Daftar Masuk 09:30 Malam di Golden Bay Hotel Bintulu Sarawak
3:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita 30 Mei 2025.
Lebih kurang pukul enam petang, kami tinggalkan Miri (kedai makan) dan meneruskan perjalanan ke Bintulu. Jarak di antara 210-220 kilometer itu kami lalui sekitar tiga setengah jam. Apabila van berhentu di hadapan Golden Bay Hotel, Bintulu terpisat-pisatlah mata melihat kegelapan malam!
Google - Golden Bay Hotel, Bintulu, Sarawak. |
Hampir pukul 10:00 malam jugalah baru kami dapat masuik ke bilik masing-masing.
Kepala yang berat akibat keletihan menjadi ringan apabila melihat ruang bilik yang agak luas dan selesa dipandang.
Sterika turut disediakan. |
Sejadah pun ada. |
Ada cerek dan teh. |
Malam itu, sebelum melelapkan mata kami menanda kertas peperiksaan sehingga pukul 12 malam. Sambil menanda, sembil hirup teh kosong. |
Tak sempat beli buah semasa di Miri. kalau tidak bolehlah simpan dalam mini peti sejuk ini. |
Di atas meja inilah kami menanda kertas. Menanda sebelum tidur, dan sambung lagi keesokan pagi sementara menunggu masa berkumpul di lobi.
Malam itu lami tidur lena! |
Selamat Pagi Bintulu!
Kami tinggalkan Sabah di Bawah Bayu ketika sambutan Pesta Kaamatan. Kami sampai di Sarawak Bumi Kenyalang ketika mereka akan menyambut Hari Gawai.
Pemandangan di lobi Golden Bay Hotel.
Terima kasih Nano, uruskan penginapan kami.
Golden Bay Hotel |
Apa agaknya aktiviti seterusnya di Bintulu? |
18 comments
Alhamdulillah nyaman inap di sini berehat kan amie
BalasPadamBetul Kak PI. Empuk tilamnya, sejuk selesa sepanjang malam.
PadamCantik hotelnya Kak Amie
BalasPadamIya, luas pula.
PadamLengkap semuanya di dalam bilik. Cantik pulak katilnya tu ada bed runner biru dengan bantal biru.
BalasPadamAlhamdulillaha, dapat tempat penginapan selesa.
PadamCantik kamarnya dengan tema biru. Dalam bercuti sempat angkut kerja rumah ya, Kak Amie.
BalasPadamNak buat macamana SK, begitulah hidup seorang penoreh hehehe.
PadamHilang penat tengok bilik luas selesa dan bersih macam ni kan. Nak buat kerja menanda kertas pun selesa. Sempat lagi tu menghirup teh panas. Nasib baik bukan kopi. Kalau tidak susah nak lelap.
BalasPadamCantiklah hiasan di lobby hotel tu. Bagus memperkenalkan budaya di Sarawak.
Paksa diri sebenarnya Fizah, sejam dua menanda kertas. Kalau tak memang tak siaplah hehehee.
PadamYa, kebetulannya esok hari sambutan Hari Gawai, mungkin jugalah hiasan dalamannya ada elemen budaya Sarawakian.
Bolehlah luruskan pinggang dah sampai hotel.. jauhnya Miri untuk ke Bintulu.
BalasPadamBila tengok peta Sabah & Sarawak, tak ada jalan ke yang boleh hubungkan terus 2 negeri ini tanpa melalui Brunei. Maksudnya dari KK ke Limbang dan terus ke Miri.
Ada, penerbangan KK ke Miri. Tapi kan, masing-masing nak rasa menyeberang Temburong Bridge yang 30 km ke Brunei. Itu pasal jami ikut jalan darat.
PadamCantik betul bililknya kak, lengkap pulak dengan semua kelengkapan.
BalasPadamBestnya jalan ramai2 travel..pasti banyak kenangan dan gembira bersama
BalasPadamKalau SA, cepat2 bersihkan badan, tunaikan yg wajib then..xde borak2 terus tido...confirm nyenyak...hehehe...cantik bilik hotelnya
BalasPadamCantiiiik bagian luar hotel. Ada beberapa kamar yg pakai balkon tertutup yaaa. Bintulu ini juga ada dalam list saya, suatu saat nanti mesti kesana 😍😍
BalasPadamHotelnya cantik
BalasPadamtuuu diaaa buat kerja sampai kol 12 chaiyok kak!
BalasPadamtapi dalam lelapkan mata dalam bilik yang selesa... hilang penat kan kak...