Selamat Pagi Brunei Darul Salam
11:19 PGSelepas solat subuh, sempatlah luangkan masa selama sejam menanda kertas peperiksaan sebelum menyiapkan diri untuk turun ke lobi. Dalam tempoh sejam tidaklah banyak kertas yang ditanda, cukuplah sepuluh skrip tetapi hanya satu soalan sahaja. Maklumlah menanda kertas soalan struktur dan esei sudah tentulah menuntut waktu yang lama dan mesti dibaca satu-persatu, ayat demi ayat dan baris demi baris. Penoreh getah sentiasa menjunjung integriti walau di mana berada. Malam tadi Nano tidak sempat mananda kertas, jadi apabila melihat Amie keluarkan skrip peperiksaan dan pen merah, Nano pun ikut sama.
Taman Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. |
Antara menu yang ada di sini. |
Ada gulab jamun. Melihat sekilas, sudah terasa manis yang amat sangat! |
Masjid Omar Ali Saifuddien |
3 comments
walaupun panas, gambar tetap perlu di abadikan.
BalasPadamtenguk menunya makan dosai je terus banyak dosa. hehehehe
BalasPadamGulab jamun tu dalam rendaman gula ya? Kak Amie kata manis.
BalasPadamCuaca panas dapatlah gambar yang cerah cantik.