Dapure Restoran Masakan Padang : Datang Dengan Lapar Pulang Dengan Rindu

9:30 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Keluar dari ladang, langit kelihatan mendung. Hujan rintik-rintik. Dalam keadaan begini, mana hendak dituju? Jom ke Dapure - Restoran Masakan Padang di I Peak LD.

Masakan Padang tidak asing bagi Amie. Amie pernah dijemput untuk membuat review masakan Padang di sini:

Kami datang ketika waktu makan tengah hari di penghujungnya. Lauk-pauk pun tinggal sedikit, dan sudah tentunya sudah tidak panas sebagaimana diawal sajiannya. Tidak mengapalah. Yang penting dapat mencicipi masakan Padang yang dirinduinya. Kami memilih Dapure atas cadangan Fairuz yang bawa kami makan malam di I Peak beberapa hari lalu. Katanya, makanan di sini sedap juga.

Barangkali untuk menikmati hidangan yang baru keluar dari dapur, sekitar pukul 11:00 pagi memandangkan restoran dibuka pada pukul 10:30 pagi. Kami agak lewat keluar dari ladang, mungkin pada masa lain boleh berkunjung pada hari minggu atau hari cuti.

Jom, Amie kongsikan masakan Padang yang dipesan:

  • Nasi Putih
  • Ayam Popo
  • Sayur Daun Ubi, Bunga & Pucuk Papaya
  • Paru Balado
  • Rebung Masak Lemak dengan Perut
  • Sambal Hijau
  • Begedil
  • Tempe Mendoan

Rasanya, menu pilihan di Dapure sudah bercampur dengan masakan Jawa dan Bugis. Kalau tak silap tempe mendoan itu asalnya dari kuliner Banyumas, Jawa Tengah. Ada sanggar pappek, cemilan asal dari masyarakat Bugis!

Encik Suami : Nasi Putih Ayam Pop & Sayur Pucuk Ubi, Bunga & Pucuk Papaya



Ayam Pop

Nampak pucat kan warna ayamnya? Memang begitulah rupa Ayam Pop. Ayam Pop direbus dahulu bersama bumbu seperti bawang putih, serai, daun salam dan garam. Kemudian digoreng sebentar dalam minyak yang banyak (goreng tenggelam).  Di Dapure, Ayam Pop dihidangkan bersama dua jenis sos, tapi Amie tak tahu apa namanya. Cuba cicip sedikit dari pinggan Encik suami, dan rasanya seperti lemak-lemak santan. Oleh kerana Amie pun ada pinggan nasi sendiri, jadi tak dapatlah hendak tumpukan rasa lauk dari pinggan Encik Suami. Mungkin pada masa yang lain, Amie boleh cuba pula Ayam Pop.

Ayam Pop disiram dua jenis sos.

Sayur Pucuk Ubi, Pucuk & Bunga Papaya


Amie - Nasi Putih, Paru Balado, Masak Lemak Rebung & Perut dan Sambal Hijau.

Sambal Hijau ini rasanya pedas, tidak seperti Sambal Hijau (Ijo) yang selalu Amie makan di Bukit Tinggi & Padang. 

Masak Lemak Rebung & Perut

Paru Balado

Sup Kosong

Seperti biasa, kebanyakan restotan di Sabah akan cuba menepati citarasa pelanggan. kalau di tempat kami, apa pun hidangan termasuk nasi lemak, nasi kuning, mi goreng dan sebagainya mesti disajikan bersama semangkuk kecil sup kosong. Di Dapure juga amalkan konsep yang sama. Pelanggan boleh ambil sup sendiri di sudut restoran. 


Sambal ini juga boleh diambil sendiri. Terletak bersebelahan dengan periuk sup. Cukup rasa masam manis pedasnya. Sedap pula dijadikan pencecah begedil dan tempe mendoan.

Begedil & Tempe Mendoan

Melihat ada begedil dan tempe mendoan, memang Amie tidak lepas peluang! Amie ambil seketul begedil dan dua keping tempe mendoan. 


Begedil di atas, tempe mendoan di bawahnya.


Tempe mendoan ini merupakan makanan tradisional dari Banyumas, Jawa Tengah. Amie pernah makan tempe mendoan yang sangat sedap ketika berkunjung ke Surabaya. Itulah tempe mendoan paling enak pernah Amie makan, di Penanjakan ketika turun dari menikmati sunrise Gunung Bromo. Kali kedua Amie datang lagi ke Bromo, suasana sudah berubah. Amie mencari penjual tempe mendoan di situ, tetapi tidak jumpa!

Seterusnya Amie pernah makan tempe mendoan di Balik Papan, Kalimantan Timur. Namun rasanya tidak dapat menandingi keenakan tempe mendoan di Bromo.

Istimewanya tempe mendoan ini tidak sama olahannya seperti menggoreng tempe biasa. Tempe mendoan menggunakan tempe khusus, bukan tempe biasa yang padat. Dilumur dalam adunan  dan digoreng sebentar sahaja, tidak sampai garing dan hanya setengah matang.

Mana nak cari jenis tempe begini?
Amie beritahu Encik Suami : Lain kali kalau hendak makan begedil dan tempe mendoan yang masih panas, kenalah datang ketika restoran baru dibuka!

Kali kedua tambah sup!


Ais Timun & Jeruk


Ketika keluar dari Dapure, terpandanglah : Datang Dengan lapar, Pulang Dengan Rindu. Barangkali maksud rindu itu teringat-ingat masakan Padang dan teringin untuk datang kembali.


Ambil gambar dari kereta sebab hujan renyai.


Sanggar Pappek

Sempat beli sanggar pappek yang panas dari gorengan untuk dibawa pulang buat minum petang. Sanggar Pappek ini salah satu cemilan masyarakat Bugis. Biasanya mereka gunakan pisang sanggar @ pisang nipah yang belum masak. Kulit pisang dikupas, dan pisang digoreng sebiji-sebiji kemudian diketuk sehingga leper dan digoreng lagi sekali. Sanggar pappek enak dinikmati bersama sambal.

Dan sampai di rumah, sudah tentu pergi ke bawah pokok mangga udang. Kutip mangga manila yang gugur dari pokok jiran belakang rumah. Pagi tadi bawa beberapa biji ke ladang. Rakan-rakan penoreh suka sangat makan sebab kata mereka, mangga manila ini manis seperti gula dan tidak ada orang di dalamnya!

Mangga Manila

Esok boleh bawa lagi mangga manila ke ladang. Bawa juga pisau. Ada penoreh yang rajin kupas mangga! Boleh makan sama-sama. Semoga murah rezeki jiran empunya pokok mangga manila.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe