Gua Niah : Jejak Manusia Purba 40,000 Tahun di Sarawak

10:15 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sesiapa ke Sarawak, belum lengkap tanpa jejak kaki ke Gua Niah. Benarkah? Itu semua bergantung kepada rezeki dan kesempatan serta kudrat tubuh badan.  Amie sendiri walaupun ini merupakan kali ketiga datang ke Miri, tidak pernah bermimpi akan berhadapan dengan muzium semula jadi manusia purba ini!

Pagi Ahad bersama 01 Jun 2025 ketika Hari Gawai disambut masyarakat Dayak sempena berakhirnya musim menuai, kami mengatur langkah menjelajah Gua Niah yang merupakan pintu masuk ke Sejarah Asia Tenggara.

Gua Niah terletak di Miri, Sarawak di kawasan Taman Negara Niah. Perjalanan kami dari Bandaraya Miri sejauh 80 kilometer dan memakan masa lebih kurang satu setengah jam. Nano pernah datang ke Gua Niah untuk menyiapkan kajiannya sewaktu sedang menuntut di Universiti Malaya. Jusna dan Jaimah pula teruja untuk melihat sendiri sejarah Gua Niah kerana kedua-duanya guru Sejarah.

Bersiap sedia untuk menerjah masuk Taman Negara Niah pada pukul 10:00 pagi.

Video Perjalanan ke Gua Niah


Google - Barangkali gambar Gua Niah inilah yang disebut-sebut oleh Jusna.



Menunggu Jaimah (wakil) beli tiket masuk.

Tiket Pelawat - RM10.00 seorang.

Mari mulakan pengembaraan - Bismillah.
Tidak sabar rasanya hendak melihat hutan hujan tropika di Taman Negara Niah.


Dahulu, Gua Niah menjadi tempat pengumpulan  sarang burung walit yang bernilai tinggi. Namun pada hari ini, Gua Niah menjadi tarikan pelancongan utama Sarawak. Gua Niah turut dikenali di peringkat dunia kerana nilai arkeologi dan sejarahnya.

Pada tahun 1958, ahli arkeologi Tom Harrisson menemui tengkorak manusia berusia 40,000 tahun yang dikenali sebagai 'deep skull' di Gua Niah. Di sini juga ditemui alat batu, tembikar, lukisan gua serta rangka pengebumian purba.  Manusia  zaman dahulu di gua ini dipercayai hidup dengan memburu, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.

Antara gua utama di Gua Niah ialah Great Cave (Gua Besar) dan Painted Cave (Gua Lukis), Great Cave merupakan pintu masuk utama dan tempat penemuan arkeologi. Manakala Painted Cave pula  terkenal dengan lukisan gua purba dan sisa pengebumian kuno.

Dengarnya, UNESCO sedang mempertimbangkan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia kerana kepentingan sejarah manusia purba. Gua Niah bukan sekadar gua biasa tetapi jejak sejarah awal manusia di Asia Tenggara yang kaya dengan misteri, arkeologi dan keindahan alam semula jadi.



Sebelum melangkah ke kawasan yang hendak dijejaki terlebih dahulu kami membuang hajat di tandas dan membeli air mineral sebagai bekalan. Kami ini tidaklah membuat persediaan rapi seperti membawa lampu suluh yang akan digunakan ketika berada di dalam gua. Cukuplah sekadar memakai kasut yang sesuai dan juga tenaga.

Naik bot dari tebing sungai di sini ke tebing sungai di sebelah sana.

Perjalanan bermula di pintu masuk Taman Negara Niah dengan menyeberangi sungai kecil. Kami dikehendaki membayar sebanyak RM2.00, tambang pergi dan balik naik bot. Tujuan naik bot ini ialah supaya kami boleh sampai ke seberang untuk sampai ke trek yang sebenar. Tak sampai satu minit, bot sudah berada di seberang sungai.

Sekarang, ikutilah kami menelusuri sejarah manusia purba, ibarat time travel 40,000 tahun ke belakang!


Sekiranya tiada halangan, perjalanan hanya memakan masa selama 45 untuk sampai ke pintu gua yang jauhnya 3.1 kilometer. Kami mengambil masa lebih kurang sejam. Bukan apa, sekejap-sekejap berhenti di beberapa lokasi untuk bergambar. Sayanglah kalau jalan jauh-jauh tapi tak ada ganbar kenangan!

Lengan baju nampak basah kuyup!

Di pertengahan jalan, pakaian basah kuyup dengan peluh! Tak pernahlah kami rasa begini banyak peluh yang keluar. Tudung pun basah lencun. Kalau diperah memang keluar air peluh! Tali beg sandang Amie pun habis basah dengan resapan air peluh. Phone neck holder Amie pun turut meresap peluh dari baju merah dan sarung HP yang putih berwarna merah jambu terkena peluh dari baju yang Amie pakai!

Pendek kata dari hujung tudung sampai ke seluar, semuanya basah oleh peluh!
Kami tertanya-tanya juga kenapa begitu banyak peluh yang keluar?
Suhu tidaklah panas, sejuk-sejuk manja saja.
Nyaman bah!


Suasana di hutan hujan tropika.


Laluan utama dari pintu masuk hingga ke Great Cave adalah titi kayu panjang (boardwalk). Titi ini berliku-liku merentas hutan, ada bahagian lurus panjang, ada juga yang naik sedikit ke atas bukit kecil. Kadang-kadang kaki boleh tergelincir kerana terpijak bahagian titi kayu yang licin.


Apabila sedang berjalan di atas titi, akan terdengar seakan bunyi ketukan seperti dalam video di bawah ini. Itulah bunyi tapak kasut yang menyentuh titi. Selain itu akan kedengaran bunyi cengkerik dan unggas hutan. Hati-hati, banyak ulat gonggok berjalan di atas palang kayu pemegang tangan!

Meniti trek kayu.

Ada anak sungai  mengalir di bawah titian kayu. Kadang-kadang mengalir di celah batu besar. Bunyi alirannya seperti muzik alam. 

Suasana sebegini bagaikan sebuah pentas purba!

Pokok-pokok di sini sangat tinggi dengan kanopi yang yang menutup cahaya matahari. Hal ini menjadikan laluan agak redup dan sejuk. Kadang-kadang cahaya matahari tembus di celah daun dan terlihat jalurnya jatuh ke lantai hutan. Banyak bentuk akar pokok yang aneh  seperti bentuk kipas di kaki pokok. Sementara itu kelihatan pokok palma dan rotan menjalar di tepi titi manakala pakis hutan pula tumbuh menghijau di bawah kanopi. 

Sesekali terpandang anggerik rimba bertenggek di dahan dan adakalanya kami dikejutkan dengan bunyiburung yang berteriak aneh dari pokok!

Alhamdulillah. Perjalanan hampir tiba di tangga gua.


Setelah berjalan sejauh tiga kilometer di atas titi kayu hutan, sampailah kami ke kaki tebing batu kapur tempat Great Cave  berada. Dari tempat kami berdiri, mulut gua nampak tinggi dan luas. Untuk sampai ke atas, kami perlu menaiki deretan tangga kayu yang dibina menanjak ke atas. Tangga kayu ini agak curam.


Ketika berada di ketinggian ini, badan berasa lebih sejuk. Cahaya matahari berkurangan, bermulalah perjalanan ke dunia yang berbeza, menaiki tangga masa - dari hutan hujan tropika ke perut bumi purba.

Dari tangga, kami nampak mulut gua yang sangat luas dan tinggi, ibaratnya pintu raksasa yang terbuka di tebing batu kapur. Cahaya matahari yang menerjah masuk hanya  menerangi kawasan tertentu sahaja.


Siling gua menjulang tinggi dengan stalaktit yang tergantung manakala lantai gua dipenuhi batu besar dan tanah berwarna keperangan. 



Gua Dagang (Traders Cave)  merupakan sebuah lagi gua yang terletak berhampiran Great Cave dan mendapat nama 'dagang' dipercayai berasal daripada  sejarahnya sebagai tempat pedagang atau pelancong zaman dahulu singgah berehat, bernaung atau bermalam. Dahulu tempat ini digunakan oleh pemburu burung walit dan kelawar untuk menyimpan hasil atyau sebagai pondok perlindungan. Kini dijadikan salah satu titik tarikan  sebagai laluan pelancong dengan jejak kayu yang selamat untuk dilalui.




Sesungguhnya perjalanan meredah Gua Niah ini agak mencabar dengan bentuk lantainya yang pelbagai. ada batu tajam, ada tanah lembab dan ada anak-anak tangga serta laluan sempit di dalam gua yang perlu di daki!




Baju di badan basah kuyup, melekat di badan!

Video di Great Cave.

Akhirnya kawan-kawan pun sampailah ke tempat tujuan.




Google - Pintu Gua Niah


Dahulu hanya belajar tentang stalaktit dan stalakmit dalam mata pelajaran geografi. Sekarang boleh saksikan sendiri rupa bentuk stalaktit di Gua Niah. Memang suasanyanya kelihatan sungguh dramatik dengan bentuk-bentuk overhang batu kapur dan akar-akar yang menjalar. Pemandangan ini bagaikan satu bingkai semula jadi yang indah dan unik!




Tidaklah banyak info yang dapat Amie kongsikan memandangkan ini merupakan kali pertama kami datang dan tidak sempat membuat sebarang kajian tentang Gua Niah ini.  Kami hanya melawat ke Great Cave sahaja. Namun begitu apa yang boleh Amie simpulkan ialah:
  • Gua Niah bukan sekadar gua biasa, ia adalah pintu ke masa lalu tempat kita menjejak langkah manusia purba dan memahami betapa berharganya warisan bumi Sarawak.
  • Setiap titi kayu, setiap tangga dan setiap gema di dalam gua mengingatkan kita bahawa alam ini saling berkait.
  • Gua Niah bukan sekadar destinasi, tetapi merupakan pengalaman  iaitu satu perjalanan kembali ke akar tamadun.
  • Perjalanan kecil di gua purba ini mengingatkan kita bahawa masa lalu adalah guru terbaik untuk masa depan.
Selamat tinggal Gua Niah.

Perjalanan kami pergi dan balik mengambil masa selama tiga jam. Pukul 10:00 pagi kami bergerak ke trek titi kayu, pukul 01:00 tengah hari kami sampai ke tebing sungai untuk menaiki bot menyeberang ke tebing sebelah. 

Sebelum ini kalau melawat ke Muzium Negeri Sabah masuk Terowong Masa, tapi kali ini kami mengembara kembali ke 40,000 tahun lalu dengan melangkah masuk ke Gua Niah.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe