Cerita Tentang Limau Pahit di Seville

12:13 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Boleh dikatakan sepanjang berada di Sepanyol, tidak ada tempat yang tidak ada pokok limau! Pokok limau pahit! Daunnya rimbun dan buahnya lebat. Secara umumnya, Sepanyol tidak mempunyai ladang oren pahit atau naranjo amargo yang besar seperti ladang buah-buahan lain misalnya ladang zaitun atau anggur. Hanya terdapat b
eberapa ladang kecil dan kebun sitrus di kawasan luar bandar Andalusia termasuk sekitar Valencina de la Concepción, Carmona, dan Écija, yang terletak tidak jauh dari Seville ada menanam oren pahit, tetapi tidak dalam skala industri seperti ladang oren manis di Valencia atau Murcia. Dan pokok limau pahit ini selain didapati di Seville juga banyak di tanam di Cordova dan Granada terutama di halaman istana Alhambra!

Limau Pahit Seville

Sebaliknya, pokok limau pahit ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman hiasan di kawasan bandar, terutamanya di Seville. Dianggarkan terdapat lebih 30,000 - 40,000 pokok oren pahit di jalan-jalan, taman, plaza dan halaman bangunan awam dan istana lama. Lokasi popular termasuklah sekitar Plaza de España, Alcázar of Seville, lorong-lorong kota lama seperti Barrio Santa Cruz dan sepanjang jalan seperti Avenida de la Constitución dan Paseo de las Delicias.

Walaupun pokok ditanam di bandar, buahnya tidak dipetik untuk dimakan secara tempatan. Sebaliknya buah yang gugur atau dipetik dari pokok-pokok di bandar Seville akan dikumpulkan oleh Majlis Perbandaran (Ayuntamiento de Sevilla). Sebahagian besar buah ini dijual ke United Kingdom untuk penghasilan Seville Orange Marmalade, terutama menjelang musim sejuk.

Buah limau pahit yang berguguran dari pokoknya di tepi jalan Paseo de las Delicias.

Buahnya berwarna oren terang di celah-celah daun hijau gelap yang merimbun, kelihatan seperti limau manis tetapi rasanya sangat pahit dan tidak sesuai dimakan mentah. Buah masak pada musim sejuk hingga awal musim bunga sekitar Disember hingga Februari. Biasanya setinggi 4 hingga 7 meter dan sesuai ditanam sebagai pokok teduhan di jalanan.

Bunga atau azahar (dari bahasa Arab - bunga oren) mengharumkan jalan-jalan semasa musim bunga. Pokok ini tahan terhadap cuaca panas dan kering di kawasan Mediterranean. Ia menjadi sebahagian daripada identiti bandar, terutama di Andalusia.

Kegunaan limau pahit untuk dijadikan:
  • Marmalade: Seville terkenal  sebagai pengeluar Seville Orange Marmalade. Rasanya unik kerana ada gabungan pahit, manis dan masam.
  • Minyak pati (essential oils). Dari kulit buah dan bunga, digunakan dalam minyak wangi & aromaterapi.
  • Perubatan tradisional, digunakan dalam perubatan herba sebagai bahan penghadaman, atau penggalak tenaga.
  • Penghasilan minuman beralkohol, digunakan dalam pembuatan likur seperti Curaçao dan Triple.


Melihat cabangnya, barangkali pokok-pokok limau pahit di laluan pejalan kaki ini sudah berusia ratusan tahun!
Buah limau pahit di celah daunnya yang hijau merimbun.

Kredit : Seville Orange Marmalade

Apa itu Marmalade?
Asalnya marmalade datangnya dari Sepanyol khususnya Seville. Perkataan marmalade dari bahasa Portugis  iaitu marmelada yang pada awalnya merujuk kepada jem quince.

Marmalade ialah sejenis sapuan manis yang diperbuat daripada buah sitrus, terutamanya oren pahit (bitter orange), yang dimasak bersama gula dan air hingga menjadi pekat seperti jem. Diperbuat daripada kulit, isi dan jus buah sitrus oren pahit. Marmalade mengandungi potongan halus kulit buah, menjadikannya bertekstur dan sedikit pahit. Ia menghasilkan rasa gabungan manis, masam dan sedikit pahit dengan warna keemasan atau oren terang.

Marmalade diperbuat dengan cara kulit oren dibasuh dan dihiris halus. Kemudian direbus bersama isi dan jus oren, ditambah gula dan dimasak lama hingga pekat. Seterysnya disejukkan dan disimpan dalam balang kedap udara.

Marmalade disapu atas roti, biskut atau croissant ketika sarapan. Ia turut digunakan dalam pastri, kek dan pencuci mulut dan kadang-kadang digunakan sebagai glaze untuk ayam atau itik.


Berikut ialah gambar-gambar yang Amie rakam di laluan pejalan kaki Paseo de las Delicias ketika menunggu rakan-rakan kembali pulang setelah melawat Catedral de Seville.





Buah limau pahit yang terbiar jatuh berguguran ke bumi.

Pemandangan begini banyak terlihat di sepanjang laluan pejalan kaki di tepi Sungai Guadalquivir.

Sumber : Jem Buah-buahan

Beza Jem dengan Marmalade:
  • Jem
    Bahan utamanya daripada buah-buahan manis seperti strawberi, mangga, anggur dan beri. Rasanya manis, teksturnya lembut, likat dan kadangkala mengandungi ketulan buah kecil. Kebiasaannya berwarna terang dan bergantung kepada jenis buah. Sesuai disapu pada roti, biskut, kek atau pun digunakan dalam kuih.

  • Marmalade
    Bahan utamanya daripada kulit dan isi buat sitrus seperti oren pahit, lemon atau limau gedang. Rasanya manis dan pahit dari gabungan kulit buah sitrus. Teksturnya likat tetapi mengandungi hirisan kulit buah yang halus atau kecil.Warnanya jingga atau kuning kerana bergantung pada jenis sitrus. Selalu dihidangkan bersama roti bakar, croissant dan pelbagai masakan barat.


Kredit : Seville Orange Marmalade

Seville Orange Marmalade dari oren pahit dianggap yang terbaik di dunia!


5 comments

  1. Paddington Bear asal sana ker...dia kan suka marmalade...saya gurau jer tau kak...

    BalasPadam
  2. Orange ni buah yang memang banyak khasiat dan kegunaan kan. Dari jus, isi dan kulit, semuanya berguna.

    BalasPadam
  3. oooooo dibuat jem .....kreatif orang sepanyol....tk boleh makan tp boleh dibuat jem

    BalasPadam
  4. Oh, pokok yg sy tegur hari tu ni la pokoknya kan, Kak Amie. Sy suka marmalade lagi² bila tergigit kulit limaunya tu. Baru tahu ia memang begitu sebab berbeza dgn jem yg tiada campuran kulit.

    BalasPadam
  5. Kalau pahit memang tak boleh makan gitu saja la. Tu yang kena buat produk lain.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe