabila mengunyahnya!



Alhamdulillah.
Perut sudah kenyang.
Marilah kita pulang.
Sampai di rumah, sempat kutip mangga manila yang jatuh dari pokok jiran belakang rumah. Tak ingat pula jumlahnya samada enam atau tujuh biji.

Mangga Manila

14 comments

  1. sedap...udangnya telaten siap buang urat belakang....lama tak makan mentai rice...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, urat belakang udang dibuang, Nampak bersih kan.

      Padam
  2. Sedapnya nampak mentai tu. Mangga tu pun alahai menggodanya la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mentai tu sedap, tambah sedap apabila bubuh wasabe.
      Harapnya setiap harilah gugur mangga manila hihihiii.

      Padam
  3. Hahahahahaha dah berubah owner, menu pun terkejut lihat dah beda ya kak 😅.

    Saya sebenernya suka mentai. Tapi kalo terlalu banyak macam eneg juga 😅😅. Memang tak bisa makan seporsi, hrs sharing.

    Tp yg ini memang kliatan sedaaap kak.. saya pun langsung drooling sangat lihatnya 🤤🤤😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, dulu selalu juga datang ke restoran ini tapi lain ownernya sudah.
      Memang sedap, sesuai harganya.

      Padam
  4. Tak apa harga tu, duit anytime boleh cari, rezeki ni ada di mana2. hahah berblog pun G adsend bagi kan..tapi kena sabar , nama makanan ni jujur pertama kali tahu MENTAI ..unik nak sebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan asal Jepun, diubahsuai jadi fusion Korea, menyebar ke seluruh Asia.

      Padam
  5. mangga tu buat lah macam-macam reipi huuu sedap tu tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mangga manila ni masak atas pokok dan gugur. Makan begitu saja, lemak manis rasanya.

      Padam
  6. First time Linda tau makanan mentah ni..makanan Jepun kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalnya dari Jepun (mentaiko), kemudian sampai ke Korea, diubahsuai ikut cita rasa tempatan pula. Akhirnya diterima masyarakat Asia.

      Padam
  7. Luar Arab, dalam makanan Jepun. Ada hikmahnya menunggu lama dapat makan mentai udang yang sedap. Menu banyak tapi yang available tak banyaklah pulak. Mangga udang dah habis, giliran mangga manila pula masuk dapur kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... mangga sendiri sudah habis. Mangga jiran pula masuk dapur.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe